Quartararo Berjaya Tamatkan Perlumbaan Selepas Zip Sut Terbuka

Fabio Quartararo telah mempamerkan suatu kegilaan penuh berisiko apabila berjaya menamatkan perlumbaan selepas zip suit perlindungan beliau terbuka.

Pelumba dari Perancis itu kini merupakan pendahulu MotoGp bagi musim 2021 telah melakukan satu aksi berisiko apabila membuang pelindung dadanya.

Pelindung dada terletak di dalam sut yang akan kemas kejadiannya apabila suit telah zip dengan sempurna. Kejadian seumpama ini nyata mengundang bahaya.

Menurut laporan dari sumber paddock MotoGP, Fabio Quartararo yang berpeluang cerah untuk menang perlumbaan MotoGP Catalan telah diganggu oleh sut kulitnya yang tidak dizip dengan sempurna.

Ini menyebabkan angin boleh masuk melalui bawah leher dan dengan kelajuan pecutan 350km/h zip sut kulit tersebut telah menjadi longgar dan terbuka ketika perlumbaan berbaki lima pusingan lagi.

Akibat daripada zip yang tidak ketak pelingdung dada telah beralih kedudukan dan tidak memberi keselesaan lalu Fabio Quartararo telah membuka zip dan membuang pelindung dada tersebut.

Fabio Quartararo telah menamatkan perlumbaan ditempat ketiga dibelakang Miguel Oliveira dan Johan Zarco namun jatuh ketempat keempat selepas dikenakan penalti.

Jack Millen naik ketempat ketigga dengan penalti 3 saat dikenakan kepada Fabio Quartararo kerana telah mengambil jalan pintas pada selekoh pertama dan kedua.

Kemudian selepas panel bersidang kerana dilaporkan ada protes dari pelumba lain, penalti 3 saat lagi dikenakan kepada Fabio Quartararo.

Dari tempat keempat Fabio Quartararo telah ditendang ke tempat keenam kerana didapati bersalah menunggang dengan sut kulit yang tidak dipakai dengan kemas dan sempurna.

Walaupun ditolak ke kedudukan keenam Fabio Quartararo masih lagi mendahului perebutan kejuaraan dengan kelebihan 14 mata dihadapan Johan Zarco dari pasukan Pramac Racing.

Apa yang menimbulkan tanda tanya kenapa black flag atau bendera hitam tidak dikibarkan kepada Fabio Quartararo kerana jelas telah melanggar peraturan selama beberapa pusingan.

Peraturan menyatakan bahawa pelumba mesti menunggang dengan memakai pelindung dada dan semua peralatan keselamatan wajib dipakai dan diketatkan dengan sempurna sepanjang masa ketika aktiviti di trek berlangsung.

Bekas juara dunia, Casey Stoner telah mempersoalkan insiden itu melalui laman Twitter rasmi beliau dan pelik kenapa bendera hitam tidak dikibarkan tidak kira sama ada secara sengaja atau tidak zip sut Fabio Quartraro terbuka.

“Sama ada sengaja atau tidak Fabio Quartararo membuka zipnya, aku percaya bendera hitam patut dikibarkan. Pada tahap ini kau tidak dibenarkan untuk berlumba pada kelajuan 350km/h dengan sut kau yang terbuka.”

Jika dibandingkan penalti 3 saat dengan kibaran bendera hitam sangat ringan hukuman yang telah dikenakan kepada Fabio Quartararo.

Foto – ketemulagi.com

Bendera hitam adalah bendera yang akan dikibarkan di setiap kawasan yang mempunyai marshall. Bendera ini akan dikibarkan bersama-sama dengan nombor pelumba. Bendera ini memberikan arahan bahawa pelumba berkenaan tidak lagi dibenarkan berlumba  dan perlu kembali ke pit.

Ini merupakan salah satu hukuman dalam perlumbaan MotoGO. Pelumba juga tidak dibenarkan melakukan ‘restart’. Dengan kata mudahnya, pelumba yang menerima bendera ini menandakan bahawa mereka telah ‘disqualified’ perlumbaan tersebut.

Antara pelumba terkemuka yang pernah menerima hukuman ini adalah Marc Marquez dalam perlumbaan  Tissot Australian Grand Prix musim 2013 yang menyaksikan Jorge Lorenzo meraikan kemenangan ke 50 dalam kerjaya sebagai pelumba MotoGP.

BACA:  Pawang Hujan Dakwa Fabio Menang Perlumbaan Kerana Meniru Ritualnya