Pawang Hujan MotoGP Mandalika Dibayar Hampir RM1,500 Sehari Untuk Mengawal Cuaca

Rara Istiani Wulandari yang mendonia dalam dunia perlumbaan motosikal merupakan seorang pawang hujan di sirkit MotoGP Mandalika, Indonesia telah dibayar hampir RM1,500 sehari untuk ‘mengawal cuaca’ semasa perlumbaan.

Ritual yang dilakukan oleh Rara Istiani Wulandari menjadi perbualan seluruh dunia apabila aksinya ketika menjalankan tugas telah dipancarkan secara langsung ketika perlumbaan.

Kebiasaannya apabila tamat perlumbaan MotoGP, aksi perlumbaan dari pelumba dari kategori Moto3, Moto2 dan MotoGP akan menjadi bualan dan disajikan dengan drama kejar mengejar dan kemalangan.

Dunia dapat menyaksikan buat pertama kalinya penganjur motoGP melantik pawang hujan bagi membantu mengendalikan hujan. Jawatan itu dipanggil secara profesionalnya dipanggil rain handler.

Tugas Rara Istiani Wulandari adalah untuk ‘menolak hujan’ agar perlumbaan dapat dijalankan dengan lancar. Ini kerana sebelum perlumbaan, hujan lebat tiba tiba turun. Ramai yang mempersoalkan keberkesanan ilmu mencegah atau menolak hujan Rara Istiani Wulandari.

Hujan yang mahu ditolak tapi mencurah-curah turun bagaikan tiada henti. Melalui laman Twitter rasmi MotoGP, apa yang dilakukan Rara berkesan.

Rara Istiani Wulandari kemudian masuk ke litar dan melakukan ritual. Jelas kelihatan sosok rain handler ataupun pawang hujan itu membaca mantera dengan mulut terkumat kamit di atas litar.

Dilantik sebagai Rain Handler secara rasmi, Rara Istiani Wulandari dibayar sebanyak hampir RM1,500 Rp 5 juta (lebih tepanya RM1466.38) untuk tempoh selama 21 hari yang selepas dikalkulasi mengumpul jumlah sebanyak Rp 105 juta (RM30,794.01).

Agak mewah bukan?

Indonesia Tourism Development Corporation (ITDC) sebuah syarikan milik Kementerian Badan Usaha Milik Negara (BUMN) yang merupakan pemilik Litar Mandalika telah melantik Rara Istiani Wulandari.

Rara Istiani Wulandari merupakan anak kelahiran Jayapura, Papua merupakan seorang ‘pengawal cuaca’ yang tidak asing lagi dalam bidang ini untuk acara-acara besar yang berlangsung di Indonesia.

Porfolio yang dipunyai oleh Rara Istiani Wulandari sangat gah dan sangat dipercayai dinegaranya apabila untuk mengawal cuaca apabila terlibat untuk acara:

1. Majlis pembukaan Sukan Asia 2018.
2. Kejohanan AFC U-19/
3. Acara Vaksinasi anjuran Kementerian Badan Usaha Milik Negara (BUMN) di lima Bandar.
4. Acara bola sepak di Liga 1 dan Liga 2.
5. Perlumbaan World Superbike Championship (WSBK) Litar Mandalika, November 2021.
6. MotoGP rasanya job paling besar dan bertaraf dunia.

Selain menolak hujan, Rara Istiani Wulandari juga mampu untuk menarik hujan. Pada 9-11 Mac lalu Rara Istiani Wulandari diminta untuk menarik hujan bagi menyejukkan litar Mandalika ketika ujian pramusim berlangsung.

TARIK SIS! SEMONGKO!

Skop Tugas Rain Handler

Skop tugasan Rara Istiani Wulandari sebagai Rain Handler di kejohanan MotoGP Litar Mandalika Indonesia ini telah di perincikan oleh beliau sendiri dalam satu wawancara.

Tugasnya nampak mudah dan seperti tidak masuk akal adalah untuk menghalang cuaca yang tidak diingini. Upacara dilakukan untuk menolak atau menarik hujan mengikut kehendak pelanggan.

