Legenda Liverpool, Jamie Carragher menganggap yang Real Madrid sebenarnya sekadar bernasib baik berjaya layak ke perlawanan akhir sebelum sah bergelar juara selepas menewaskan Liverpool 1-0 awal pagi tadi.
Real Madrid turun beraksi bertemu Liverpool awal pagi tadi untuk aksi perlawanan akhir saingan Champions League musim ini di Paris.
Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu berjaya mencatatkan kemenangan seterusnya mengesahkan kejuaraan Champions League ke-14 mereka.
'Trying to protect themselves' – Jamie Carragher sends 'furious' message to UEFA amid Champions League final chaos🆕 #LFC https://t.co/Qccgx4pMt6
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) May 28, 2022
Tidak dinafikan yang Real Madrid sebenarnya telah melalui perjalanan yang sungguh dasyat pada edisi kali ini dengan mereka berjaya menumbangkan tiga pasukan gergasi sebelum layak ke perlawanan akhir.
Los Blancos berjaya menewaskan Paris Saint Germain ketika aksi di pusingan 16 terbaik, dengan mereka cemerlang melakukan comeback di Santiago Bernabeu untuk menyingkirkan gergasi Ligue 1 itu.
Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu kemudiannya berjaya menyingkirkan Chelsea di peringkat suku akhir dengan mereka sekali lagi melakukan comeback di Santiago Bernabeu untuk menyingkirkan juara bertahan saingan Champions League itu.
Lebih menakjubkan lagi, Real Madrid berjaya melakukan comeback yang sangat epik ketika bertemu Manchester City di peringkat separuh akhir.
"Who knows what will happen in the summer now?"https://t.co/SdEGflemxx
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) May 29, 2022
Ramai yang menjangkakan Man City yang bakal ke pentas perlawanan akhir untuk bertemu Liverpool memandangkan mereka sudah memiliki bekalan yang cukup selesa ke Bernabeu.
Skuad kendalian Pep Guardiola itu juga turut berjaya mendahului aksi dalam perlawanan leg kedua yang dilangsungkan di Santiago Bernabeu itu, namun Real Madrid berjaya melakukan comeback pada minit-minit akhir perlawanan untuk menyingkirkan juara saingan Premier League itu.
Kesemua tiga kemenangan itu berjaya dicatatkan dengan cukup dramatik dan epik dan ramai yang turut mengakui Real Madrid selayaknya menjadi juara musim ini.
Walau bagaimanapun, hal itu tidak dilihat oleh Jamie Carragher yang berfikir bahawa kedua-dua kelab dari Inggeris, Chelsea dan Man City sebenarnya lebih bagus berbanding Los Blancos dan menganggap juara saingan La Liga itu layak perlawanan akhir kerana nasib.
🎙️ Jamie Carragher:
"Yes Liverpool are losing the Final right now but you've got to question what's Ronaldo's role in Ten Hag's side? He doesn't fit the system. I think he'll be a problem for Tem Hag." pic.twitter.com/3A4YLwFDbt
— CR7 Rap Rhymes (@cr7raprhymes) May 28, 2022
“Saya menonton aksi Real Madrid di pentas Champions League musim ini dan mereka lebih banyak mencatatkan kekalahan dalam saingan Champions League berbanding Liverpool dari semua pertandingan.”
Jelas Carragher ketika bercakap di Sky Bets, The Overlap sebelum aksi sepak mula perlawanan akhir.
“Real Madrid merupakan pasukan yang hebat tapi mereka tak sehebat Man City dan saya tak rasa mereka sehebat seperti Chelsea, walaupun mereka sudah mengalahkan kedua-dua kelab itu.”
“Kamu boleh bercakap tentang semua cara baik dari segi semangat, kemenangan mahupun come back, tapi mereka sebenarnya hanya bernasib baik dalam semua perlawanan itu.”
“Jika kamu menang setiap perlawanan pada minit-minit akhir dan melakukan comeback, jika kamu betul-betul hebat kamu tak akan sentiasa berada di posisi itu.”
Real Madrid 'are a very good team but they're not as good as Man City and Chelsea', says Jamie Carragher – with Liverpool icon 'confident' they'll beat Spanish giants who have – 'carried a lot of luck' – in Champions League final.@KobbyKyeiSports pic.twitter.com/UVGF2grCOZ
— Augustus Piloo (@AugustusPiloo_) May 27, 2022
Real Madrid berjaya jaringkan gol pada lewat permainan dalam kedua-dua perlawanan dan membawa City ke aksi masa tambahan.
Ketika aksi bertemu City itu, Real Madrid jelas sekali mendominasi aksi pada waktu tambahan masa dan skuad kendalian Carlo Ancelotti itu bijak menyerap tekanan pada ketika itu.
Carragher percaya seandainya Real Madrid benar-benar hebat, mereka tidak mungkin sama sekali akan membenarkan pasukan lain mendahului mereka.
Bekas pemain pertahanan Liverpool itu kemudiannya menyatakan bahawa:
“Man City sepatutnya kalahkan mereka, mereka sepatutnya menang di peringkat separuh akhir (leg pertama) dengan keputusan 6-2 di halaman sendiri dan mereka (Real Madrid) turut ketinggalan 3-0 ketika bermain di halaman sendiri bertemu Chelsea.”
“Sudah tentu, Real boleh menang, ia perlawanan one off. Saya cuma fikir jika City dan Liverpool bermain bertemu Real Madrid dalam aksi one-off, dengan mereka boleh turunkan skuad terbaik dan berada di tahap terbaik, mereka akan menang. Saya sangat yakin.”
Jamie Carragher 🗣
"Real Madrid are a very good team but they're not as good as Man City and I don't think they're as good as Chelsea – even though they beat both of them." pic.twitter.com/axr8zCY7TX
— Oddschanger (@Oddschanger) May 26, 2022
Ternyata jangkaan Jamie Carragher meleset dengan Real Madrid cemerlang membuktikan kemampuan sebenar mereka selepas menewaskan Liverpool 1-0 awal pagi tadi.
Liverpool yang sebelum ini memburu gelaran quadruple terpaksa akur terlepas gelaran Premier League selepas Man City melakukan comeback menewaskan Aston Villa untuk merangkul gelaran liga musim ini.
Dan ketika mereka berharap mahu memenangi gelaran treble musim ini, The Reds terpaksa akur tewas di tangan Real Madrid seterusnya terlepas gelaran Champions League.
Jamie Carragher on the #UCL final:
"I've watched Real Madrid in the Champions League this season and they've lost more games in the Champions League than Liverpool have lost all season in all competitions." #awlive [the overlap]
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) May 26, 2022
Maka dengan itu, Liverpool musim ini terpaksa akur hanya mampu membawa pulang dua piala sahaja.