Moto2: Hafizh Syahrin Raih Tempat Ke-6 Selepas Bermula Di Petak Ke-15

Pelumba Moto2 Malaysia yang beraksi bersama pasukan Aspar Team, Hafizh Syahrin telah mempamerkan aksi yang penuh meyakinkan selepas perlumbaan kembali bersambung.

Pada perlumbaan pertama Grand Prix Qatar di litar Losail International Circuit, El Pescao sekadar meraih tempat ke-19.

Perlumbaan kedua de Espana di Litar Jerez – Angel Nito menyaksikan kebangkitan meyakinkan daripada Hafizh Syahrin.

El Pescao mempamerkan tunggangan yang cemerlang dan berjaya mendapat tempat ke-6 selepas bermula dari petak ke-15.

Hafizh Syahrin mengejar satu persatu pelumba lain untuk meraih tempat ke-6 sekaligus mengutip 10 mata berharga.

Pada pusingan ke-13, Hafizh Syahrin berjaya meraih kedudukan ke-7 dengan 11 pusingan lagi berbaki.

Sementara itu rakan sepasukan Hafizh Syahrin di Aspar Team, Aron Canet menamatkan kedudukan di tempat ke-5 dan meraih 11 mata.

Satu prestasi yang hebat dan menyakinkan daripada kedua-dua pelumba Aspar Team ini.

Dalam perlumbaan Moto2 pusingan kedua ini menyaksikan Luca Marini daripada Italy muncul juara meninggalkan Hafizh Syahrin dengan 15.578 saat.

Pelumba Jepun, Tetsuta Nagashima dan Jorge Martin meraih podium untuk tempat kedua dan ketiga.

Selepas dua perlumbaan Tetsuta Nagashima meraih mendahului carta perlumbaan dengan 45 mata.

Hafizh Syahrin mencuri tumpuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) apabila menjadi gamer dengan menjadi Facebook Gaming Creator.

Antara permainan video dimainkan oleh Hafizh Syahrin adalah PUBG Mobile, GTA, FIFA dan sudah pasti MotoGP.

Aksi permainan video MotoGP hampir setiap hari menjadi peneman ketika sahur saat Malaysia berPKP.

Kalau Paroi Studio yang mengulas ketika Hafizh Syahrin berlumba pasti podium dalam tangan.

BACA:  Hafizh Syahrin Tidak Sabar Turun Beraksi Di GP Sepanyol Walaupun Mengalami Kecederaan