Gol Tandukan Alisson Becker Dari Pelbagai Sudut Berbeza

Akaun media sosial rasmi Liverpool FC telah mengeluarkan satu video rangkuman gol tandukan penuh sejarah Alisson Becker dari pelbagai sudut berbeza yang nyat sangat mengagumkan.

Berpuluh-puluh rakaman video yang entah datang dari kamera siapa memaparkan aksi Alisson Becker itu telah dikumpulkan dalam satu video yang berdurasi 5 minit dan 33 saat.

Detik hebat, indah dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata hingga tidak menyedari tempoh lima minit video itu telah tamat.

Dalam video ini bukan sahaja dipaparkan jaringan gol Alisson Becker malah turut dapat disaksikan reaksi Jurgen Klopp, para pegawai dan pemain pasukan Liverpool.

Sudut berbeza rakaman video diambil antaranya dari belakang gol, dari hadapan gol, belakang tiang gol, dari belakang badan Jurgen Klopp yang mantap dan berbagai lagi.

Rangkuman rakaman video ini telah dimuat naik secara serentak ke akaun Facebook, Twitter dan Youtube rasmi Liverpool FC secara serentak.

Momen yang boleh dianggap terbaik dan agak gila dalam bola sepak ini segera diabadikan Liverpool beberapa jam selepas perlawanan tamat untuk tatapan peminat bola sepak.

Sudut diambil ini merangkumi sudut not derajat, sudut lancip, sudut siku-siku, sudut tegak, sudut tirus, sudut cakah, sudut refleks dan termasuklah sudut bacaan.

Kepuasan maksima sudah pasti dapat dirasakan melalui tontonan Youtube dikaca televisyen bersaiz 40 inci dengan kualiti gambar 1080p50 HD.

Penjaga gol legenda hidup Jerman dan Bayern Munich, Manuel Neuer yang juga terkenal sebagai ball playing goalkeeper seperti Alisson Becker tidak dapat menyembunyikan kekaguman beliau.

Manuel Neuer melalui story Instagram beliau telah memuat naik gambar Alisson Becker meraikan jaringan itu bersama Roberto Firmino, Mohamed Salah dan Thiago Alcantara dengan ayat:

โ€œGol apakah itu Sobat? ๐Ÿ˜ณ๐Ÿ˜ณ๐Ÿ˜ณ๐Ÿ˜ณ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘โ€

Fabinho selepas perlawanan telah memuat naik satu video pendek ke Instagram Storynya yang cukup memberi rumusan tentang gol Alisson Becker dengan riak wajahnya itu.

Pemain tengah bertahan Brazil itu telah merakam video pendek penuh makna itu di dalam bilik persalinan yang kelihatan jelas masih tidak percaya dengan jaringan itu.

Dihujung video Fabinho itu juga kelihatan Adrian menunjukkan telefon pintarnya kepada Alisson Becker sebelum mereka bergelak tawa.

Jurgen Klopp sudah pasti tidak terlepas untuk memuji pemain tonggak dan harapan pasukan itu dangan melabel gol itu sebagai wow! dan worldie!

โ€œWow, itu satu perkataan yang bagus. Ia sangat luar biasa dan perlawanan yang baik. Menang macam ni dalam perlawanan penuh helah sangat istimewa.โ€

โ€œItu merupakan satu jaringan terbaik yang pernah aku lihat dijaringkan oleh penjaga gol! Penyerang je yang jaringkan gol macam tu.โ€

โ€œJika Olivier Giroud menjaringkan gol seperti itu kau akan cakap itu Worldie. Gol Alisson itu Wolrdie! Wow!โ€

Jaringan minit akhir perlawanan yang kurang 10 saat untuk perlawanan tamat jika dijaringkan oleh pemain penyerang sekalipun akan diraikan penuh kegilaan apatah lagi dijaringkan penjaga gol.

Gol kemenangan yang begitu penting yang memberi tiga mata yang sangat berharga.

West Bromwich Albion 1-2 Liverpool

Penyandang juara yang kecundang, Liverpool turun untuk perlawanan yang tiada pilihan lain bagi mereka selain mencatatkan kemenangan bagi meneruskan impian Champions League mereka musim hadapan.

Menentang pasukan yang telah tersingkir ke liga Championship musim hadapan yang dibimbing Sam Allerdyce kesukaran dan kekentalan pertahanan menjadi ujian terbesar.

Liverpool kehilangan Diogo Jota yang mengalami kecederaan kaki dan menyaksikan kempen pemain Portugal itu bagi musim ini sudah pun berakhir.

