Impian Seorang Remaja Singapura Untuk Beraksi Di EPL Terbantut Kerana Khidmat Negara

Impian seorang remaja dari Singapura untuk menjadi pemain bola sepak pertama dari negara tersebut beraksi di Liga Perdana Inggeris terjejas kerana perlu menyertai khidmat negara terlebih dahulu.

Ben Davis, remaja berusia 17 tahun dari Singapura baru sahaja menandatangani kontrak profesional selama dua tahun untuk beraksi dengan Fulham.

Walau bagaimanapun, impian Davis untuk beraksi dengan Fulham pada masa hadapan mungkin terbantut kerana permohonannya untuk menangguhkan khidmat negara telah ditolak.

Kempunan rakyat Singapore untuk melihat pemain mereka bermain di Liga Perdana Inggeris

Mengikut undang-undang Singapura, setiap lelaki warganegara Singapura yang memasuki usia 18 tahun harus menjalani khidmat negara selama dua tahun. Mereka perlu berkhidmat dalam perkhidmatan awam seperti askar, polis atau jabatan pertahanan awam.

Bagi Davis pula, beliau akan memasuki usia 18 tahun pada November tahun ini. Selepas menandatangani kontrak dengan Fulham, Davis berharap khidmat negara yang beliau wajib sertai tahun hadapan boleh ditangguhkan buat sementara waktu bagi membolehkan beliau beraksi dengan Fulham.

Tetapi hajat Davis untuk menangguhkan khidmat negara tidak kesampaian kerana permohonannya telah ditolak pihak berkuasa kerana tidak menepati beberapa kriteria yang diperlukan untuk memperolehi pengecualian.

“Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab, beliau harus mengenepikan segala hal peribadi untuk berkhidmat demi negara. Adalah tidak adil sekiranya permohonan beliau untuk menerima penangguhan diterima atas sebab yang berkait dengan hal peribadi dan karier.” Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan mengenai hal tersebut.

“Dalam sukan, penangguhan hanya boleh dilakukan apabila individu tersebut mewakili Singapura dalam kejohanan antarabangsa seperti Sukan Olimpik atau atlet yang berpotensi memberikan pingat kepada Singapura.”

Ben Davis menandatangani kontrak profesional sambil ditemani bapanya

Davis menyertai Fulham menerusi biasiswa dua tahun pada tahun lepas. Beliau menandatangani kontrak profesional bersama kelab tersebut minggu lalu dan menjadi rakyat Singapura pertama menandatangani kontrak dengan kelab Liga Perdana Inggeris. Davis kini bermain bersama skuad bawah 18 tahun Fulham.

Liga Perdana Inggeris merupakan liga paling diminati di Singapuran dan banyak pihak di Singapura tidak setuju dengan keputusan pihak berkuasa mengenai permohonan Davis.

Bapa Davis, Harvey Davis berkata anaknya sedang berusaha untuk melakukan rayuan kepada Kementerian Pertahanan untuk mendapatkan penangguhan.

Ko pergi dulu khidmat negara seminggu. Pastu ko cakap la ko dapat UPU, matrik ke… tu pon nak ajar

“Tidak realistik untuk memikirkan seorang pemain remaja harus melupakan dua tahun dari karier profesional mereka. Ia merupakan langkah ke belakang. Pada peringkat umur Davis sekarang, keputusan tersebut tidak diterima akal.”

“Kami faham kepentingan khidmat negara. Anak pertama saya telah berkhidmat dan Davis juga akan berkhidmat.. tetapi sekarang bukan waktunya.”

BACA:  Pundit Terkenal Indonesia Anggap Skuad Garuda Catat Kemenangan Yang Sangat Teruk