[VIDEO]: Pemain Al Ettifaq Jadi Blur, Tidak Faham Arahan Gerrard Ketika Latihan

Steven Gerrard jelas perlu mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah bahasa untuk berkomunikasi dengan pemain-pemainnya di Al Etiifaq.

Legenda Liverpool itu diumumkan sebagai pengurus baharu kelab Saudi Pro League itu dan memulakan tugasnya pada Julai ini.

Berdasarkan video pendek sesi latihan yang dikongsikan di Twitter, Gerrard jelas terus berhadapan masalah apabila barisan pemainnya tidak faham dan keliru akan arahan diberikannya sehingga sesi latihan itu kelihatan sedikit huru hara.

Malah kekeliruan oleh pemain Al Ettifaq dianggap sangat teruk kerana tidak faham akan arahan dalam sesi latihan yang dianggap mudah.

Melalui video yang tular Gerrard kelihatan meletakkan bola berdekatan kakinya sambil menjerit: Anda mahukan [bola] ini?

Pertanyaan oleh Gerrard tidak dijawab dan keadaan juga sunyi sepi.

Dia kemudian bertanya soalan yang sama dan berkata: “Jawablah saya, jawablah saya.”

Pertanyaan itu sekali lagi dibalas dengan suasana krikk..krikkk… dan amat jelas kekeliruan dengan wajah muka penuh tanda tanya tertera di kalangan pemain Al Ettifaq.

Jelas sekali mesej oleh pengurus mereka itu gagal disampaikan.

Dan kemudian seorang pemain tiba-tiba muncul mendekati Gerrard ketika sesi tersebut dan berdiri sebelum melarikan diri selepas Gerrard mula menjerit: “Pergi [ker arah] bola oren, bola oren.”

Gerrard kemudian berpaling ke arah pemain yang sama dan kelihatan tidak gembira dengan apa yang berlaku dan berkata: “Langsung tiada komunikasi di sini!”

Beberapa pemain lain pula menjalani latihan kecergassan secara berasingan dan segelintir lagi kemudiannya melakukan latihan menggunakan bola di tengah cuaca terik di Arab Saudi.

Berdasarkan masalah ini, Gerrard dijangka akan meminta pihak kelab mencari penyelesaian dengan segera agar latihan dapat dijalankan dengan lancar.

Gerrard kini turut menunggu sama ada dia akan disertai oleh Jordan Henderson setelah Al Ettifaq dilaporkan bersedia untuk menawarkan gaji £700,000 seminggu untuk membawa pemain itu dari Anfield.

Henderson dijangka akan berbincang dengan pengurusan Liverpool dan Jurgen Klopp untuk berbincang mengenai masa depannya dalam masa terdekat.

Tawaran daripada Ettifaq dianggap terlalu sukar untuk ditolak oleh Henderson.

BACA:  Carragher Kena Halau Dan Tak Dibenarkan Untuk Bertemu Steven Gerrard