Bekas pemain Arsenal dan Manchester United, Robin Van Persie berjaya menjaringkan gol pertamanya buat Feyenoord selepas 14 tahun meninggalkan kelab tersebut.
Van Persie masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dan berjaya menjaringkan gol selepas beberapa minit berada di atas padang.
Feyenoord berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Groningen dalam perlawanan tersebut, dan ia menjadi lebih istimewa selepas melihat Van Persie menjaringkan gol pertamanya selepas sekian lama.
Dengan kemenangan ini, Feyenoord melonjak naik ke tangga ke-4 Eredivisie tetapi masih jauh ditinggalkan pendahulu liga, PSV dengan jurang 19 mata.
Untuk rekod, Van Persie menyertai Feyenoord pada tirai perpindahan Januari lalu dari kelab Turki, Fenerbahce.
Beliau bermain bersama Arsenal selama 8 musim selepas meninggalkan Feyenoord pada usia mudanya. Van Persie mencetuskan kontroversi selepas enggan menandatangani kontrak baru dan telah dijual kepada Manchester United. Beliau akhirnya berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris bersama Red Devils di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.