Jawapan Genius Gerrard Membuatkan Owen ‘Terbakar’ Teruk

Pengurus Aston Villa, Steven Gerrard telah memberi satu jawapan yang genius lagi padat, ketat dan sendat membuatkan Michael Owen yang berada di studio terbakar teruk.

Ini merupakan kali pertama, Steven Gerrard kembali ke Anfield selepas meninggalkann Liverpool sebagai seorang pemain pada tahun 2015.

Gerrard nampak serius untuk sekurang-kurangnya mencari satu mata digelanggang keramat Liverpool itu namun gagal mencapai matlamat dengan aksi yang baik ditunjukkan.

Sepakan penalti Mohamed Salah menjadi pemisah kepada tiga mata Liverpool selepas pemain Mesir itu dijatuhkan oleh pemain pertahanan Aston Villa, Tyrone Mings.

Kemenangan Liverpool mengekalkan mereka satu mata di belakang pendahulu Manchester City yang menewaskan Wolves pada perlawanan berlangsung lebih awal, manakala Chelsea turut memenangi perlawanan mereka menentang Leeds United.

Michael Owen yang bekerja sebagai pundit bersama DAZN telah membuat liputan kemenangan Liverpool ke atas Villa dan mengadakan temu bual dengan Gerrard selepas perlawanan.

Semasa bertanya kepada Gerrard tentang emosinya kembali ke bekas kelabnya, bekas kapten The Reds itu menjawab dengan jenaka pantas yang bertujuan untuk membuatkan Owen terbakar teruk.

Michael Owen cuba berkongsi rasa dan perasaan bersama Steven Gerrard yang kembali ke Anfield tetapi bukan sebagai pemain sanjungan tetapi sebagai seorang lawan dan musuh.

“Kita telah bermain dan kembali ke Anfield, aku harus aku bahawa aku sangat benci untuk kembali dan menentang mereka (Liverpool).”

“Tapi bagaimana emosi anda bila kembali semula hari ini? Dan apa perasaan anda membawa pasukan kembali ke rumah anda?”

Dengan pantas Steven Gerrard membalas:

“Jika aku bermain untuk Manchester United aku juga benci untuk kembali ke sini.”

Walaupun naratif ceritanya hampir sama, Gerrad kembali ke Anfield selaku pengurus Aston Villa menentang Liverpool manakala Michael Owen kembali ke Anfield sebagai pemain lawan.

Michael Owen kembali sebagai pemain Manchester United yang merupakan musuh zaman berzaman Liverpool yang melibatkan persaingan ekonomi bukan sekadar bola sepak.

Itulah perbezaan yang besar antara Gerrard dan Owen. Malah Gerrard sendiri dari jawapan penuh sinis kepada Owen seperti masih lagi memusuhi Manchester United.

Owen adalah salah seorang daripada beberapa pemain yang pernah mewakili Liverpool dan Manchester United dalam karier permainan mereka.

Bekas penyerang itu mencetuskan kontroversi apabila dia berpindah ke Old Trafford pada 2009, satu keputusan yang tidak dapat dilupakan oleh penyokong Liverpool walaupun perpindahan bukan secara terus.

Michael Owen mula mencipta nama di peringkat dunia setelah menjaringkan gol sensasi buat England dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia 1998, menentang Argentina. Sejak detik itu, Owen tidak lagi menoleh ke belakang dan menaringkan 150 di bawah 300 perlawanan.

Pada 2001, Owen membantu Liverpool memenangi treble – Piala FA, Piala Liga dan Piala UEFA. Pada 2003, selepas Gerard Houlier dipecat, Owen bagaikan tawar hati untuk bermain bersama The Reds, lantas menyertai Real Madrid.

Semusim bersama Real, Owen dibeli Newcastle United dan bermain selama dua musim sebelum diambil Manchester United.

Bersama Syaitan Merah Durjana, Owen banyak bermain dengan tampil dari bangku simpanan dan paling diingati penyokong United adalah gol kemenangan dijaringkan Owen dalam perlawanan Manchester derby pada minit ke 96, ketika kedua-dua pasukan terikat 3-3.

Pada musim 2010-2011, Owen berjaya mendapat medal kejuaraan liga perdana yang pertama dalam kariernya setelah United muncul juara liga. Benarlah kata orang tua, Owen berkembang di Liverpool, tetapi memenangi liga di Manchester United.

Liverpool 1-0 Aston Villa

Liverpool turun menentang Aston Villa yang merupakan mimpi ngeri mereka beberapa musim lalu apabila telah dibelasah 7-2 dalam satu perlawanan yang dianggap paling buruk dari Liverpool.

