Gol Genius Cavani Dipilih Gol Terbaik Bulan Mei

Gol genius Edison Cavani dengan satu chip cantik lagi mempesonakan dari tengah padang ketika menentang Fulham telah dipilih sebagai gol terbaik bulan Mei.

Satu penutup musim yang menggembiran dari Edison Cavani dalam musim debutnya bersama Machester United.

Edison Cavani menjadi pemain kedua Manchester United musim ini memenangi anugerah gol terbaik bulanan selepas Bruno Fernandes menentang Everton dipilih gol terbaik bulan bagi Februari.

Edison Cavani meneruskan ketajaman apabila telah menjaringkan satu gol yang sangat genius dari tengah padang ketika perlawanan menentang Fulham yang sudah sah tersingkir dari Premier League.

Sungguh berungtung 10,000 penyokong yang kembali membajiri Old Trafforf dengan had kuota yang dibenarkan apabila dapat melihat gol ajaib dan padu Cavani dengan mata kepala sendiri.

Berpunca dari sepakan gol David De Gea, Bruno Fernandes telah melakukan filck bijak mencari Edison Cavani yang dengan genius telah menjaringkan satu gol yang lawa amat.

Melihat penjaga gol Fulham, Alphonse Areola keluar dari gawang, Edison Cavani terus melakukkan percubaan dari tengah padang.

Lemas dan tiada apa yang mampu dilakukan Alphonse Areola selain melihat bola itu cantik menerjah gawang dan jika dilihat dari ulang tayang seperti Bruno Fernandes langsung tidak menyentuh bola.

Tetapi bijak sungguh tindakan Bruno Fernandes yang mengelirukan pemain Fulham dengan satu dummy yang yummy.

Edison Cavani telah menjadi pemain ketiga Manchester United menjaringkan 10 gol atau lebih di Premier League ketika berumur 33 tahun atau lebih dalam semusim.

Sebelum ini hanya Teddy Sheringham musim 2000/01 dan Zlatan Ibrahimovic musim 2016/17 yang pernah melakukan perkara ini.

Untuk musim pertama bersama Manchester United di Premier League, Edison Cavani telah meledak 17 gol dan 6 assist dalam kesemua pertandingan.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang gol tercantik Premier League bagi musim 2020/21:

September: James Maddison (LEI)

October: Manuel Lanzini (WHU)

November: Ola Aina (FUL)

December: Sebastien Haller (WHU)

January: Mohamed Salah (LIV)

February: Bruno Fernandes (MUN)

March: Erik Lamela (TOT)

April: Jesse Lingard (WHU)

May: Edinson Cavani (MUN)

Edison Cavani telah menjadi pemain paling berpengaruh untuk skuad utama United ketika ini dengan beliau dilihat sering memberi bimbingan serta berkongsi pengalamannya kepada rakan sepasukan yang lain.

Cavani tidak kedekut untuk berkongsi segala ilmu serta sering memberi nasihat yang berguna kepada pemain lain terutamanya bintang muda sejak awal musim lagi.

Beliau sebelum ini dilihat pernah memberi nasihat berguna kepada pemain centre-back, Axel Tuanzebe ketika dalam sesi latihan sebelum aksi mereka bertemu PSG pada Oktober tahun lalu.

Pada Januari lalu pula, beliau dilaporkan turut berkongsi ilmu dan pengetahun serta pengalaman dengan Paul Pogba sebelum aksi sepak mula bertemu Burnley dalam aksi saingan liga.

Nasihat dan ilmu yang dikongsikan oleh Cavani itu jelas sangat berguna untuk Pogba dengan beliau ketika itu berjaya menjaringkan gol dengan menggunakan teknik yang diajar oleh sifunya itu.

Tekniknya mudah sahaja, kukus, grill, panggang.

Ia tidak terhenti di situ sahaja, terdapat satu rakaman yang memperlihatkan Cavani memberi tunjuk ajar kepada Marcus Rashford tentang teknik pergerakan tanpa bola dan ia sangat berguna untuk pemain England itu.

Marus Rashford kemudiannya mempraktikkan teknik yang beliau pelajari itu seterusnya berjaya membantu United membenam Southampton 9-0 dalam perlawanan tersebut.

Itulah gunanya pengalaman, jika dikongsi dapat memberi manfaat kepada rakan dan orang ramai.

BACA:  Cavani Terus Menggila Membuktikan Beliau Masih Lagi Antara Pemain Terbaik Dunia