Kapten Legenda Berdarah Liverpool Yang Tiada Banding – Steven Gerrard

Malam Istanbul. Satu malam istimewa buat penyokong fanatik Liverpool. Comeback paling teragung pernah terjadi dalam sejarah ketamadunan bola sepak dunia.

Di sebalik comeback yang telah berlaku, ada satu susuk tubuh manusia yang menyebabkan semua itu terjadi iatu;

Steven Gerrard.

Sayangggg Selamattt Tinggal, Akukan Pergi Buat Selamanyaaaa Wohoooooo

Kapten yang berciri dan berjiwa Liverpool. Sayang dan kasihnya terhadap Liverpool melebihi cinta agung Shah Jihan kepada isterinya. Pada malam Istanbul itu, Steven Gerrard memulakan segalanya. Beliau mengemudi jentera tengah Liverpool serta sentiasa memaksa rakan-rakan seperjuangan agar jangan terus tunduk kepada musuh final iatu AC Milan.

Pada masa separuh pertama, pasukan Liverpool telah dibedil secukup rasa oleh pasukan AC Milan. 3 berbalas 0. Rata-rata peminat bola sepak pada masa itu telah menganggap Liverpool telah habis. Kejuaraan Piala Liga Juara-Juara Eropah pasti akan dimiliki oleh AC Milan.

Ngeeeeeeeeee

Penyokong Manchester United pada malam tersebut tersenyum nipis dan sinis melihatkan keputusan tersebut. Malah ada penyokong United pada malam tersebut telah sengaja menghantar sistem pesanan mesej (SMS) kepada rakan-rakan penyokong Liverpool.

Walaupun pada masa itu, caj yang dikenakan adalah sebanyak 20 sen untuk satu mesej. Penyokong United rela menghabiskan kredit mereka untuk menghantar mesej kepada rakan-rakan penyokong Liverpool.

Tujuannya hanya satu iatu untuk mengejek. Namun sebaliknya berlaku. Bermulanya pada separuh masa kedua, Gerrard dan rakan-rakannya memulakan aksi yang boleh dianggap mustahil. Penyokong United yang pada mulanya rakus mengejek tadi telah perlahan-lahan bertukar menjadi perabot kayu jati.

Pada minit ke 54, Gerrard melakukan apa sepatutnya seorang manusia yang memakai lilitan kapten buat iatu menjaringkan gol semangat. Bukannya sekadar hanya membetulkan rambut dan membuat muka hensem. Gol tersebut mencetuskan api semangat rakan-rakannya yang lain.

Lentik Sungguh!

Dua minit berselang. Smicer menjaringkan gol padu pada minit ke 56 dan menjadikan kedudukan kepada 2-3. Kini pemain Liverpool yakin bahawa mereka boleh melakukan comeback terhebat. Dan keajaiban yang ditunggu telah tiba, pada minit ke 60 Gatusso yang bermuka bengis telah menjatuhkan seorang pemain Liverpool di dalam kotak penalti AC Milan. Siapakah dia?

Ya. Kapten fantastik Liverpool iatu Steven Gerrard. Alonso memgambil tugasan penalti tersebut namun sepakan tersebut berjaya ditepis oleh Dida dan menyebabkan bola itu muntah kembali kepada Alonso. Alonso dengan tenang menjaringkan gol dan menjadikan kedudukan semasa kepada 3-3. Selebihnya, semua orang yang tahu mengenai permainan bola sepak ini. Tahu akan kisah menakjubkan ini.

Wa Champion Sial!

Pemangkin kepada kebangkitan ini tidak lain dan tidak bukan adalah Steven Gerrard. Cuba bayangkan malam itu kaptennya adalah pemain persis Pogba? Apa yang terjadi. Yup, lembik dan tidak bertenaga.

Apa? Apa?

Siapakah Steven Gerrard?

Beliau dilahirkan pada tanggal 30 Mei 1980. Dilahirkan di sebuat tempat bernama Whiston, Merseyside, England. Berketinggian 183 cm dan pandai menari tarian raver. Beliau memulakan karier bola sepak apabila menyertai akademi pasukan bola sepak Liverpool pada usia baru mencecah 9 tahun.

Beliau berada di akademi tersebut sehingga berumur 17 tahun dan dengan bakat yang beliau ada, Liverpool tidak menunggu lama untuk menandatangani kontrak profesional pertama beliau.

Selepas itu beliau tidak lagi menoleh ke belakang kerana beliau tidak mempunyai side mirror untuk menoleh. Beliau membantu Liverpool meraih pelbagai trofi atau piala. Sebut sahaja piala apa yang belum dimenanginya. 2 Piala FA, 3 kali Piala Liga (Carling Cup) , 1 Piala Juara-Juara Liga (Champion League), 1 Piala UEFA, 1 Piala Comunity Shield dan 1 Piala UEFA Super.

Jangan di cari mana piala Liga Perdana Inggeris. Memang tak ada. Itu adalah satu-satunya piala yang beliau inginkan. Pada musim 2013/2014 beliau hampir-hampir berjaya menamatkan badi kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat Liverpool.

Namun malangnya insiden slip beliau lalu membolehkan Demba Ba menjaringkan gol pertama menyebabkan Liverpool kehilangan kejuaraan kepada Manchester City. Pada masa ketika itu, rata-rata penyokong Liverpool telah menyanyikan lagu-lagu gembira seolah-olah kejuaraan Liga Perdana Inggeris telah berada dalam genggaman mereka.

Punca Sebenar Gerrard Jatuh

Peristiwa tersebut menyebabkan mereka semua terpaksa hanya menyanyikan lagu Twinkle-Twinkle Little Star apabila musim 2013/2015 melabuhkan tirainya.

Namun peristiwa slip tersebut, bukan tiket bagi kita semua untuk menidakkan kehebatan Steven Gerrard ini. Secara keseluruhannya beliau telah berjaya menjaringkan gol sebanyak 120 gol untuk 504 penampilan buat Liverpool.

Satu jumlah gol yang sangat banyak bagi seorang pemain tengah. Manakala untuk negaranya England, beliau juga telah menjadi kapten untuk beberapa kali dan telah menjaringkan 21 gol untuk 114 penampilan buat England.

Gerrard dikerumuni peminat di alam nyata hampir menyerupai babak dalam cerita Superman.
Superman melakukannya di dalam filem. Tapi Gerrard di alam nyata.

Satu statistik yang sungguh menakjubkan. Steven Gerrard akhirnya berpisah dengan Liverpool pada tahun 2015. Itupun kerana faktor umur dan fizikal kerana Liga Perdana Inggeris memerlukan dua ciri tersebut. Beliau memilih LA Galaxy dan telah menamatkan karier bola sepaknya di situ pada tahun 2016 dengan membuat penampilan sebanyak 34 dan telah menjaringkan 5 gol.

Steven Gerrard telah menceburi bidang kejurulatihan dengan menjadi pengurus kepada kelab Ranger yang bermain di Liga Scotland. Kini telah bersama Aston Villa di Premier League.

Mana tahu suatu hari nanti, beliau akan kembali ke Anfield, Liverpool untuk menjadi pengurus Liverpool dan seterusnya memenangi Liga Perdana Inggeris yang begitu diidam-idamkan buat selama ini.

(Photo by Jan Kruger/Getty Images)
BACA:  Carragher Kena Halau Dan Tak Dibenarkan Untuk Bertemu Steven Gerrard