Insiden bola terkena tangan Callum Hudson-Odoi terus berpanjangan selepas pengadil menafikan penalti buat Manchester United walaupun mempunyai voucher penalti yang belum tamat tempoh.
VAR telah memberi saranan supaya pengadil membuat rujukan insiden bola yang terkena tangan Callum Hudson-Odoi ketika dalam perebutan bola dengan Mason Greenwood.
Walaupun jelas kelihatan bola terkena tangan selepas merujuk kepada VAR, pengadil perlawanan, Stuart Attwell tidak memberikan sepakan penalti dan kontroversi tercetus.
"I was so certain it was a penalty. It seems the decisions at the moment are going against us"
Harry Maguire 𝖜𝖆𝖘 𝖓𝖔𝖙 happy with the big decisions at the Hawthorns pic.twitter.com/6KKPq34zzp
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) February 14, 2021
Bagi Ole Gunnar Solskjaer jika mereka mendapat sepakan penalti maka kemenangan pasti menjadi milik mereka dan tidak sekadar membawa pulang satu mata.
Luke Shaw sebelum itu memberitahu wartawan bahawa dia dan Harry Maguire mendapatkan kepastian dari pengadil, kenapa penalti itu tak diberikan.
Pemain pertahanan kiri Manchester United itu mendakwa telah mendengar alasan yang pengadil berikan kepada Harry Maguire.
Luke Shaw: “ Harry [Maguire] said he got told it was a penalty. So I’m not sure what’s going on.” [@footballdaily]
— United Zone (@ManUnitedZone_) February 28, 2021
Shaw selepas perlawanan memberitahu Sky Sports:
“Pengadil malah memberitahu H (Harry Maguire, nama manja dia la) bahawa jika dia berikan penalti, nanti akan banyak orang bercakap tentangnya selepas ini. H diberitahu itu penalti.”
Ekoran kenyataan Shaw itu FA England akan memutuskan hari ini sama ada akan mendakwa Luke Shaw yang menuduh pengadil, Stuart Attwell menolak untuk memberikan penalti kepada pasukannya di Chelsea hanya kerana takut menjadi bualan ramai.
Luke Shaw could face FA charge TODAY after referee claims https://t.co/efW6UZuEv1
— MailOnline Sport (@MailSport) March 1, 2021
Namun sebagai ketua pasukan berwibawa penuh bertanggungjawab dan meletakkan integriti di hadapan, Harry Maguire mendakwa apa yang dikatakan Luke Shaw itu tidak benar.
Shaw buat cerita dan palatao?
Harry Maguire menjelaskan kepada Manchester United official bahawa Luke Shaw telah tersalah, tersilap dengar perbualan beliau dengan pengadil perlawanan dan terjadilah kenyataan yang tidak masuk akal.
Harry Maguire has told #MUFC officials that Luke Shaw misheard a conversation he had with referee Stuart Attwell, with the left-back believing the official to have said he would not give a penalty because it would cause "a lot of talk".
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) March 1, 2021
Penafian yang dilakukan oleh Maguire ini kepada kenyataan Luke Shaw akan memungkin peluang Shaw dikenakan tindakan oleh FA atas kesalahan mempertikaikan integriti pengadil menajdi lebih tinggi.
Di bawah peraturan FA, mana-mana pemain memberi komen bahawa ‘ada layanan berat sebelah atau menyerang integriti’ pegawai perlawanan – ia boleh menyebabkan tuduhan salah laku di bawah Peraturan E3 (1).
Namun FA akan mengeluarkan hasil siasatan mereka pada Rabu dan dijangka akan terus mengumumkan hukuman ke atas Shaw jika pemain itu didapati bersalah.
Siasatan akan dikendalikan oleh suruhanjaya pengawal selia yang bebas.
Ole Tak Puas Hati Dengan Pengadil
Dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini, Manchester United sudah dinafikan penalti dan mereka kecewa. Ole Gunnar Solskjaer melabel pengadil teruk dan ianya adalah 100% penalti.
“Yep, 100 peratus, terutama sekali ketika mereka menghentikan perlawanan untuk melihatnya. Malah dari sini pun nampak jelas itu handball.”
“Dan apabila kamu sudah melihat video, maka dua mata kami telah dirompak.”
Solskjaer vented his fury about why United aren't getting as many penalties #mufc https://t.co/4r1roWLziA
— Man United News (@ManUtdMEN) February 28, 2021
Ole tiba tiba memetik artikel yang diterbitkan Chelsea pada Oktober lalu berkaitan insiden Maguire ke atas Cesar Azpilicueta yang tidak dihukum pengadil ketika aksi di Old Trafford.
“Saya tidak dapat mengatakannya, kerana itu tidak akan baik untuknya,”jawab Solskjaer tentang komen Shaw.
“Tentu saja itu berkaitan. Saya tidak mahu menimbulkan kontroversi tetapi itu tidak betul, bukan?”
“Ini semua pengaruh luar, ada perbincanga tentang VAR [oleh Chelsea] tentang Harry – itu tidak bagus untuk dilampirkan di dalam laman web mereka, artikel yang mempengaruhi pengadil.”
Solskjær: "We've seen… Was it Frank [Lampard] who started it? There's loads of talk about us getting penalties when there is no doubt whatsoever and now of course we should have had a penalty. That's as clear as it is." #mulive [sky]
— utdreport (@utdreport) February 28, 2021
“Anda boleh membaca apa yang mereka katakan mengenai Harry Maguire, memberi tekanan kepada pengadil untuk memberikan hukuman terhadap kami.”
“Apakah ini semua berpunca dari Frank [Lampard]? Sebab ada banyak sangat perbincangan mengenai kami mendapat penalti apabila tidak ada keraguan.”
“Dan sekarang, hari ini, kita seharusnya mendapat penalti. Itu jelas seperti yang kita tengok.”
Bengang betul Ole, Lampard yang kini dalam kenangan pun kena petik sekali.