Erling Braut Haaland dedahkan bahawa Ole Gunnar Solskjaer adalah Tuan Guru dan insan yang mengajarnya menanduk bola dengan teknik yang betul sehingga mampu menghasilkan sundulan padu seperti sekarang.
Perkara ini telah didedahkan oleh Haaland sendiri dalam persediaannya untuk perlawanan Manchester Derby yang telah berakhir dengan kemenangan berpihak kepada City 6-3.
Dalam perlawanan itu juga menyaksikan Haaland telah menjaringkan gol melalui sundulan ketika mencipta hatrik ketiga musim ini selepas 8 perlawanan sahaja.
Pelbagai cara didedahkan untuk menyekat Haaland termasuklah dari pemain pertahanan legenda Manchester United, Jaap Stam, semuanya tidak mendatangkan hasil.
Pemain berusia 22 tahun itu telah bercakap betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh bekas penyerang dan pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengasah kepalanya sehingga menjadi senjata bahaya kepada pasukan lawan.
Bagi orang ramai Ole Gunnar Solskjaer mungkin pemain legenda Manchester United tetapi bagi Haaland, Ole adalah legenda bola sepak Norway.
Bercakap kepada Sky Sports, Haaland telah membuka bicara:
“Bila aku di kelab tanahairku, Bryne, aku tidak mampu untuk menanduk bola.”
“Aku tidak takut atas ketidakmampuan itu, tetapi bila kau sangat baru kepada sesuatu perkara, kau akan berfikir bagaimana untuk lakukan perkara itu.”
[🎙️] Erling Haaland: "When I was in my hometown club, Bryne, I couldn't head the ball. I wasn't scared of it, but when you're really new to something, you're wondering how to do it."
— City Zone (@City_Zone_) October 1, 2022
Haaland memulakan karier bola sepaknya bersama Bryne pada 2005 pada usia 5 tahun dan beralih ke karier senior bersama Bryne 2 pada 2015 dan memecah masuk ke pasukan utama pada 2016.
Pada awalnya, Haaland bermain sebagai sayap, namun selepas Gaute Larsen dan digantikan jurulatih pasukan remaja Berntsen yang telah meletakkan Haaland sebagai penyerang.
Walaupun gagal menjaringkan gol pada musim debut dan sempat membuat 16 penampilan senior bersama Bryne, Haaland mendapat tawaran trial bersama Hoffenheim namun Haaland memilih untuk ke Molde bermain di bawah Ole Gunnar Solksjaer.
Ole Gunner Solskjær on Erling Haaland when he was his manager at Molde: “he’s got a great personality, great mentality. He will be a top player if i get him to Man-United instead of lead or city.”
Lol Today he just trash that same United 😂 pic.twitter.com/tXIjgrlcBf— wAvYmAn💙 (@wavymann) October 3, 2022
Bersama Molde, Ole Gunnar Solskjaer segera mengesan bahawa Haaland tidak boleh menanduk satu aspek penting bagi seorang pemain penyerang.
“Selepas aku menyertai Molde untuk bersama Ole, dia pun cakap ‘Kau tak boleh menanduk, kita kena mulakan benda ni’.”
“Dari situ hampir setiap hari, aku akan mendapat hantaran lintang dari Ole dan Mark Dempsey (pembantu jurulatih) dan aku kena tanduk masuk.”
“Mark akan membaling bola dengan mudah, aku berdiri dari jarak lima meter dan Ole akan berada di gawang. Aku letih untuk terus menanduk dan kami lakukan dengan banyak sekali.”
“Tiada apa yang lebih apabila kau berlatih sesuatu dan kau boleh melihat keputusannya dengan memikirkan ‘benda ni semakin senang’ atau akhirnya menjaringkan gol dengan kepala.”
“Ketika itulah motivasi kau akan menjadi lebih baik.”
💥Ole Gunnar Solskjaer, 2018'de Molde'yi çalıştırırken Erling Haaland'ı Manchester United'a önerdi ancak kulüp yönetimi, Haaland'ı yeterli bulmadı. (The Athletic) pic.twitter.com/wxPwpommVF
— Fanatik (@fanatikcomtr) September 15, 2022
Tunjuk ajar dari Ole Gunnar Solskjaer yang merupakan seorang pemain supersub yang digeruni pada zamannya bermain telah dimanfaatkan oleh Haaland sebaiknya untuk menjadi senjata pemusnah.
Pakej yang dimiliki Haaland sebagai seorang pemain penyerang sempurna dari segi fizikalnya yang tegap, kelajuan yang tidak boleh bawa bincang serta mampu menjaringkan gol dari mana-mana kaki menjadikannya pemain rebutan kelab Eropah.
Kerana terlalu bagus kualiti Haaland, hanya sekejap sahaja pemain Norway it bersama Red Bull Salzburg dan sempat menggegarkan Champions League lalu menjadi idaman kelab gergasi Eropah.
Ole Gunnar Solskjaer's secret phone call to Manchester United about Erling Haaland while at Molde: https://t.co/egCzqX968B
— MCFC News (@mcfcnewsapp) September 14, 2022
Haaland kemudian meneruskan pembangunan kariernya bersama Borrusia Dortmund yang terkenal dalam mengeluarkan potensi terbaik dari pemain muda berbakat.
Kemudian Haaland telah menyertai Manchester City untuk bersama Pep Guardiola dan berjaya menutup mulut pengkritik yang menjangkakan dia akan bergelut.
Selepas 8 perlawanan Premier League Haaland telah menjaringkan 14 gol dengan tiga hatrik berturut-turut dihalaman sendiri.
Hasil tunjuk ajar Ole Gunnar Solskjaer untuk melakukan tandukan, Haaland telah menjaringkan gol melalui sundulan ketika menentang Crystal Palace, Nottingham Forest dan bekas kelab Ole sendiri juga tidak terelak untuk merasainya.