Hafizh Syahrin Terlibat Dalam Kemalangan Ngeri

Pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin yang beraksi di perlumbaan motosikal paling unggul, Grand Prix bagi kategori Moto2 telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri.

Kemalangan ini terjadi dalam perlumbaan Moto2 yang kini serang berlangsung di GP Austria bagi musim 2020.

Kejadian ngeri ini berlaku selepas Enea Bastianini terjatuh selepas selekoh yang berbahaya di mana pelumba perlu mendaki ketika memasuki selekoh dan terpaksa menuruni pula selepas keluar dari selekoh.

Kelompok belakang yang tiba dengan kelajuan tinggi menuruni bukit berjaya mengelakan motosikal Enea Bastianini yang berada di tengah trek perlumbaan.

Tetapi malang bagi Hafizh Syahrin yang gagal mengelak dan terus merempuh motosikal Enea Bastianini sehingga terburai. Mujur buat Enea Bastianini yang sempat melarikan diri ke tepi trek.

Hafizh Syahrin telah tercampak sebelum terseret dan pelumba lain sempat mengelak daripada melanggar El Pescao.

Ekoran kemalangan teruk ini Red Flag atau bendera merah terpaksa dikibarkan untuk memastikan bantuan kecemasan diberikan kepada pelumba yang terbabit sebelum litar dibersihkan.

Ambulan dan pasukan perubatan terus dikejarkan ke tempat kejadian bagi merawat mangsa kemalangan.

Kemalangan ngeri ini telah melibatkan 4 pelumba iaitu Enea Bastianini, Edgar Pons, Hafizh Syahrin dan Andi Farid Izdihar.

Pihak penganjur perlumbaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa empat pelumba yang terlibat dalam kemalangan ngeri itu berada dalam keadaan sesarkan diri.

Pasukan yang diwakili oleh Hafizh Syahrin, Aspar Team telah mengeluarkan kenyataan bahawa El Pescao masih sedarkan diri dan dalam keadaan baik walaupun mengalami lebam di badan.

“Penunggangnya baik-baik saja cuma banyak lebam-lebam, terutamanya di bahagian pinggul dan masih sedar.”

Semoga Hafizh Syahrin cepat sembuh dan dijauhkan daripada sebarang kecederaan yang teruk.

Update terbaru daripada laman Twitter rasmi MotoGp menyatakan Hafizh Syahrin mengalami kekejangan dibahagian pelvic dan imbasan pertama tidak menunjukkan keretakan besar.

El Pescao akan ke hospital untuk pemeriksaan dan pemerhatian lanjut.

Minggu lalu, Hafizh ‘El Pescao’ Syahrin mencatatkan keputusan terbaik dalam perlumbaan musim ini dalam perlumbaan Moto2 di Grand Prix Republik Czech di Brno.

Dalam ujian kelayakan Hafizh Syahrin telah mencatatkan masa ke-4 terpantas dan memulakan perlumbaan hari ini di barisan kedua.

Grand Prix Republik Czech di Brno menyaksikan Hafizh Syahrin mendapat tempat ke-9 yang merupakan prestasi terbaik beliau musim ini.

1. GP Qatar – Tempat ke-19

2. GP Sepanyol – Tempat ke-10

3. GP Andalusia – Gagal menamatkan perlumbaan (DNF)

4. GP Czech – Tempat ke-9

Red Flag and Red Lights (Bendera Merah dan Lampu Merah)

Apabila sesuatu perlumbaan atau sesi latihan terganggu, bendera merah akan dikibarkan disetiap sektor oleh marshall yang bertugas.

Manakala lampu merah juga akan dinyalakan di sekeliling litar. Apabila isyarat ini berlaku, semua penungga perlu kembali ke pit masing-masing.

Selain itu isyarat ini juga digunakan di kawasan laluan keluar dari laluan pit ke litar utama perlumbaan.

Apabila bendera ini berkibar didalam laluan pit, menunjukkan bahawa laluan pit sedang ditutup dan pelumba tidak dibenarkan meninggalkan kawasan laluan pit.

BACA:  Quartararo Berjaya Tamatkan Perlumbaan Selepas Zip Sut Terbuka