Haaland Dedahkan Amalkan Diet Yang Dianggap Ekstrem dan Gila

Erling Braut Haaland nama yang menjadi sebutan dunia bola sepak saban minggu lantaran menjadikan Premier League seperti liga petani telah mengamalkan satu diet yang dianggap ekstrem oleh orang Eropah.

Pendedahan ini telah dibuat oleh Haaland sendiri di mana diet ini telah membantunya untuk menjadi seorang pemain penyerang paling berbisa dalam dunia bola sepak ketika ini.

Pemain berusia 22 tahun itu menyertai Manchester City dari Borussia Dortmund di jendela perpindahan musim panas lalu dan telah beradaptasi di Liga Perdana Inggeris dengan pantas dan hebat.

Pemain kebangsaan Norway itu telah menjaringkan 20 gol dalam 12 perlawanan untuk pasukan City yang masih belum tewas dalam semua pertandingan musim ini.

Walau bagaimanapun, dia tidak akan dapat mencapai semua ini tanpa pengorbanan. Setiap kejayaan dan sesuatu hasil pasti ada pengorbanan.

Haaland menjelaskan telah mengikut rancangan pemakanan yang ketat, sesuatu yang disentuhnya dan didedahkan dalam dokumentari bertajuk ‘Haaland: The Big Decision‘.

Dalam dokumentari itu seorang penemuduga mengeluarkan beberapa produk daging, termasuk ketulan jantung dan hati lembu lalu bertanya kepada Haaland sama ada ini yang dia makan untuk kekal di puncak permainannya.

Haaland menjawab:

“Anda (orang lain) tidak makan ini, tetapi saya prihatin dengan menjaga badan saya.”

“Saya fikir makan makanan berkualiti keluaran tempatan mungkin adalah yang paling penting. Atau lembu tempatan yang makan rumput di sebelah sana? Saya makan hati dan jantung.”

Haaland kemudiannya terus menerangkan sistem penapisan air kompleks yang digunakannya, sambil menekankan betapa pentingnya untuk melihat matahari.

Organ dalaman haiwan seperti jantung, hati, lidah dan perut adalah sesuatu yang janggal untuk di makan oleh orang Eropah namun tidak di Asia.

Lantaran itulah apabila Haaland mengamalkan diet dengan pengambilan hati dan jantung lembu maka telah dianggap sebagai ekstrem.

Haaland menyebut circadian rhythm, iaitu proses dalaman dalam badan yang mengawal corak tidur dan bangun setiap hari.

Circadian rhythm atau circadian cycle mengikut carian google adalah proses dalaman semulajadiyang mengawal kitaran tidur-bangun merangkumi aspek perubahan fizikal, mental dan tingkah laku yang berulang mengikut kitaran 24 jam.

Proses semula jadi ini bertindak balas terutamanya kepada cahaya dan gelap yang mempengaruhi kebanyakan hidupan, termasuk haiwan, tumbuhan dan mikrob.

Ia boleh merujuk kepada sebarang proses yang berasal dari dalam organisma dan bertindak balas kepada persekitaran.

Bekas pemain RB Salzburg itu menyambung:

“Perkara pertama yang saya lakukan pada waktu pagi adalah untuk mendapatkan cahaya matahari di mata saya – ia bagus untuk Circadian rhythm.

“Saya juga telah mula menapis air saya sedikit. Saya fikir ia boleh memberi manfaat yang besar untuk badan saya.”

Makanan kegemaran Haaland ialah lasagna yang dimasak oleh bapanya, Alf-Inge Haaland dan dengan kerja kerasnya Haaland boleh mengambil sehingga 6000 kalori sehari.

Pengambilan kalori manusia normal jika dirujuk kepada laman sesawang kelolaan kerajaan ini mencadang pengambilan kalori diantara 1500 sehingga 2500 bergantung kepada jantina, umur dan aktiviti fizikal.

Lelaki memerlukan lebih banyak kalori berbanding wanita disebabkan peratusan otot yang lebih banyak pada tubuh mereka.

Remaja juga memerlukan lebih kalori daripada orang dewasa kerana mereka sedang melalui proses pertumbuhan yang pesat.

Keperluan kalori juga akan meningkat jika seseorang individu tersebut mengamalkan aktiviti fizikal yang aktif berbanding yang kurang aktif atau sedentari.

Setiap kali sebelum perlawanan yang berlangsung di Ethihad, Haaland akan menikmati Lasagna masakan bapanya.

BACA:  Aksi Tangkas Lisandro Martinez Mengayamkan Erling Haaland dan Darwin Nunez Musim Lalu