Perlawanan menentang Aston Villa kali ini agak unik kerana legenda Liverpool, Steven Gerrard kembali ke Anfield tapi bukan sebagai hero yang dipuja tetapi sebagai musuh.

Steven Gerrard kini merupakan pengurus Aston Villa yang hadir untuk mencari kemenangan keempat dari lima perlawanan dibawah pemerintahnnya.

Sidang media Liverpool menjelang perlawanan menentang Aston Villa ini banyak berkisar tentang kepulangan semula Steven Gerrard dan Jurgen Klopp sempat bergurau mahu halau wartawan yang bertanya soalan mengenai Gerrard.

Jurgen Klopp tidak menafikan sebarang kemungkinan bahawa Gerrard mungkin akan menjadi pengurus Liverpool suatu hari nanti dan hanya masa menentukan.

Aston Villa langsung tidak gentar dengan Liverpool di Anfield walaupun ada yang menganggap bermain menentang Liverpool di Anfield adalah seperti ke neraka bukan Melaka.

Corak permainan penuh berdisiplin dan bermain sebagai satu unit telah ditunjukkan oleh anak buah Steven Gerrard menyaksikan Liverpool sukar untuk mencari jaringan.

Penjaga gol yang dicanang-canang terbaik dunia, Allison Becker hampir bertukar menjadi anjing selepas merangkak-rangkak dalam kotak sendiri, mujur tidak dihukum.

Separuh masa pertama menyaksikan kedudukan terikat tanpa sebarang jaringan. Walaupun ada beberapa percubaan tepat namun kurang menyengat untuk diterjemahkan sebagai jaringan.

Asakan bertali arus tidak mengerti apa itu lelah telah ditunjukkan oleh Liverpool selepas permainan bersambung untuk tempoh 45 minit terakhir.

Aston Villa hanya berkampung di kawasan sendiri dan menyerap segala asakan Liverpool dengan permainan penuh berdisiplin.

Pada minit ke-52, Virgil Van Dijk telah melakukan tandukan bebas tajam ke gawang Aston Villa namun Emiliano Martinez tangkas menepis mengeluarkan bola.

Segala suapan dan umpanan sebelah kiri, kanan dan tengah Liverpool telah dikeluarkan dengan jayanya, jika lepas Emiliano Martinez ada sebagai benteng akhir.

Pada minit ke-64, Liverpool yang mati akal telah menggunakan voucher penalti untuk mendapatkan jaringan pendahuluan.

Tyrone Mings telah menjatuhkan Mohamed Salah dalam kotak penalti dan jelas ada sentuhan pengadil tiada pilihan selain menghadiahkan sepakan penalti.

Mohamed Salah tiada masalah untuk menewaskan Emiliano Martinez dengan satu sepakan yang betul-betul ke bucu secara leret.

Tapi harus diingat jika Liverpool mendapat penalti itu adalah keadilan mutlak. Kalau pasukan lain bermakna pasukan tersebut telah membeli pengadil.

Hantaran ke belakang yang agak perlahan dari Konsa kepada Martinez hampir mengundang padang, mujur Martinez pantas menutup kesilapan itu ketika Diogo Jota cuba mencabar.

Ketinggalan satu gol tidak memberi Aston Villa pilihan lain selain melakukan serangan dan Danny Ings dimasukkan Gerrard untuk menambah sengat.

Alisson Becker sekali lagi hampir melakukan satu aksi kelakar apabila keluar untuk mengeluarkan bola namun terkena Fabinho mujur bola tidak melantun ke gawang.

Aston Villa pula menyerang sesedap rasa namun tiada gol terhasil dan Liverpool hanya menunggu peluang terbaik melakukan serangan balas.

Diogo Jota gagal membunuh perlawanan dengan gol kedua di masa kecederaan apabila rembatannya tinggi melepas palang.

Steven Gerrard mengalami kekalahan keduanya bersama Aston Villa dalam lima perlawanan pertama. Kekalahan pertama adalah di kaki Manchester City.

Kesebelasan utama Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, van Dijk, Matip, Robertson, Henderson, Fabinho, Thiago, Salah, Mane, Oxlade-Chamberlain.

Pemain simpanan: Konate, Milner, Keita, Gomez, Minamino, Jota, Tsimikas, Kelleher, Williams.

Kesebelasan utama Aston Villa: Martinez, Cash, Konsa, Mings, Targett, McGinn, Nakamba, Douglas Luiz, Jacob Ramsey, Watkins, Young.

Pemain simpanan: Sanson, Buendia, Steer, Tuanzebe, Trezeguet, Ings, El Ghazi, Hause, Carney Chukwuemeka.

Pengadil perlawanan: Stuart Attwell (Warwickshire)

BACA:  Owen Dedahkan Bahawa Benzema Sebab Beliau Sertai Manchester United