Haaland Tampil Bersuara Mempertahankan Bintang England Yang Jadi Mangsa Hinaan Berunsur Perkauman

Erling Haaland dengan lantangnya telah menghentam gangguan berunsur perkauman ke atas pemain England, yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika aksi perlawanan akhir bertemu Itali semalam.

England tewas 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan itu mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020 di Wembley.

Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka masing-masing gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti yang menyebabkan kekalahan England.

Kejayaan The Three Lions untuk maea ke perlawanan akhir buat pertama kali dalam tempoh 55 tahun, telah dicemari dengan isu berkait gangguan berunsur perkauman.

Ketiga-tiga pemain yang gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti itu telah diserang oleh para peminat tidak berakal yang menghina mereka dengan hinaan berunsur perkauman.

Haaland dan Sancho

Haaland merupakan sahabat karib kepada Jadon Sancho dengan kedua-dua mereka sangat akrab ketika karier bintang England itu di Jerman.

Beliau turut terkesan selepas melihat tiga pemain England itu teruk menjadi mangsa hinaan berunsur perkauman dengan bintang Norway itu telah mengeluarkan kenyataan yang lantang dalam menghentam isu tersebut.

“Saya tak faham mengapa masih ada ruang untuk perkauman dan diskriminasi.”

Tulis penyerang Borussia Dortmund itu di laman twitter miliknya.

“Kami tak akan pernah jemu untuk menentang segala bentuk diskriminasi. Berbanding dipuji kerana keberanian mereka untuk mengambil sepakan penalti itu, para pemain muda ini diserang dengan hinaan berunsur perkauman. Saya hilang kata-kata.”

Akaun media sosial ketiga-tiga pemain tersebut telah dibanjiri dengan komen-komen berunsur hinaan dan emoji monyet sebaik tamat perlawanan tersebut.

FA sendiri turut menghentam perbuatan dan tindakan tidak bermoral yang ditunjukkan oleh segelintir penyokong itu.

“Kita tidak boleh bertolak ansur dengan sesiapa sahaja disebalik tingkah laku tak bermoral ini dan mereka tidak diperlukan dalam pasukan.”

Jelas FA dalam satu kenyataan mereka.

“Kami akan lakukan segala yang kami mampu untuk menyokong pemain yang terkesan dan turut meminta hukuman yang paling berat perlu diberikan kepada mereka yang bertanggungjawab.”

“Kami akan terus berusaha melakukan segalanya untuk menentang diskriminasi dalam dunia sukan ini, tapi kami mengharap pihak kerajaan untuk bertindak segera dan keluarkan undang-undang yang bersesuaian supaya pesalah akan dihukum atas perbuatan mereka.”

“Pemilik platform media sosial perlu tampil dan bertanggungjawab dan mengambil tindakan terhadap mereka ini dengan melenyapkan akaun mereka, meminta dokumen-dokumen tertentu ketika mahu membuka akaun di platform mereka supaya boleh mengurangkan gangguan seperti ini.”

Perdana Menteri, Boris Johnson menganggap gangguan tersebut merupakan satu hal yang mengerikan, namun beliau bersama kerajaan pimpinannya dianggap hipokrit oleh legenda Manchester United dan England, Gary Neville.

Bekas pertahanan Manchester United dan England, Gary Neville telah menuduh Perdana Menteri Britain, Boris Johnson sebagai penghasut yang menggalakkan lagi api kebencian perkauman walapun selepas Johnson menciap mengeji tindakan sesetengah penyokong yang menghamburkan kata-kata berbaur perkauman kepada tiga pemain England yang gagal menyudahkan sepakan penalti ketika menentang Itali.

Perdana Menteri Johnson telah menciap di akaun Twitternya mengeji insiden tersebut, di mana dia menulis;

“Pasukan England ini patut diangkat sebagai wira, bukan salah laku perkauman di media sosial.

“Mereka yang terlibat dengan salah laku ini patut berasa malu dengan diri mereka sendiri.”

