Henderson Anggap Maguire Kini Sehebat Virgil Van Dijk

Bintang Manchester United dan England, Dean Henderson menyatakan yang rakan sepasukannya, Harry Maguire kini sehebat dan sebagus seperti bintang Liverpool, Virgil Van Dijk.

Ketua pasukan Manchester United yang juga merupakan pertahanan termahal dunia dengan nilai £80 juta, telah turun beraksi di kejohanan Euro 2020, walaupun beliau sedang dibelenggu masalah kecederaan ankle.

Beliau terlepas dua perlawanan ketika aksi di peringkat kumpulan, sebelum kembali sertai kesebelasan utama ketika beraksi bertemu Czech Republic.

Pemain centre-back itu telah menunjukkan betapa pentingnya beliau di posisi pertahanan skuad The Three Lions dengan mempamerkan rentak permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau turut berjaya menjaringkan satu gol ketika aksi kemenangan 4-0 menewaskan Ukraine di pusingan 16 terbaik sebelum ini.

Aksi hebat yang beliau pamerkan telah membantu Maguire untuk tersenarai dalam senarai Euro 2020 Team Of The Tournament.

Rakan sepasukannya diperingkat kelab dan negara, Dean Henderson telah memberikan pujian yang menggunung kepada Maguire atas persembahan yang ditunjukkan.

“Bagaimana boleh kamu meragui Harry Maguire? Tak ada sesiapa boleh meragui dia.”

Jelas Henderson kepada talkSPORT menjelang aksi perlawanan akhir Euro 2020 sebelum ini.

“Dia bermain hampir setiap perlawanan untuk Manchester United, pasukan bola sepak terbesar di dunia dan tidak kira apa berlaku, dia akan sentiasa berikan yang terbaik.”

“Harry merupakan centre-half terhebat. Saya boleh letakkan dia sama kategori seperti Virgil Van Dijk, dan saya rasa ia akan terbukti dalam beberapa tahun akan datang ini, kerana dia sepanjang masa semakin bagus dan bagus.”

Maguire ketika ini sudah memiliki 38 caps bersama skuad kebangsaan England, dan beliau turut beraksi selama 120 minit ketika aksi perlawanan akhir di Wembley hujung minggu lalu.

Beliau cemerlang menjaringkan gol ketika aksi penentuan sepakan penalti walaupun England pada akhirnya tewas kepada Itali dalam perlawanan tersebut.

Bekas bintang Manchester United dan England, Rio Ferdinand juga merupakan salah seorang peminat setia Harry Maguire.

“Harry Maguire nampak sangat selesa di pentas bola sepak antarabangsa.”

Jelas Rio.

“Ketika menyarung jersi England, dia nampak seperti seorang gagah perkasa bagi saya. Ketika dia bawa bola dia akan buat hantaran yang betul dan berkualiti.”

“Dia akan selalu cuba untuk keluar, bawa seseorang bersama dia dan dia akan bermain berdua. Dia mahu pastikan semua ada komitmen dan itulah perbezaan antara dia dengan pemain centre-back yang lain.”

Sementara, Henderson pula beliau terpaksa digugurkan dari skuad kebangsaan England kerana dibelenggu masalah kecederaan dan beliau mengakui ia berat untuknya.

“Saya sangat mahu untuk kekal cergas, jadi saya datang dengan reaksi yang berani, tapi saya tak mampu untuk melayangkan badan.”

Tambah beliau lagi.

“Ketika saya datang ke sesi latihan, saya tak boleh melayangkan badan. Saya lesu selama satu minggu dan saya sangat sedih.”

Kejayaan England untuk mara ke perlawanan akhir merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan, memandangkan ini merupakan final pertama mereka sejak 55 tahun lalu.

Walau tewas, namun The Three Lions harusnya berbangga mereka tewas ditangan pasukan yang hebat dan sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini.

Tiga pemain England, Harry Maguire, Raheem Sterling dan Kyle Walker telah tersenarai dalam senarai Euro 2020 Team Of The Tournament.

Euro 2020 Team Of The Tournament

Agak mengejutkan untuk melihat nama Luke Shaw tidak disenaraikan dalam senarai tersebut memandangkan beliau sudah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.

Namun begitu, hak untuk Spinazzola berada dalam senarai tersebut tidak boleh dinafikan kerana bintang Itali itu juga telah mempamerkan aksi permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan sepanjang kejohanan ini.

Harry Kane berjaya meledak empat gol, satu gol melebihi rakan sepasukannya, Raheem Sterling, namun nama beliau tidak disenaraikan dalam senarai ini.

Lebih mengejutkan lagi, nama penjaring terbanyak kejohanan, Cristiano Ronaldo juga tidak disenaraikan dalam senarai ini walau ramai yang merasakan beliau layak untuk jadi sebahagian dari Team Of The Tournament.

UEFA Euro 2020 Team of the Tournament

GK: Gianluigi Donnarumma (Itali)

RB: Kyle Walker (England)

CB: Leonardo Bonucci (Itali)

CB: Harry Maguire (England)

LB: Leonardo Spinazzola (Itali)

CM: Pierre-Emile Hojbjerg (Denmark)

CM: Jorginho (Itali)

CM: Pedri (Spain)

RW: Federico Chiesa (Itali)

ST: Romelu Lukaku (Belgium)

LW: Raheem Sterling (England)

Sumber: SB

talkSPORT

BACA:  Harry Maguire Buat Apa Tu Sampai Tergolek?