Brad Binder Cetus Sensasi Dengan Muncul Juara GP Czech

Brad Binder daripada pasukan Red Bull KTM Factory Racing mencetuskan sensasi yang penuh bersejarah diperlumbaan MotoGP litar Automotodrom Brno, Republic Czech apabila muncul juara.

Pelumba Afrika Selatan ini baru saja naik ke kategori MotoGP musim 2020 selepas tiga tahun beraksi di Moto2 dari tahun 2017 sehingga 2019.

Selepas hanya tiga perlumbaan MotoGP musim 2020, Brad Binder meraih gelaran juara pertama di perlumbaan kelas premier itu.

Ini merupakan kali pertama rookie menjadi juara selepas naik pangkat ke kategori utama sejak Marc Marquez melakukannya pada tahun 2013.

Sejarah dicipta Brad Binder apabila menjadi:

1. Pelumba Afrika Selatan pertama menjadi juara MotoGP.
2. Kemenangan pertama buat Red Bull KTM Factory Racing di MotoGP.
3. Kemenangan perlumbaan MotoGP pertama dalam karier.

Kejayaan penuh bersejarah yang diraih oleh Brad Binder dan KTM ini nyata telah menggegarkan perlumbaan MotoGP Republic Czech dan menjadi bualan dunia.

Dalam perlumbaan ini Brad Binder bermula dari petak ke-7(P7) dan mempamerkan tunggangan yang sempurna dan meyakinkan untuk muncul juara.

Pelumba Italy, Franco Morbidelli meraih tempat kedua ketinggalan +5.266 saat di belakang Brad Binder. Satu kemenangan yang selesa buat Binder.

Johan Zarco yang menghilang semusim yang lalu kembali meraih podium pertamanya sejak Malaysian GP musim 2018.

Selepas tiga perlumbaan Fabio Quartararo yang menamatkan perlumbaan ditangga ketujuh masih mendahului carta pungutan mata dengan 59 mata.

Perebutan gelaran juara dunia masih terbuka seluas-luasnya buat kesemua pelumba.

Rider Championship 2020:

1. Fabio Quartararo – 59 mata
2. Maverick Vinales – 42 mata
3. Franco Morbidelli – 31 mata
4. Andrea Dovizioso – 31 mata
5. Brad Binder – 28 mata
6. Johan Zarco – 28 mata
7. Valentino Rossi – 27 mata
8. Takaaki Nakagami – 27 mata
9. Jack Miller – 20 mata

Pelumba lagenda MotoGP, Valentino Rossi menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-5 dan secara keseluruhan berada di tangga ke-7 dengan 27 mata.

The Doctor dirakam telah memberi ucapan tahniah kepada Brad Binder selepas mempamerkan aksi luar biasa dalam perlumbaan.

Lejen dah iktiraf kehebatan Brad Binder maka bintang baharu dalam pembikinan kini meniti masa untuk menjadi pencabar utama.

Grand Prix Republik Czech telah digemparkan dengan kes pertama Koronavirus yang di kesan di Paddock membabitkan kakitangan Dorna yang dikesan positif.

Langkah kuarantin telah dikenakan kepada kakitangan Dorna tersebut dengan pengasingan di sebuah hotel.

Semua kontak rapat telah diuji dan hasil keputusan adalah negatif dan memberi kelegaan kepada semua.

BACA:Β  Poncharal: Monster Yamaha Tech3 Ambil Risiko 'Yang Perlu' Dengan Dapatkan Hafizh Syahrin