Jamie Carragher telah menamakan kesebelasan terbaik pilihannya dari lawan paling sukar yang pernah beliau hadapi sepanjang kariernya.
Dalam kesebelasan yang dipilih oleh Jamie Carragher terdapat ramai nama-nama besar dalam dunia sukan bola sepak.
Sepanjang 17 tahun karier bersama pasukan Liverpool, Carragher telah beraksi bersama ramai bintang besar.
Jamie carragher , a 17 year career for the club playing 737 games , vice captain for 10 years very vocal on the pitch threw his body on the line every game gave everything for the badge great defender fondly remembered by Liverpool fans as one of the best ever pic.twitter.com/KRWHMwk916
— Ronan (@Ronan99_LFC) January 23, 2020
Selain beraksi bersama bintang besar, beliau juga turut menghadapi pasukan yang mempunyai pemain-pemain handalan dunia.
Dalam satu sesi perbincangan di Sky Sports, Carragher telah menamakan kesebelasan terbaik pilihan beliau dari pemain yang pernah beliau hadapi.
Di posisi penjaga gol beliau telah menamakan Gianluigi Buffon sebagai pilihannya.
Penjaga gawang legenda Itali dan Juventus itu masih beraksi sehingga kini dalam saingan Serie A bersama Juventus.
Gianluigi Buffon is the 10th player in history to reach 150 games in UEFA competitions, moving level with Jamie Carragher. pic.twitter.com/Bg5u7evzRE
— Squawka Football (@Squawka) May 9, 2017
Selepas menghadapi kesukaran bersama pasukan Paris Saint Germain, Penjaga gol berusia 42 tahun itu akhirnya kembali ke Juventus untuk menamatkan kariernya disana.
Menurut Carragher, Buffon merupakan penjaga gol terbaik dan terhebat dalam generasi beliau.
Bekas pemain kebangsaan England itu memilih seorang lagi legenda Itali di posisi full-back dengan menamakan Paolo Maldini dan Cafu sebagai pilihannya.
“Terlalu mudah untuk memilih pemain diposisi full-back.”
Jelas Carragher yang dengan pantas menamakan Cafu dan Maldini sebagai pilihannya.
#Liverpool
Traoré, Xabi Alonso, Hyypiä, Dudek, Carragher, Kewell, Finnan, Baros, Luis García, Gerrard e Riise.
🇲🇱🇪🇸🇫🇮🇵🇱🏴🇦🇺🇮🇪🇨🇿🏴🇳🇴#Milan
Maldini, Dida, Shevchenko, Stam, Nesta, Seedorf, Kaká, Pirlo, Gattuso, Crespo e Cafú.
🇮🇹🇧🇷🇺🇦🇳🇱🇮🇹🇳🇱🇧🇷🇮🇹🇮🇹🇦🇷🇧🇷 pic.twitter.com/IYFFf5T8r2— ProEvolutionBrazil (@ProEvolutionBRA) May 25, 2019
“Mereka berdua bukan sekadar full-back terbaik di generasi kami tetapi saya yakin dan percaya mereka adalah yang terbaik sepanjang zaman. Saya tak rasa akan ada yang mempertikaikan itu.”
Kedua-dua pemain itu pernah bertemu Carragher dalam perlawanan akhir liga Juara-juara Eropah 2005 antara AC Milan bertemu Liverpool.
Perlawanan yang memperlihatkan sang penakluk dunia melakukan come back paling dikenang dalam sejarah bola sepak dunia.
Di bahagian central defence, beliau telah menamakan gandingan Marcel Desailly dan John Terry sebagai pilihannya.
“Desailly ketika dalam perlawanan menentang Liverpool dia antara ancaman yang sukar.”
John Terry had his first chances at Chelsea at 18. He only played 16 games in the first two seasons. It was Desailly and Leboeuf reserve (France's world champions), but he had patience because he wanted to play in his dream club.
20 years later, he is a legend. @Calteck10 pic.twitter.com/ceWFwjrBFM
— Pride Of London 🇧🇷 (@PrideOfLondonBR) January 26, 2019
“John Terry pula pada saya adalah antara centre-back terbaik dalam saingan premier league. Sepanjang kariernya saya perhatikan beliau sentiasa mempersembahkan aksi yang mantap.”
Untuk posisi tengah, Carragher telah meletakkan tiga pemain legenda dengan menggabungkan Roy Keane serta duo legenda Barcelona Xavi dan Andres Iniesta.
“Keane mungkin lebih kepada central dalam menguruskan pengawalan position. Saya turut terfikir selain beliau, Pirlo juga boleh dipilih dan beliau sememangnya seorang pemain yang berbeza.”
“Tetapi saya rasa Roy Keane akan memberikan impak yang lebih baik untuk sistem back four dengan positioning, tenaga dan keupayaan beliau.”
Apabila bertanya tentang gandingan Juara Dunia Xavi dan Iniesta, beliau menjawab:
“Nama Xavi dan Iniesta sendiri sudah sinonim dengan posisi midfield itu, apa yang mereka lakukan bersama Barcelona dan Sepanyol sangat luar biasa. Mereka berdua sememangnya gandingan terbaik dunia.”
Lionel Messi on Thierry Henry: "The first day he entered the dressing room, I didn't dare look at his face. I knew everything he had done in England. I had a picture of him made & suddenly we were on the same team. What I feel for Titi is best described as admiration.” pic.twitter.com/YGq6HGbvf3
— Thierry Henry Stuff (@TH14Stuff) April 10, 2020
Untuk posisi penyerang, beliau telah menamakan Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Thierry Henry sebagai pilihannya.
Carragher turut menamakan Thierry Henry sebagai lawan paling sukar pernah beliau hadapi sepanjang kariernya.
“Saya memilih tiga pemain di bahagian serangan dan saya fikir gandingan Messi, Ronaldo dan Henri sememangnya hebat kalau boleh beraksi bersama.”
Jamie Carragher on Thierry Henry : “I’ve used this analogy before and I make no apology for using it again. When he hit top gear and ran past you, it was like trying to chase after someone on a motorbike." pic.twitter.com/BVfTEq2ykN
— DammitArsenal🤦 (@DammitArsenal) November 13, 2019
“Henry sememangnya lawan paling sukar pernah saya hadapi sepanjang karier saya dan kerana itu saya tidak akan terlepas dari memilihnya.
Begitulah kesebelasan terbaik Jamie Carragher dari kalangan pemain yang pernah beliau hadapai dan juga pemain dari pasukan lawan selain Liverpool.