“Saya merupakan pasukan pembaca mentera pengendali hujan yang disyorkan oleh En Erick Thohir (Menteri BUMN) dan sering mengawasi acara Presiden Jokowi dan acara negeri lain, bersama-sama pasukan ITDC dan Pak Hadi Tjahjanto selaku penyelaras lapangan untuk mengubah suai cuaca dengan kuasa doa.”kata Rara Istiani, dipetik dari Kompas.com.

“Semalam (Khamis) asfalt(litar) dikira panas sedikit. Suhu mencecah 60 darjah Celsius. Di sini, saya diminta menurunkan suhu supaya lembap dan sejuk dengan sedikit hujan,” sambungnya.

Menurutnya, pelumba MotoGP luar negara sudah biasa dengan suhu sejuk di negara mereka. Walaubagaimanapun, Indonesia adalah negara tropika jadi suhu sebolehnya mahu diturunkan.

“Kami di Indonesia sudah biasa dengan (iklim) tropika, tetapi pelumba dari luar negara minta cuaca yang lebih sejuk. Saya minta sokongan semua untuk berjalan dengan baik,” sambung Rara.

Rara mempunyai akses ke semua jalan di gelanggang 1 litar.  Pasukan pawang hujan litar Mandalika mempunyai khemah khas yang terletak di bahagian utara litar, berhampiran pintu masuk utama yang diberi jolokan ‘Green Gate’.

“Ia mesti dimulakan dengan mentera dan jampi. Kalau perlu (panggil panas) kiub ais cair, yang ini (panggil sejuk) kiub ais pun dah lama tak cair,” katanya.

Kali ini, Rara berharap cuaca bagi perlumbaan MotoGP yang berada pada siri kedua yang diadakan pada Ahad ini dapat menjadi sejuk dan tidak terlalu panas. Namun harapan itu tidak berapa kesampaian.

“Sejak pagi tadi tidak cair. Itulah kekuatan jampi serapah, kearifan tempatan, orang Indonesia zaman dahulu juga terkenal dengan kuasa ghaib rakyatnya dan saya menggunakan kurniaan ini untuk membantu majlis itu,” kata Rara.

Dia mendakwa telah mengambil bahagian dalam ‘mengawasi’ Litar Mandalika dari jauh sejak ujian pramusim pada 1 Mac 2022. Pada 9-11 Mac misalnya, Rara mengaku diminta segera membawa hujan bagi membantu menyejukkan trek yang baru diturap semula.

Sudah tentu ramai yang tidak percaya dengan pawang hujan, Rara sedar perkara ini. Namun, bagi Rara, apa yang dilakukannya adalah satu usaha dan juga niat yang baik.

Rara terus mendapat kepercayaan daripada penyelia litar Mandalika. Arief Rasyad berkata:

“Kearifan lokal (kepakaran tempatan) yang mungkin tidak ditemui di negara lain selain di Indonesia atau mungkin di Malaysia iaitu pawang hujan (rain handler). Bersemangat kak Rara.”

Sejarah tercipta apabila Miguel Oliveira dari pasukan Red Bull KTM menjadi juara sulung MotoGP Litar Mandalika, Indonesia yang pertama kali menganjurkan acara beprestij itu.

Miguel Oliveira akhirnya berjaya merangkul kedudukan pertama diiringi Fabio Quartararo dan Johann Zarco masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Ini bermakna ada dua pelumba dari Perancis yang berada di podium pada kali ini.

1. Miguel Oliveira (Red Bull KTM)
2. Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha)
3. Johann Zarco (Pramac Racing)

Dalam perlumbaan MotoGP hujan dan panas terik merupakan satu faktor yang boleh membawa kejayaan dimana pelumba yang menggunakan strategi betul dalam penggunaan tayar akan mempunyai kelebihan.

BACA:  Quartararo Berjaya Tamatkan Perlumbaan Selepas Zip Sut Terbuka