Hafizh Syahrin Pamer Tunggangan Terbaik Musim Ini

Hafizh ‘El Pescao’ Syahrin mencatatkan keputusan terbaik dalam perlumbaan musim ini dalam perlumbaan Moto2 di Grand Prix Republik Czech di Brno.

Dalam ujian kelayakan Hafizh Syahrin telah mencatatkan masa ke-4 terpantas dan memulakan perlumbaan hari ini di barisan kedua.

Faktor yang membawa kepada peningkatan ketara Hafiz Syahrin di pusingan kelayakan selepas sendu di ujian bebas adalah kerana setup baru jenteranya.

Grand Prix Republik Czech di Brno menyaksikan Hafizh Syahrin mendapat tempat ke-9 yang merupakan prestasi terbaik beliau musim ini.

1. GP Qatar – Tempat ke-19

2. GP Sepanyol – Tempat ke-10

3. GP Andalusia – Gagal menamatkan perlumbaan (DNF)

4. GP Czech – Tempat ke-9

Daripada empat perlumbaan, El Pescao hanya berjaya mengutip mata di dua perlumbaan sahaja di GP Sepanyol dan terbaru di GP Czech.

Perlumbaan Moto2 di Grand Prix Republik Czech di Brno telah di menangi oleh daripada Italy, Enea Bastianini dan tempat kedua diraih Sam Lowes.

Pemenang pole position semalam, Joe Robert daripada Amerika Syarikat menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Enea Bastianini kini merupakan pendahulu carta juara dunia bagi kategori Moto2 dengan kemenangan berganda.

Grand Prix Republik Czech telah digemparkan dengan kes pertama Koronavirus yang di kesan di Paddock membabitkan kakitangan Dorna yang dikesan positif.

Langkah kuarantin telah dikenakan kepada kakitangan Dorna tersebut dengan pengasingan di sebuah hotel.

Semua kontak rapat telah diuji dan hasil keputusan adalah negatif dan memberi kelegaan kepada semua.

BACA:  MotoGP: Hafizh Sasar Gelaran 'Rookie of the Year'