GANK FTY telah dinobatkan sebagai juara Grand Final PUBG Mobile National Championship 2018(PMNC) edisi pertama yang telah berlangsung selama dua hari di Vanity Atrium, Sunway Velocity Mall.
Sebanyak 16 pasukan yang terdiri daripada 4 orang bagi setiap pasukan yang bertanding di pusingan Grand Final ini. Dua peta digunakan dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari ini iaitu Erangel dan Miramar.

Kesemua pasukan bertanding melalui sebanyak 12 pusingan pertempuran iaitu 6 perlawanan pada hari pertama dan 6 perlawanan pada hari kedua.
Selepas melalui 6 pusingan pada hari pertama yang bermain secara third person perspective(TPP) untuk 3 pusingan pertama dan first person perspective(FPP) untuk 3 lagi baki pusingan AROV mendahului carta.
Memasuki hari terakhir GANK FTY muncul juara sulung dengan mecatatkan secara keseluruhan 6 kemenangan yang dipanggil Winner Winner Chicken Diner(Menang Menang Ayam Makan Malam). 3 pada hari pertama dan 3 pada hari kedua.

Pemenang ditentukan pada pusingan ke-12 dan dua pasukan terakhir berentap di peta Miramar adalah GANK FTY dan AROV. Pasukan AROV mempunyai kelebihan untuk menang namun semangant rambo GANK FTY membolehkan mereka menang.

GANK FTY muncul juara dengan kutipan mata keseluruhan sebanyak 4060 dengan 83 pembunuhan dan 6 Menang Menang Ayam Makan Malam sekaligus membawa pulang wang tunai RM20,000 dan kuali(pan) emas beserta langganan percuma plan Yoodo selama setahun.

AROV ditempat kedua membawa pulang RM15,000 beserta kuali perak selepas mencatatkan dua kali Menang Menang Ayam Makan Malam dengan 85 pembunuhan sekaligus mengumpul 3740 mata.

Sementara itu PANDA Crew Senior ditempat ketiga dengan mencatakan mata terkumpul 3510, 3 kali Menang Menang Ayam Makan Malam 86 pembunuhan membawa pulang RM5,000 dan kuali gangsa.
PUBG Mobile National Championship 2018 – Hari Kedua
PUBG Mobile National Championship 2018 – Hari Pertama