Harry Maguire Dihentam Kerana Pamer Aksi Ultimate Dungu Bertemu Manchester City

Manchester City berjaya membelasah Man Utd dengan keputusan 4-1 dalam aksi Manchester derby yang dilangsungkan di Etihad awal pagi tadi.

Dua gol jaringan Kevin De Bruyne dan dua gol jaringan Riyad Mahrez sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan 4-1 The Citizens membelasah setan merah.

Anak-anak buah Pep Guardiola itu juga mendominasi sepenuhnya aksi dalam perlawanan tersebut dengan mereka benar-benar tak bagi muka kepada pasukan pelawat.

Ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire merupakan antara pemain paling teruk dihentam oleh para peminat, kerana telah mempamerkan aksi yang sungguh luar biasa dungu dalam perlawanan ini.

Kena nutmeg ketika gol pembukaan Man City, melakukan dummy dungu untuk gol kedua City, deflection untuk gol ketiga City dan banyak lagi aksi dungu lain yang beliau lakukan dalam perlawanan ini.

Para penyokong sudah mula hilang sabar dan mendesak pihak kelab untuk menjual sahaja bintang England itu, yang mana mereka rasakan beliau pemain paling teruk yang ada dalam skuad pada ketika ini.

Antara aksi paling dungu yang beliau lakukan dalam perlawanan ini adalah ketika beliau melakukan dummy yang tak sepatutnya untuk gol kedua Man City.

Selepas Kevin De Bruyne menjaringkan gol pembukaan untuk Man City, Jadon Sancho berjaya meledak gol untuk setan merah untuk mengikat kedudukan 1-1.

Walau bagaimanapun, dek kerana kedunguan Maguire membuat keputusan di dalam kotak penalti, beliau secara tak langsung membenarkan City kembali mendahului perlawanan.

Selepas David De Gea menyelamatkan bola rembatan dari Phil Foden, bola tersebut datang ke arah pertahanan termahal dunia.

Berbanding menahan atau mengeluarkan bola tersebut, pemain termahal dunia itu sekadar membiarkan bola melepasi kakinya seolah-olah beliau membuat dummy.

Dari situ Bernardo Silva berjaya melepaskan rembatan dan David De Gea sekali lagi terpaksa menyelamatkan keadaan.

Malang untuk De Gea, bola tersebut tiba ke arah Kevin De Bruyne yang kemudiannya melepaskan rembatan padu menerjah jaring gawang golnya.

Memang malang nasib De Gea dapat barisan pertahanan dungu untuk beliau harapkan.

Aksi dungu Harry Maguire itu telah membangkitkan rasa marah para penyokong Man Utd, dengan kebanyakkan dari mereka memaki hamun beliau di laman media sosial.

“Semua gol ada salah dia, saya tak faham apa lagi kita nak tunggu dari dia, kenapa dia masih ada atas padang, saya tak malu mengaku saya penyokong United, tapi saya malu ada ketua pasukan macam ini.”

“Saya tak tahu kenapa dia boleh buat dummy dekat situ, dia sepatutnya boleh bagi sepakan penjuru, tapi dia lebih rela bagi gol percuma.”

“Jual di dungu itu, saya dah penat, kalau tanya mengapa kita gagal, jawapan utama kerana kita masih simpan pemain macam Maguire.”

“Dia masih rasa dia bagus sebab dia dapat bermain, pemain macam ni dah sepatutnya bersara, bola sepak bukan sukan untuk dia.”

“Saya rasa pemain terbaik City dalam perlawanan ini adalah Harry Maguire, dia adalah punca mengapa City boleh menang.”

Sebenarnya banyak lagi ciapan-ciapan dari para peminat di media sosial yang menghentam Harry Maguire, namun cukuplah yang ni saja ditulis kerana yang lain terlalu susah untuk ditapis.

Kekalahan memalukan Man Utd ini menyebabkan mereka dipintas oleh Arsenal dalam carta saingan liga dengan mereka kini berada di kedudukan kelima.

Man City sementara itu berjaya mengukuhkan kedudukan mereka di puncak saingan liga dengan mengatasi Liverpool dengan kelebihan enam mata.

BACA:  Henderson Anggap Maguire Kini Sehebat Virgil Van Dijk