Harry Maguire ‘Kantoi’ Mabuk-Mabuk Raikan Pemergian Ole

Ketua pasukan paling disayangi peminat pasukan lawan, Harry Maguire telah dihentam teruk oleh para penyokong sendiri, kerana terkantoi pergi mabuk-mabuk selepas pamer aksi dungu bertemu Watford.

Pemain pertahanan termahal dunia itu terkantoi pergi mabuk-mabuk selepas tamat aksi kekalahan memalukan 4-1 setan merah bertemu Watford kemarin.

Beliau terkantoi kerana gambarnya tersiar di insta story milik beju_Sheffield dengan para pengikut akaun tersebut menangkap layar story berkenaan lalu ditularkan di laman media sosial.

Maguire teruk dihentam oleh para peminat atas tindakan beliau itu dengan ramai yang menganggap beliau sebagai ketua pasukan paling sampah pernah United miliki.

Bukan hanya skuadnya dibelasah teruk oleh pasukan yang sedang bergelut di zon penyingkiran, Maguire sendiri turut mempamerkan aksi ultimate dungu dalam perlawanan tersebut.

Selepas melepaskan dua gol melepasi gawang gol De Gea, Maguire memilih untuk mandi awal (mungkin siap mandi terus boleh pergi mabuk-mabuk) dengan beliau melakukan kekasaran dungu yang mengakibatkan dirinya dilayangkan kad merah.

Beliau jelas sekali melakukan kesalahan yang tidak boleh diterima dengan mengasari pemain lawan, selepas gagal mengawal bola dengan baik.

Sebaik dilayangkan kad kuning kedua, beliau tanpa membantah terus saja melucutkan armban kapten miliknya, lalu mencapakkan kepada rakan sepasukannya sebelum beliau berjalan keluar meninggalkan padang.

Beliau kemudiannya tenang bersalaman dengan Ole Gunnar Solskjaer sebelum terus berjalan kembali ke bilik persalinan untuk mandi awal.

Selepas perlawanan tamat, berbanding memotivasikan diri kerana melakukan kesilapan dungu, Maguire lebih memilih untuk mabuk-mabuk di sebuah kelab di Sheffield.

Maguire turut menunjukkan yang beliau tidak begitu bijak dalam melakukan hal-hal keji dengan bergambar bersama pekerja/pengurus/pemilik kelab tersebut.

Beliau tentu sedar akibat yang akan beliau tanggung seandainya gambar tersebut tular, apa lagi selepas melihat aksi buruk yang beliau dan rakan sepasukannya persembahkan sejak kebelakangan ini.

Bahkan ada peminat yang menganggap Maguire sebenarnya sudah tahu Solskjaer akan dipecat pada malam selepas perlawanan itu, dan kerana itu jugalah beliau memutuskan untuk meraikan hal tersebut.

“Dia pergi kelab selepas pamer aksi persembahan yang begitu teruk? Adakah dia masih layak untuk jadi ketua pasukan?”

“Saya tak rasa dia masih boleh dianggap sebagai pemain bola sepak profesional, dia baru saja kalah dan dilayangkan kad merah, sekarang dia pergi kelab?”

“Macam mana Roy Keane tak maki dia? Dia sendiri cari masalah dan sengaja melakukan hal-hal bodoh yang bakal mengundang kemarahan orang.”

“Saya tak rasa Manchester United perlu bergantung harap pada pemain macam ini untuk terus jadi ketua pasukan. Dia terlalu teruk.”

Maguire sememangnya sering mempamerkan aksi persembahan hambar bersama Man United sejak dari awal beliau ditandatangani lagi.

Beliau terlalu kerap melakukan kesilapan mudah yang menyebabkan gawang gol United dibolosi lawan, dan secara tidak langsung menjadi punca setan merah mencatatkan kekalahan.

Ketika beraksi bersama skuad kebangsaan England baru-baru ini, Maguire telah mempamerkan aksi persembahan yang bagus, dengan beliau turut berjaya menjaringkan dua gol dari dua perlawanan secara berturut-turut.