Sebelum kejohanan bermula, Johnson dikatakan gagal untuk memberikan sokongan kepada keputusan pemain England untuk berlutut sebagai tanda bantahan kepada segala jenis bentuk salah laku perkauman, dan bekas pertahanan England dan Manchester United, Neville berkata, dia patut tunjukkan pendiriannya dan  fikir dulu sebelum keluarkan sebarang kenyataan.

“Aku baru baca berita korang yang kata PM kutuk salah laku perkauman terhadap pemain England.”

Ujar Neville kepada Sky News.

“Si Perdana Menteri pernah cakap sebelum ni yang sebenarnya okay je bagi rakyat negara ini mencemuh pemain yang cuba menggalakkan kesamaan dan membela daripada salah laku perkauman.

“Dua atau tiga minggu yang lalu, kita ada seorang pengurus (Gareth Southgate) aku rasa semua orang dalam negara ni percaya ke dia, seorang pemimpin yang semua orang dalam negara ni percaya.

“Kita ada pemain yang berbaris selama lima hari dan memberitahu kita bahawa mereka akan berlutut menentang perkauman dan mempromosi kesamaan.

“Kita ada menteri tingkat tinggi termasuk Perdan Menteri di negara ini yang kata okay je untuk rakya tkita mencemuh mereka yang berlutut menentang perkauman dan menggalakan kesamaan.

“Benda ni bermula dari atas. Apa yang kau fikir akan berlaku dalam hidup di kalangan orang yang di bawah?

“Mak ayah buat benda, anak anak ikut.

“Kenapa kita nak terkejut lagi pasal ni sebenarnya? Kut kut mana pun memang kau kena tengok punca di akar dalam isu ni.

“Ada banyak perbezaaan pendapat dalam negara ini sepanjang dua atau tiga tahun lepas. Macam mana Brexit didebatkan. Bukan Brexit pun sebenarnya [yang diperdebatkan], kekal atau keluar – cara yang betul untuk diperdebatkan. Semua ni menggalakkan perpecahan.

“Tindakan berlutut sepanjang bulan lalu menentang perkauman telah diperlekeh oleh pembesar tertinggi pegawai negara.

“Apabila kita tengok adanya salah laku perkauman selepas perlawanan bola sepak di hujung kejohanan, aku memang agak dah [ia akan berlaku] sebab memang ada, dan sebenarnya ia dipromosikan oleh Perdana Menteri yang memanggil wanita Islam sebagai peti surat, dia cakap mereka nampak macam peti surat.

“Jujurnya, kita memang kena buat sesuatu pasal ni. Aku selalu cakap dalam TV, tapi aku dituduh menghentam parti Konservatif.

“Ini bukan pasal Konservatif atau Buruh atau Liberal Demokrat, isu ni berkait rapat dengan integriti, berkenaan dengan buat perkara yang betul.

“Aku sentap la jugak yang kita ni kononnya terkejut kononnya kita bincang pasal ni. Aku tahu dah lepas je Rashford, Saka dan Sancho terlepas penalti tu, aku tahu kita akan sembang salah laku perkauman sebagai tajuk utama berita.

“Orang yang terlibat perlu bertanggungjawab, syarikat media sosial kena buat sesuatulah, UEFA pun kena mula buat sesuatu.

“Tapi secara umumnya, kita kena menggalakkan inklusif, kita galakkan kesamarataan, kita galakkan kebersamaan dan kekitaan, dalam hidup kita.

“Kita dah tak nampak benda ni dalam hidup kita sejak dua atau tiga tahun lepas dah.”

Melepaskan kemarahan dengan menghina seseorang adalah satu hal yang tidak sepatutnya dilakukan.

Perkauman dan segala bentuk diskriminasi tidak sepatutnya wujud dalam dunia bola sepak.

BACA:  Haaland Dedahkan Amalkan Diet Yang Dianggap Ekstrem dan Gila