Kebangkitan Sensasi Dalam Tempoh 5 Minit City Ranapkan Impian Liverpool City

Penentuan juara Premier League musim 2021/22 dibawa ke hari terakhir di perlawanan ke-38 dan perebutan ini diantara Manchester City serta Liverpool yang mengejar Quadraple atau empat kejuaraan semusim.

Manchester City yang menentang Aston Villa mempunyai kelebihan satu mata diatas Liverpool yang bertemu Wolves yang mengharapkan keajaiban Manchester City tewas atau seri.

Rekod di atas kertas, Aston Villa tidak mempunyai rekod kemenangan yang baik dan juga rekod jaringan menentang Manchester City.

Manchester City mampu menarik nafas lega selepas Liverpool Pedro Neto meletakkan Wolverhampton Wanderers dihadapan seawal minit ketiga lagi.

Namun Aston Villa tidak menjadi lawan mudah buat Manchester City apabila bermain secara bertahan dengan penuh berdisiplin dan tidak bergogek.

Matty Cash secara tunainya telah meletakkan Aston Villa dihadapan pada minit ke-37 melalui satu serangan yang jarang-jarang berlaku tapi menghasilkan gol.

Manchester City melancarkan serangan bertali arus dengan 75 peratus penguasaan bola tetapi gagal mencari jaringan dengan kekebalan Villa.

Tamat separuh masa pertama dan bersambung ke babak kedua, City masih lagi buntu malah Aston Villa berjaya menggandakan kedudukan.

Ketika ini kedudukan juara masih berpihak kepada Manchester City melalui kelebihan gol walaupun Sadio Mane berjaya menyamakan kedudukan buat Liverpool.

Bekas pemain ke sayangan Liverpool, Philippe Coutinho telah berusaha keras membantu Liverpool dengan jaringan kedua pada minit ke-69.

Kemasukan Ilkay Gundogan menggantikan Bernardo Silva sejurus selepas jaringan Philippe Coutinho nyata merubah sentuhan penyudah Manchester City.

Pada minit ke-76 Ilkay Gundogan memulakan aksi kebangkitan sensasi Manchester City dengan mengurangkan defisit kepada 2-1.

Dua minit kemudian Rodri telah menyamakan kedudukan dengan satu rembatan leret deras dari luar kotak penalti.

Minit ke-81 Ilkay Gundogan menjadi wira Manchester City dengan gol ketiga melalui satu sundulan tajam gol yang cukup memberikan City gelaran juara.

Kebangkitan sensasi dan luar biasa Manchester City ini dicetuskan Ilkay Gundogan dalam tempoh kurang lima minit sahaja bagi meranapkan impian Liverpool.

Ilkay Gundogan yang menjadi nadi penting Manchester City musim lalu namun agak bergelut musim ini akhirya membuktikan beliau masih mampu berbisa.

Liverpool cuba mencipta kebangkitan dengan menewaskan Wolves 3-1 hasil jaringan Mohamed Salah dan juga Andrew Robertson.

Kemenangan bergaya yang tidak cukup untuk memadamkan hakikat kejuaraan menjadi milik Manchester City.

Saingan sengit gelaran juara hingga ke hari terakhir ini menyaksikan City juara dengan kelebihan satu mata.

Pujian harus diberikan kepada Liverpool yang kembali mengejar pada pertengahan musim selepas City dilihat akan muncul juara dengan mudah.

Dari ketinggalan dua angka, Liverpool mengejar City untuk menjadikan jarak mata kepada satu mata.

Mohamed Salah yang masuk pada separuh masa kedua menjaringkan satu gol untuk mengikat Son Heung Min yang menjaringkan dua gol ketika Spurs membelasah Norwich 6-0.

Mohamed Salah dan Son Heung Min menjadi pemenang kasut emas (Golden Boot) bersama Premier League musim 2021/22 dengan masing-masing menjaringkan 23 gol.

Apa yang menarik dalam perebutan kasut emas ini adalah, Son Heung Min menjaringkan 23 gol tanpa sebarang sepakan penalti.

Kemenangan Spurs ke atas Norwich City sudah lama mengesahkan penyingkiran liga ini menyaksikan slot Champions League menjadi milik mereka walaupun Arsenal Everton 5-1.

Arsenal ditemani Manchester United yang tewas kepada Crystal Palace akan beraksi di liga kelas kedua Eropah, Europa League.

Perebutan satu lagi slot zon penyingkiran menjadi milik Burnley yang tewas kepada Newcastle United di mana Leeds United mencatatkan kemenangan ke atas Brentford.

Burnley mengiringi Watford dan NorwicH City untuk beraksi di liga kejuaraan musim hadapan.

BACA:  Premier League 2021/22: Burnley 0-1 Liverpool