Jamie Carragher Mengecam Karren Brady’s Kerana Mahu Liga Dibatalkan

Kadang kala Jika difikirkan sangat tidak logik untuk mengatakan Liverpool bakal tidak memenangi Liga Perdana musim ini.

Musim ini adalah antara musim paling gemilang untuk pasukan The Reds. Mereka mendominasi Liga dengan meninggalkan pasukan lain jauh dibelakang dari segi pungutan mata.

Penantian 30 tahun untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana sudah hampir pasti untuk pasukan kendalian Klopp kecapi.

Namun semuanya nampak berubah selepas penularan virus Covid-19 yang telah memberi impak dalam dunia sukan.

Dalam sukan bola sepak sendiri, kebanyakkan Liga utama telah diberhentikan gara-gara kebimbangan terhadap penularan Virus itu.

Sejak pihak FA membuat keputusan untuk menggantung Liga Perdana sehingga April nanti, banyak desas desus yang mengatakan kemungkinan Liga Perdana akan dibatalkan dan bakal bermula semula seperti biasa untuk musim baru nanti.

Jadi ada kemungkinan bahawa pasukan kendalian Jurgen Klopp mungkin tidak akan ditabalkan sebagai Juara Liga Perdana musim 2019/20.

Beberapa andaian telah dibangkitkan berkaitan isu ini. Sekiranya Liga yang kini digantung tidak beraksi semula pada April seperti yang dijangkakan.

Mereka berkemungkinan akan menyambung semula baki perlawanan Liga pada musim panas nanti memandangkan Euro 2020 sudah ditangguhkan ke 2021.

Kemungkinan juga, Liga akan dihentikan terus dan Liverpool bakal ditabalkan sebagai Juara musim ini, kerana kebarangkalian untuk mereka memenangi Liga lebih tinggi dari pasukan lain.

Liverpool kini selesa mendahului Liga Perdana dengan kelebihan 25 mata dan hanya memerlukan dua kemenangan lagi untuk ditabalkan sebagai Juara.

Namun keputusan sebenar dari pihak FA masih belum diketahui. Pihak FA akan mengadakan satu lagi mesyuarat tergempar pada Khamis nanti untuk membincangkan isu ini.

Segala keputusan bakal diumumkan oleh pihak mereka selepas perbincangan itu. Sama ada meneruskan baki perlawanan pada 4 April atau pada musim panas nanti dan mungkin Liga Perdana akan dibatalkan.

Kebimbangan jika Liga dibatalkan kian dirasai oleh peminat pasukan Liverpool terutama legenda mereka Jamie Carragher.

Bekas pertahanan tengah Liverpool itu telah memuat naik status di laman Twitter miliknya dengan membahaskan komen dari Karren Brady’s.

Karren telah membuat kenyataan dengan mengatakan:

“Adalah sangat adil dan munasabah untuk Liga Perdana musim ini diisytiharkan batal dan tidak sah”

Jamie Carragher menggangap kenyataan itu mudah untuk dinyatakan oleh pasukan yang sedang bertarung untuk penyingkiran tetapi tidak untuk pendahulu yang jauh mendahului Liga.

Piers Morgan juga memuat naik kenyataan dengan membela komen dari pengerusi pasukan West Ham itu.

“Mengapa karren brady dikecam atas komen yang beliau buat? memang sukar untuk habiskan liga pada musim ini, jadi satu cara paling adil untuk dilakukan adalah batalkan saja Liga musim ini dan mulakan semula musim baru Ogos nanti.”

Carragher kemudian membalas kenyataan itu dengan memuat naik status di Twitternya:

“lihat sendiri perbezaan kenyataan yang dibuat oleh Klopp dengan Karren Brady’s, apa yang adil ialah musim ini harus dihabiskan oleh setiap pasukan dari semua Liga apabila aksi bola sepak sudah dibenarkan semula nanti.”

“Pihak berkuasa dalam sukan bola sepak ada cara untuk meletakkan Piala Dunia pada pertengahan musim jadi saya yakin mereka boleh menyusun semuanya untuk musim depan.”

Ramai yang berkongsi rasa simpati dengan Liverpool berikutan keadaan yang tidak dapat dikawal sepenuhnya ini.

Mungkin Gary Neville juga sebahagian dari mereka yang turut rasa bersimpati dengan nasib yang melanda pasukan Liverpool.

Tetapi dalam pada bersimpati Neville sempat juga mengajuk rakan pundit beliau di Sky Sports itu dengan satu Tweet yang dengan segeranya menjadi Viral.

Keputusan dari perbincangan pihak FA mungkin akan keluar selepas selesai perbincangan mereka pada hari Khamis nanti.

BACA:  Ronaldo Palau Neville Ketika Live dan Carragher Galak Membahan