Aksi kepulangan semula Virgil Van Dijk yang sebelum ini terpaksa berehat panjang kerana dibelenggu masalah kecederaan, terjejas dengan satu insiden yang agak mengaibkan.
Walaupun para peminat Liverpool bergembira melihat pertahanan terbaik dunia itu boleh kembali beraksi, namun sedikit mengecewakan kerana mereka tewas 4-3 di tangan Hertha Berlin.
Bekas pemain Manchester City, Stevan Jovetic sempat memperbodohkan pertahanan Belanda itu sebelum beliau tenang meledak gol keempat untuk Hertha Berlin.
Van Dijk might be finished ya know ๐ญ pic.twitter.com/ZUlCEO8Yn4
โ Martial FC ๐ซ๐ท (@MartialCF9) July 29, 2021
Sebelum pertemuan hari ini, Van Dijk sudah tidak bermain selama tempoh hampir sembilan bulan kerana beliau dibelenggu masalah kecederaan.
Beliau ketika itu mengalami masalah kecederaan ACL selepas diterjah oleh Jordan Pickford ketika aksi pertemuan antara Liverpool bertemu Everton.
Ketika bertemu pasukan dari Bundesliga itu pada awal pagi tadi, Van Dijk telah diberi kesempatan untuk turun beraksi selama 20 minit.
Tentunya pelbagai reaksi dari para peminat boleh di lihat di media sosial, yang berkongsi bermacam perasaan selepas melihat bintang Netherlands itu kembali beraksi.
285 days ago, I started on a journey back towards playing. Itโs hard to express how I am feeling, but itโs important to me that I say I feel blessed to have had the support of so many incredible people. The surgeon, my physios, coaches and staff who have been with me in my 1/2 pic.twitter.com/jdWKUHykDI
โ Virgil van Dijk (@VirgilvDijk) July 29, 2021
Tidak ketinggalan juga ramai peminat yang menganjing Van Dijk atas kesilapan yang beliau lakukan hingga menyebabkan Jovetic meledak gol kemenangan untuk Hertha Berlin.
Jovetic membawa bola dari kawasan tengah padang menuju ke arah gawang gol Liverpool, sambil dihadapan beliau hanya ada Van Dijk dan Adrian.
Van Dijk seperti kebiasaannya beliau tidak akan terus meluru masuk, sebaliknya menunggu masa yang sesuai untuk buat hadangan, kerana sedar ada dua lagi pemain Hertha Berlin yang berada di belakang Jovetic.
Ketika masuk ke kotak penalti, Jovetic tenang menggelecek Van Dijk yang nampak seperti terlajak ketika cuba membuat pintasan, lalu beliau memperbodohkan Robertson sebelum melepaskan rembatan padu menewaskan Adrian.
People cooking Van Dijk in his first game back in pre season after an almost career ending injury, youโve got to love twitter ๐ญ
โ ๐๐ฎ๐ฎ๐ (@IeeSZN) July 29, 2021
285 days since he suffered from that horrible injury, Virgil van Dijk returns on the pitch for Liverpool.
Great news for Louis van Gaal as well who will be needing him a lot in our important World Cup qualifier vs Norway (away). pic.twitter.com/VPxj8PRqPo
โ ๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐ (@TheEuropeanLad) July 29, 2021
Van Dijk is playing football after 9 months and people going for his head after 1 mistake, some people are so desperate to make themselves believe that Van Dijk is washed up hahaha. He's really the best.
โ โข (@The_Gerrard_Era) July 29, 2021
Namun ia tidak perlu dibimbangkan oleh penyokong Liverpool kerana Van Dijk jelas masih belum mendapatkan tahap persembahan terbaiknya dan juga tidak berada dalam kondisi kecergasan yang dikehendakinya.
Beliau masih mempunyai masa untuk perbaiki hal tersebut, dan tentunya Van Dijk akan berusaha sehabis baik untuk kembali cergas sepenuhnya sebelum sepak mula saingan liga musim ini.

Hertha Berlin terlebih dahulu mendahului permainan selepas Santiago Ascacibar dan Suat Serdar menjaringkan gol pada minit ke-20 dan 30.
Sebelum tamat aksi babak pertama permainan, Liverpool berjaya menyamakan kedudukan selepas Sadio Mane menjaringkan gol pertama pada minit ke-36 dan Takumi Minamino menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-42.
corner since day one. My teammates for giving me energy and keeping my head up. The fans for their love, support and encouragement. And most of all, my family because without them, Iโd be nothing. Thank you. The work doesnโt stop now. Itโs only just starting. We keep going! 2/2 pic.twitter.com/OiNLMLO44q
โ Virgil van Dijk (@VirgilvDijk) July 29, 2021
Steven Jovetic menjaringkan dua gol untuk Hertha Berlin pada minit ke-66 dan 80 sebelum Oxlade Chamberlain menjaringkan gol ketiga Liverpool pada minit ke-87 permainan.
Keputusan 4-3 kekal hingga tamat perlawanan dengan Van Dijk perlu menggunakan baki dua aksi pra musim untuk mendapatkan tahap kecergasan terbaiknya semula.
In October 2020 Virgil van Dijk ruptured his ACL, ending his season.
A month later, Joe Gomez also suffered a season-ending knee injury.
Today, both Liverpool center-backs returned to action ๐ช pic.twitter.com/RSNr9vf7zi
โ B/R Football (@brfootball) July 29, 2021
Liverpool akan bertemu Athletic Bilbao pada 8 hari bulan nanti, sebelum bertemu Osasuna pada 10 Ogos dalam usaha mereka untuk mempersiapkan diri bertemu Norwich dalam perlawanan pembukaan saingan Premier League pada 15 Ogos.
Walau bagaimanapun, satu hal yang sedikit membimbangkan penyokong Liverpool adalah ketiadaan pemain masuk selain Ibrahima Konate pada jendela perpindahan musim panas ini.
Dengan adanya pemain yang meninggalkan Anfield, tentunya para peminat berharap agar akan ada pemain yang dibawa masuk bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan.
Namun sehingga kini sepertinya masih belum ada pemain yang berjaya ditandatangani, bahkan tidak ada pemain yang benar-benar dikaitkan akan ke Anfield pada ketika ini.
The smile says it all.@VirgilvDijk โค๏ธ pic.twitter.com/rux6478l5r
โ Liverpool FC (@LFC) July 29, 2021
Hal tersebut sedikit sebanyak agak merisaukan para penyokong yang meletakkan harapan tinggi agar pihak kelab menandatangani pemain baharu.
Walau bagaimanapun, kepulangan semula dua pemain centre-back, dan ditambah barisan pemain sedia ada, sepertinya tiada masalah untuk Liverpool terus beri cabaran dalam saingan Premier League.
Sumber: SB