Hampir Berterabur Gigi Ronaldo Dihantuk Kepala Besi Maguire

Pemain pertahanan paling kelakar di dalam dunia bola sepak hari ini, Harry Maguire tanpa sengaja telah menghantuk wajah tampan Cristiano Ronaldo dan hampir membuatkan gigi pemain veteran itu berterabur.

Ada saja detik yang menarik dan tidak boleh dilupakan dalam hampir setiap perlawanan. Tidak terkecuali dalam perlawanan menentang Atletico Madrid yang menyaksikan Setan Merah ditendang keluar dari saingan Champions League.

Atletico Madrid yang merupakan pasukan agak bergelut dengan prestasi seperti mana Manchester United mara ke suku akhir dengan agregat 2-1 selepas terikat 1-1 pada perlawanan pertama.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Renan Lodi melalui satu sundulan yang mengasyikkan pada separuh masa pertama. Dan ada pakar bola sepak Facebook cuba menyalahkan Maguire untuk gol ini.

Namun Maguire tetap menjadi sebutan dan tular di laman sosial. Satu rakaman video telah tersebar di media sosial aksi Maguire menanduk Ronaldo dengan kepala besinya.

Maguire cuba meloloskan diri dari kawalan pertahanan Atletico Madrid, Stefan Savic semasa sepakan penjuru di separuh masa kedua dan secara tidak sengaja berlanggar dengan Ronaldo yang berdiri di belakangnya di dalam kotak.

Ronaldo, 37, boleh dilihat menggerakkan tangannya ke arah mulutnya selepas dihantuk oleh kepala Maguire, manakala Maguire pula dilihat mengusap belakang kepalanya yang pasti mengalami kesakitan.

Namun reaksi kedua-dua pemain Setan Merah itu hanya seketika yang terus mengejar bola sepakan penjuru yang sia-sia. Semua ini terjadi dengan pantas amat.

Peminat bola sepak terutamanya bukan penyokong Manchester United pasti terhibur dengan aksi kelakar dan punchline diluar akal fikiran dari Maguire itu.

Selain melain pengulas perlawanan ketika siaran langsung juga menjadi tular dan puncanya masih lagi berkait rapat dengan Harry Maguire yang seperti menjadi mangsa ejekan media sosial ketika ini.

Pengulas saluran Supersport Afrika Selatan nyata tidak berlapik ketika mengulas dengan satu ulasan yang mengejutkan ramai apabila menggelarkan Maguire sebagai Si Kepala Besar.

Pada ketika itu Maguire sedang bertarung di udara bersama Jose Maria Gimenez di separuh masa pertama dan tanpa disangka-sangka satu serangan peribadi ditujukan kepada Maguire.

“Ia adalah topik perbincangan yang popular dalam bola sepak bahawa Harry Maguire mempunyai kepala yang besar dan dia mampu menyerap asakan.”

Ulasan itu sangat mengejutkan mereka yang menyaksikan perlawanan secara langsung dan ada yang pecah perut mendengar ulasan tersebut.

Saban Harry Maguire semakin teruk dipertikaikan kredibilitinya dan sentiasa menjadi buah mulut media lantaran kekelakarannya yang boleh membunuh perwatakan.

Ditambah pula sebagai ketua pasukan antara kelab tersohor di dunia makin parah cemuhan yang diterima oleh Maguire.

Manchester United 0-1 Atletico Madrid (Agg. 1-2)

Perlawanan timbal balik antara Manchester United dan Atletico Madrid telah tiba masanya untuk menentukan siapa yang akan mara ke pusingan suku akhir Champions League.

Atletico Madrid bertandang ke Old Trafford selepas mensia-siakan peluang pada perlawanan pertama di Stadium Wanda Metropolitano yang berakhir dengan keputusan seri.

Anak buah Diego Simeone beraksi dengan sangat padu dan mendapat gol pendahuluan namun terus shutdown diseparuh masa kedua dan Anthony Elanga menjaringkan gol penyamaan.

Cristiano Ronaldo mempamerkan aksi penuh meyakinkan di awal permainan apabila telah melakukan juggling selepas menerima bola dengan penuh bergaya seolah-olah memberi amaran awal kemenangan bakal menjadi milik Setan Merah.

Anthony Elanga mencuba seawal minit ketiga apabila mencabar bola tinggi dengan satu sundulan, namun pengadil pengadil memberikan sepakan percuma kepada Jan Oblak.

Tempoh 10 minit pertama menjadi milik Manchester United yang bermain pressing digarisan tinggi dengan aksi yang sangat meyakinkan dan Atletico Madrid tenang menyerap tekanan.

