Ini Sebab Mengapa Atlet Dihalang Dari Menggigit Pingat Di Olimpik Tokyo

Jawatankuasa Olimpik menggesa para atlet supaya berhenti menggigit pingat yang mereka menangi kerana ia diperbuat daripada telefon bimbit dan alat elektronik yang dikitar semula.

Kegiatan menggigit pingat bukanlah satu hal yang aneh dikalangan para atlet, setiap dari mereka yang menang, tentunya mengigit pingat untuk bergambar akan menjadi rutin.

Ia seolah satu kepuasan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata, yang kalah akan gigit jari dan yang menang akan menggigit pingat.

Kebiasaan yang mereka anggap tiada masalah itu telah mencetuskan kebimbangan ramai pihak memandangkan pingat tersebut diperbuat daripada bahan kitar semula.

Jawatankuasa penganjur Olimpik Tokyo telah memberi peringatan kepada para atlet supaya menghentikan aktiviti mengigit pingat yang mereka menangi.

Ini juga contoh atlet gigit pingat tapi bukan pingat Olimpik

“Kami hanya ingin mengesahkan secara rasmi bahawa pingat #Tokyo2020 tidak boleh dimakan,”

Tulis mereka di laman media sosial, menurut Astro Arena.

“Pingat kami dibuat daripada bahan yang dikitar semula daripada alat elektronik yang disumbangkan oleh masyarakat Jepun. Jadi, anda tidak perlu menggigitnya … tetapi kami tahu anda masih akan melakukannya.”

Setakat ini boleh dikatakan 70% atlet yang sudah memenangi pingat di temasya Sukan Olimpik kali ini telah selesai melakukan rutin tersebut dengan menggigit pingat lalu memuat naik gambarnya di media sosial.

Projek mengumpul bahan elektronik untuk membuat pingat di kejohanan Olimpik Tokyo 2020 telah ditutup pada March 2019.

Reka bentu pingat tersebut turut telah diumumkan pada musim panas tahun 2019.

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo (Tokyo 2020) mengadakan “Projek Pingat Tokyo 2020” untuk mengumpulkan peranti elektronik kecil seperti telefon bimbit terpakai dari seluruh negara untuk menghasilkan pingat Olimpik dan Paralimpik.

Dalam tempoh dua tahun antara April 2017 hingga Mac 2019, 100 peratus logam yang diperlukan untuk menghasilkan kira-kira 5,000 pingat emas, perak dan gangsa telah diambil dari alat elektronik kecil yang disumbangkan oleh masyarakat dari seluruh Jepun.

Setiap pingat yang akan diberikan kepada atlet sepanjang Sukan Olimpik Tokyo 2020, adalah diperbuat daripada logam kitar semula, jadi kerana itulah ia tidak baik untuk para atlet menggigit pingat tersebut.

Contoh atlet yang menggigit pingat Olimpik

Pihak penganjur berharap agar projek mereka mengitar semula alat elektronik dan usaha mereka untuk menyumbang kepada masyarakat yang mesra alam dan lestari akan menjadi sebahagian daripada warisan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Projek pingat untuk Olimpik Tokyo 2020 merupakan projek yang melibatkan seluruh warganegara Jepun dan disertai oleh semua masyarakat, baik secara langsung mahupun tidak langsung.

Projek Pingat Olimpik Tokyo 2020:

Tempoh mengumpul bahan

Bermula 1 April 2017 hingga 31 Mac 2019

Jumlah bahan yang terkumpul

Lebih kurang 78,985 tan dikumpulkan oleh pihak berkuasa perbandaran di seluruh Jepun (menggunakan alat elektronik kecil termasuk telefon bimbit).

Lebih kurang 6.21 juta telefon bimbit terpakai yang dikumpulkan oleh kedai-kedai NTT Docomo di seluruh Jepun.

Jumlah akhir bahan yang berjaya dikumpulkan

Emas: Lebih kurang 32kg

Perak: Lebih kurang 3,500kg

Gangsa: Lebih kurang. 2,200kg

Atas sebab-sebab kesihatan yang Min pun tak pandai nak huraikan, maka pihak penganjur menggesa atlet supaya menghentikan aktiviti menggigit pingat seperti yang sering mereka lakukan.

Bahkan acara penyampaian hadiah pada kali ini juga berbeza dengan sebelum-sebelum ini dengan para atlet akan mengkalungkan sendiri pingat di leher mereka.

Oleh yang dimikian, atas dasar keselamatan, semoga para atlet akan berhenti dari melakukan rutin tersebut dan mampu menahan nafsu mereka dari menggigit pingat yang mereka menangi.

Sumber: Astro Arena

Tokyo 2020

BACA:  Itali Memenangi Pingat Emas Acara 4×100m Dalam Perlumbaan Yang Sungguh Menakjubkan