Harry Maguire Terus Menyajikan Aksi Kelakar Selepas Kembali

Ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire yang sememangnya terkenal dengan aksi kelakar tidak masuk akal tidak menunggu lama untuk menyajikan dunia bola sepak dengan punchline padu selepas kembali dari kecederaan.

Satu kejutan besar apabila Harry Maguire kembali dari kecederaan lebih cepat dari yang dijangkan dan lebih mengejutkan Ole Gunnar Solskjaer menyenaraikan Maguire di kesebelasan utama.

Agak jarang untuk pemain yang kembali dari kecederaan terus diberikan peluang beraksi dari kesebelasan utama tapi tidak buat Ole Gunnar Solskjaer.

Kebiasaannya pemain yang kembali dari kecederaan akan tidak akan dimain selama 90 minit lantaran tahap kecergasan dan memerlukan masa untuk mendapatkan kembali rentak permainan.

Mungkin Ole Gunnar Solskjaer tidak mempunyai pilihan kerana Raphael Varane turut cedera dan tidak sanggup untuk menggunakan Eric Bailly apatah lagi Phil Jones.

Mason Greenwood telah meletakkan Manchester United dihadapan dengan satu jaringan gol yang meroket merobek gawang Leicester United dengan satu teknik yang sempurna.

Namun kepoweran dan kepaduan gol Mason Greenwood itu telah direncatkan oleh Harry Maguire yang melakukan kesilapan untuk gol penyamaan hadir buat Leicester City.

Youri Tielemans akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-31 dengan satu bola lambung ke penjuru gawang yang hanya mampu dilihat oleh David De Gea.

Gol berpunca dari kelalaian Harry Maguire, Paul Pogba mengambil sepakan percuma dengan menghantar bola kepada Victor Lindelof yang terus menghantar kepada David De Gea.

Keputusan De Ge menghantar bola kepada Harry Maguire pasti mengundang kekesalan apabila kealpaan Maguire menyebabkan Kelechi Iheanacho mudah merampas bola.

Kelechi Iheanacho terus menghantar bola kepada Youri Tielemans yang dengan selamba melambungkan bola untuk gol penyamaan.

Harry Maguire sekali lagi cuba membuat kelakar namun hantaranya sampai ke Lindelof ketika hampir saja dipotong pemain Leicester City.

Ini bukanlah kali pertama Harry Maguire membuat aksi kelakar yang bukan-bukan dan rasanya inilah yang pertama untuk musim ini.

Manchester United tewas 4-2 kepada Leicester City dalam perlawanan ini dan sudah pasti laungan Ole Out makin kuat bergema.

Caglar Soyuncu menolak masuk untuk gol kedua Leicester City pada minit ke-78 dalam situasi kelam kabut di depan gol dan kegilaan bermula.

Empat minit kemudian, Marcus Rashford membuktikan kehebatan dengan kembali menyamakan kedudukan dengan satu ledakan padu.

Permainan kembali bersambung dan 15 saat dari sepak mula, Leicester City kembali di depan hasil jaringan Jamie Vardy.

Leicester City jelas kelihatan semakin bernafsu dan terus mengasak namun De Gea tampil menyelamat sehinggalah minit ke-91.

Berpunca dari sepakan penjuru Patson Daka yang masuk menggantikan Kelechi Iheanacho pada minit ke-77 mencetak nama selaku penjaring gol keempat.

Adakah Harry Maguire akan menjadi kambing hitam dengan kekalahan yang memalukan Manchester United ini?

Setiap kali aksi jenaka ditunjukkan oleh Harry Maguire maka kata-kata yang sangat kejam dari mulut Rafael Van der Vaart yang tidak berinsuran pasti kembali timbul.

Rafael Van der Vaart mengumpamakan Harry Maguire seorang scammer lantaran harganya yang setinggi gunung.

“Jika Maguire bernilai 90 juta maka Van dijk pasti berharga 300 juta. Aku rasa Maguire pulang ke rumah setiap hari dan beritahu isterinya: ‘Aku sangat teruk main bola sepak, tapi aku dapat bayaran yang banyak. Mereka percaya aku sangat bagus.’ Aku rasa macam tu la dan Maguire gelakkan kat semua orang.”

BACA:  Peminat Puas Hati Lihat McTominay Hempok Kepala Maguire