Para peminat jelas sekali sangat berharap yang beliau akan mampu untuk kekalkan tahap persembahan yang sama ketika kembali ke Old Trafford pada minggu ini.

Namun sayangnya beliau langsung tidak mempamerkan aksi persembahan yang baik, sebaliknya hanya melakukan kesilapan dungu yang menambah buruk keputusan United dalam perlawanan tersebut.

Selepas pengurus kelab, Ole Gunnar Solskjaer diumumkan secara rasmi sudah dipecat, Harry Maguire kemudiannya memuat naik status di laman sosial miliknya untuk memberi ucapan hormat kepada bekas pengurusnya itu.

“Kamu tandatangani saya untuk kelab terhebat di dunia ini dan turut memberi saya penghargaan terbesar dalam dunia bola sepak. Saya sangat menghormati dan akan selalu bersyukur.”

“Terima kasih untuk semuanya boss.”

Tulis Harry Maguire di laman media sosial miliknya.

Selain dikecam dan dimaki oleh para peminat, Maguire sebenarnya turut dihentam oleh rakan sepasukannya, yang mempertikaikan mengapa beliau dilantik sebagai ketua pasukan.

Maguire bakal dilucutkan dari jawatan ketua pasukan kerana dibenci rakan

Kapten Marvel Manchester United yang terbaik dalam sejarah kelab, Harry Maguire bakal kehilangan lilitan kapten dilengannya yang sado kerana wujud kebencian dikalangan rakan sepasukan.

Untuk rekod Harry Maguire menyertai Manchester United pada Ogos 2019 dan dilantik sebagai ketua pasukan menggantikan Ashley Young berhijrah ke Inter Milan pada januari 2020.

Ole Gunnar Solskjaer membuat keputusan untuk memberikan lilitan ketua pasukan kepada Maguire hanya selepas enam bulan dibeli dari Leicester City dengan harga £80 juta.

Pada ketika itu sehingga ke hari ini masih tidak berkesudahan peminat dan pengulas bola sepak mempertikaikan kenapa Harry Maguire dilantik sebagai kapten.

Bersama pasukan England, Harry Maguire agak cemerlang dan membawa Skuad Tiga Singa ke final EURO 2020 dan bersama Manchester United, Maguire ada memberi impak namun tidak meyakinkan dengan beberapa siri aksi kelakar.

Menurut dakwaan ramai, Harry Maguire juga tidak vokal di dalam padang dan hanya sibuk membetulkan rambut serta tidak mempunyai semangat, aura dan karisma sebagai seorang pemimpin yang mampu menjadi teladan kepada yang dipimpin.

Selepas Manchester United kehilangan Ole Gunnar Solskjaer yang telah dipecat, peminat Setan Merah mungkin bakal kehilangan kapten marvel mereka, Harry Maguire yang semakin goyah kedudukannya.

Harry Maguire berkemungkinan besar hanya akan kehilangan lilitan kapten sahaja bukannya akan ditamatkan kontrak atau dijual ke kelab lain. Kalau jual sape nak beli?

Dua hari selepas Manchester United tewas kepada Leicester City pada 16 Oktober 2021 satu perjumpaan telah diadakan diantara para pemain dan juga staf kejurulatihan.

Menurut Paul Hirst, Ole Gunnar Solskjaer secara budimannya meminta para pemain untuk bercakap dan meluahkan isi hatinya untuk memperbaiki prestasi pasukan yang dalam keadaan yang sangat teruk.

Lantaran peluang terbuka yang diberikan oleh Ole sepertimana seorang pemain Manchester United yang dirahsiakan namanya telah bertanya satu soalan yang amat mengejutkan.

Pemain tersebut telah mempersoalkan keputusan Ole Gunnar Solskjaer melantik Maguire sebagai ketua pasukan hanya selepas enam bulan dibeli dari Leicester City dengan harga £80 juta.

Jawapan kepada persoalan itu, hanya Ole Gunnar Solskjaer sahaja yang boleh menjawabnya.

Sumber: Football For All

BACA:  Maguire Bersungguh-Sungguh Minta Freekick Selepas Bola Terkena Tangan Matic