Kemudian barulah Atletico Madrid mula merencanakan serangan. Anthony Elanga mendapat peluang terbaik dengan tolakan jarak dekat tetapi bola terkena kepala Jan Oblak.

Rodrigo De Paul hampir menggegarkan gawang di Old Trafford dengan rembatan padu luar kotak, David De Gea bersedia menjadi penyelamat dengan tepisan berkelas dunia.

Bruno Fernandes yang kembali ke kesebelasan utama masih lagi dengan perangai lama yang tantrum di padang meminta sepakan percuma walaupun terkena sedikit sentuhan. Sedikit merencatkan permainan penuh yakin Setan Merah.

Pada minit ke-33 Joao Felix sekali lagi memecahkan kebuntuan melalui satu serangan balas yang lancar namun gol tersebut dibatalkan kerana offside.

Alex Telles menjadi lubuk buat Atletico Madrid dengan aksi yang agak longlai. Gol yang dibatalkan menjadi pemangkin semangat kepada Atletico untuk merencanakan serangan.

Pemain Manchester United telah hilang fokus selepas Elanga kehilangan bola dan pengadil tidak memberikan sepakan percuma.

https://twitter.com/UtdFaithfuls/status/1503838231573499912

Ronaldo jelas kelihatan tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dan Atletico Madrid meneruskan serangan Joao Felix melakukan back heel pass kepada Antoine Griezman.

Tanpa berlengah Griezmann melakukan aerial pass mencari Renan Lodi yang tidak dikawal yang mudah melakukan tandukan membuatkan David De Gea terpaku.

Kali ini tidak offside dan gol dikira, Atletico di depan kembali. Jan Oblak terus cemerlang menafikan percubaan setan merah hingga tamat separuh masa pertama.

Setan Merah bermula garang di babak kedua, Anthony Elanga sekali lagi terlepas peluang dengan percubaan tersasar selepas menerima hantaran hafl volley backheel dari Bruno Fernandes.

Bruno Fernandes masih lagi menyalak kepada pengadil apabila keputusan tidak memihak walaupun ketika itu Atletico Madrid sedang melakukan serangan balas. Tak belajar dari kesilapan.

Harry Maguire mengalami detik mengerikan apabila ditekan hebat dan terpaksa menghantar bola kepada De Gea yang membuat clearance lemah menemui pemain Atletico.

Namun rembatan itu mudah ditangkap De Gea. Atletico mempamerkan kepakaran mereka dengan bermain bertahan dan hanya menunggu peluang untuk menyerang.

Pada minit ke-67, Ralf Rangnick melakukan 3 pertukaran serentak mengeluarkan Anthony Elanga, Scot Mctominay dan Bruno Fernandes digantikan dengan Marcus Rashford, Nemanja Matic dan Paul Pogba.

Bruno Fernandes dilihat menggeleng kepala saat dikeluarkan dan tidak memberi impak kepada perlawanan. 10 minit kemudian Fred dikeluarkan dan Edison Cavani masuk.

Jan Oblak terus cemerlang apabila menafikan tandukan Raphael Varane dan sekali lagi menyelamatkan aksi akrobatik Ronaldo.

Berbaki 10 minit permainan, Setan Merah semakin terdesak untuk mencari gol penyamaan dengan Atletico kental bertahan.

Penyokong Setan Merah tampak koyak dengan aksi melengahkan permainan Atletico dan ketika Joao Felix terbaring satu objek telah dibaling dan Felix terus sembuh.

Juan Mata menjadi senjata terakhir Ralf Rangnick masuk menggantikan Harry Maguire untuk pertukaran terakhir. Manchester United bermain dengan 3 pemain pertahanan dengan Matic mengambil posisi Maguire.

Darren Fletcher dilayangkan kad kuning mungkin kerana terlalu bising di tepi padang.

Lima minit masa kecederaan tidak mampu mengubah hakikat bahawa perjalanan Setan Merah musim ini di Champions League hanya sampai dipusingan 16 terbaik sahaja.

United: De Gea; Dalot, Varane, Maguire, Telles; McTominay, Fred; Sancho, Fernandes, Elanga; Ronaldo

Subs: Heaton, Henderson, Bailly, Jones, Lindelof, Wan-Bissaka, Lingard, Mata, Matic, Pogba, Cavani, Rashford

Atletico: Oblak; Llorente, Gimenez, Savic, Reinildo, Renan Lodi; Koke, Herrera, De Paul; Greizmann, Joao Felix

Subs: Lecomte, Christian, Felipe, Hermoso, Gonzalez, Ibra, Kondogbia, Serrano, Moreno, Carlos, Suarez, Correa

Referee: S Vincic (Slovenia)

BACA:  Senarai Pemain Pengganti Harry Maguire