Sadio Mane yang kurang ajar dan biadap kerana tidak mahu bersalaman dengan Jurgen Klopp selepas menewaskan Manchester United diturunkan seperti tiada apa yang terjadi.

Ketumpulan dan kesenduan pemain penyerang Liverpool yang seakan sudah pulih selepas kemenangan ke atas Setan Merah berterusan dalam perlawanan ini.

Sadio Mane mempamerkan aksi yang sangat teruk dan bermain seperti tidak berakal walaupun mecipta assist untuk gol penyamaan Mohamed Salah.

West Bromwich Albion terlebih dahulu mengejutkan Liverpool dengan berada di depan pada minit ke-15 hasil jaringan Hal Robson-Kanu yang melakukan satu penyudah yang tenang.

Mohamed Salah kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-33 melalui satu rembatan padu selepas menerima tolakan Sadio Mane. Gol penyamaan yang melegakan.

Kemudian Roberto Firmino pula telah melakukan satu rembatan cantik tapi sayang bola sekadar menggegar palang.

Kesenduan Liverpool untuk mencari gol pendahuluan berterusan mereka menyerang tetapi tidak bisa dan berbahaya untuk menembusi benteng pertahanan West Bromwich Albion.

Gandingan Fabinho dan Thiago Alcantara tidak dapat dinafikan lagi tiada ubatnya menguasai bahagian tengah dengan penuh yakin tanpa rasa melekit tapi tidak di jentera seranang.

Gol Sadio Mane yang buta kayu pada awal separuh masa kedua telah dibatalkan kerana offside.

Tolakan mudah Kyle Bartley telah meletakkan kembali West Bromwich Albion dihadapan yang berpunca daripada sepakan penjuru dan Liverpool bernasib baik.

Gol itu dibatalkan selepas Matt Phillips yang berada dalam kedudukan offside telah menghalang pandang Alisson Becker apabila terpacak dihadapan penjaga gol Liverpool itu.

Liverpool terus menjadi Liverpool yang kau kenali untuk tahun ini langsung tidak bergigi untuk mencari gol tambahan.

Berbaki beberapa saat sebelum tamat perlawanan, Liverpool memperoleh sepakan penjuru, Alisson Becker yang bosan di bawah naik untuk turut sama menambahkan kepadatan pemain Liverpool dalam kotak penalti.

Sepakan penjuru Trent Alexander Arnold merupakan peluang terakhir Liverpool dan pengadil akan meniup wisel penamat bila-bila masa.

Bola sepakan cantik Trent Alexander Arnold tepat menuju ke arah Alisson Becker yang tidak dikawal mungkin dianggap tidak mampu memberi ancaman.

Tandukan cantik, padu, tepat, sendat dengan sedikit flick daripada Alisson Becker berjaya menewaskan penjaga gol West Bromich Albion, Sam Johnstone.

Seluruh dunia tidak kira peminat atau pembenci Liverpool pasti menjerit melihat jaringan yang penuh dramatik dan agak gila itu.

Alisson Becker menjadi penjaga gol Liverpool pertama yang menjaringkan gol sejak kelab paling hebat di muka bumi ini diwujudkan pada tahun 1892. Lejen.

Secara keseluruhannya Alisson Becker menjadi penjaga gol ke-6 menjaringkan gol di Premier League dan penjaga gol yang pertama menjaringkan gol melalui tandukan.

West Bromwich Albion ( 4-4-1-1): Sam Johnstone; Darnell Furlong, Kyle Bartley, Semi Ajayi, Conor Townsend; Grady Diangana, Okay Yokuslu, Matthew Phillips, Pereira; Conor Gallagher; Hal Robson-Kanu.

Subs: David Button, Callum Robinson, Jake Livermore, Mbaye Diagne, Lee Peltier, Dara Oโ€™Shea, Karlan Grant, Ainsley Maitland-Niles, Taylor Gardner-Hickman.

Liverpool (4-3-3): Alisson Becker; Trent Alexander Arnold, Nathaniel Phillips, Rhys Williams, Robertson; Thiago Alcantara, Fabinho, Curtis Jones; Mohamed Salah, Roberto Firmino, Sadio Mane.

Subs: Adrian, Georginio Wijnaldum, Konstantinos Tsimikas, Xherdan Shaqiri, Divock Origi, Benjamin Woodburn, Leighton Clarkson, Neco Williams, Billy Koumetio.

Star of the show: Mike Dean (Wirral)

BACA:ย  Kesilapan Dungu Alisson Becker