Gila! Cara Marquez Elak Kemalangan, Namun Terciduk Jua Akhirnya

Perlumbaan MotoGp kembali bersambung untuk musim ini selepas lama mendap akibat akibat wabak yang melanda dunia ketika dan Marc Marquez tidak menunggu lama untuk memberi hiburan tidak masuk akal.

Marq Marquez yang terkenal dengan gaya tunggangan agresif tahap dewa telah menyajikan drama yang bombastik untuk semua peminat MotoGP.

Baru sahaja perlumbaan bermula Marquez dan Maverick Vilanes saling bertukar kedudukan sebelum berjaya menjarakkan kedudukan.

Marquez yang mendahului pelumba yang lain terus mempamerkan aksi tunggangan agresif tanpa otak.

Tindakannya itu telah menyebabkan motosikal beliau hilang kawalan dan keluar dari trek perlumbaan pada pusingan kelapan.

Apa yang ajaibnya Marquez mampu mengawal jenteranya daripada jatuh yang meluncur deras di atas pasir dan aksi Marquez itu disaksikan oleh selekoh keempat.

Entah bagaimana Marquez mampu mengelakkan kemalangan dan kembali ke trek untuk meneruskan perlumbaan dan terus berada di tangga ke-6. Gila.

Tidak lama berselang, selekoh keempat sekali lagi menjadi saksi kepada aksi Marquez yang kali ini terciduk dan jatuh.

Berguling bating Marquez kali ini diselekoh yang sama, satu kemalangan yang ngeri menyaksikan beliau tidak lagi mampu meneruskan perlumbaa.

Jentera Honda RC213V telah hilang kawalan lalu mencampak Marquez ke litar dan terseret sebelum melambung beberapa kali ke kawasan pasir.

Selepas kemalangan itu Marquez terus di bawa ke pusat kesihatan untuk pemeriksaan lanjut dan X-Ray.

Hasil pemeriksaan didapati Marquez mengalami keretakan humerus kanan dan akan terbang ke Barcelona untuk pembedahan.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh laman Twitter rasmi Repsol Honda Team.

Semoga Marquez cepat sembuh dan kembali ke litar.

BACA:  Pawang Hujan Dakwa Fabio Menang Perlumbaan Kerana Meniru Ritualnya