Teerasil Dangda Pemegang Rekod Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Piala AFF

teerasil dangda

Kenali penyerang berbisa Thailand yang merupakan pemegang rekod penjaring gol terbanyak sepanjang zaman di kejohanan Piala AFF, individu itu tidak lain dan tidak bukan Teerasil Dangda.

Pemain penyerang veteran berusia 34 tahun itu bukanlah nama asing dan boleh dikatakan superstar dikalangan negara ASEAN dan mempunyai karier bola sepak yang mengagumkan.

Sebelum ini penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala AFF yang diperkenalkan pada tahun 1996 ini telah menjadi milik penyerang legenda Singapura, Noh Alam Shah dengan 17 gol.

Namun rekod itu telah dileburkan oleh Teerasil Dangda dalam perlawanan peringkat kumpulan menentang Filipina di Piala AFF 2020, Stadium Nasional, Kallang, Singapura menjadi saksi peristiwa itu.

Dua gol telah yang telah dijaringkan oleh Teerasil Dangda ke atas Filipina itu telah meleburkan rekod Noh Alam Shah dengan mengumpulkan 19 gol dan lebih manis ia terjadi di Singapura yang merupkan tuan rumah Piala AFF 2020.

Di Piala AFF 2022 pula, Teerasil Dangda terus berbisa apabila selepas tamat saingan peringkat kumpulan dia telah menjaringkan 5 gol dan melebarkan rekod kepada 24 gol.

Bintang Thailand berusia 34 tahun itu pernah empat kali bergelar penjaring terbanyak Piala AFF iaitu pada edisi 2008, 2012, 2016 dan 2020. Dan mungkin mampu mengulanginya untuk edisi 2022.

Senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala AFF:

1. Teerasil Dangda (Thailand) โ€“ 25 gol.

2. Noh Alam Shah (Singapura) โ€“ 17 gol.

3. Worrawoot Srimaka (Thailand) โ€“ 15 gol.
3. Le Cong Vinh (Vietnam) โ€“ 15 gol.

5. Le Huynh ฤuc (Vietnam) โ€“ 14 gol.

6. Kurniawan Dwi Yulianto (Indonesia) โ€“ 13 gol.

7. Adisak Kraisorn (Thailand) โ€“ 12 gol.
7. Bambang Pamungkas (Indonesia) โ€“ 12 gol.
7. Kiatisuk Senamuang (Thailand) โ€“ 12 gol.

10. Agu Casmir (Singapura) โ€“ 11 gol.

11. Khairul Amri (Singapura) โ€“ 10 gol.

Dalam senarai ini 10 penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala AFF ini hanya Adisak Kraisorn yang merupakan pemain yang masih aktif bermain dan berpeluang mengejar Teerasil Dangda.

Dengan usia yang bakal mencecah 32 tahun perkara ini dilihat sukar untuk dilakukan Adisak Kraisorn yang kini merupakan pemain penyerang Terengganu FC.

Teerasil Dangda Pernah Berkelanan ke Premier League dan LaLiga

Teerasil Dangda memulakan kariernya dalam arena bola sepak professional pada usia yang sangat muda, 17 tahun, mewakili pasukan Air Technical Training School yang bermain di divisyen dua piramid bola sepak Thailand, sekitar 2004 sehingga 2005.

Teerasil Dangda hanya bermain enam perlawanan senior buat pasukan ini dan telah menjaringkan tiga gol.

Pada tahun 2006, Teerasil Dangda berpindah ke Raj Pracha, dan menjadi pemain utama di barisan serangan di mana dia menjadi penjaring terbanyak pasukan โ€“ sembilan gol dalam 18 perlawanan, serta melakukan lima assist sepanjang musim.

Tahun berikutnya menyaksikan pemain ini menyertai Muangtong United yang ketika itu masih bermain di divisyen dua, dan menjadi sebahagian daripada anggota pasukan yang muncul sebagai juara divisyen, menjaringkan tujuh gol dan melakukan enam assist.

Tanggal 25 Julai 2007 menyaksikan Teerasil mendapat peluang daripada pemilik Manchester City ketika itu, Thaksin Shinawatra, yang telah menjemputnya bersama dua lagi pemain, Suree Sukha dan Kiatprawut Saiweo, untuk menjalani ujian di kelab England tersebut.

Selepas menunggu lama untuk mendapatkan permit kerja, akhirnya mereka bertiga sah menjadi pemain Manchester City pada 16 November tahun yang sama.

Pun begitu, Teerasil masih belum dibenarkan untuk bermain di England dek permit kerja dan dipinjamkan ke pasukan sekutu, Grashopper Zurich.

Pada tahun 2008, sebaik sahaja City dibeli sekumpulan individu dari Abu Dhabi, ketiga-tiga pemain Thailand yang mempunyai kabel di City sebelum ini telah dilepaskan dari kontrak mereka.

Perlepasan ini membawa Teerasil ke Zurich semula buat sementara waktu sebelum kembali menyarung jersi Raj Pracha buat seketika, sebelum pulang ke Muangthong United dan di sinilah bintang penyerang ini bersinar semula.

Pada tahun 2009, Teerasil telah menjaringkan tujuh gol dalam 26 penampilan dan jumlah jaringan pemain ini semakin meningkat saban tahun. Teerasil kekal bersama Muangthong selama enam musim sehingga 2014 dan dia telah menajringkan 97 gol!

Prestasi tajamnya di hadapan gol ini telah membuka mata kelab La Liga, Almeria, untuk membawa pemain ini ke Sepanyol secara pinjaman.

Semusim di La Liga, Teerasil hanya mampu muncul dalam 10 peralawanan dan menjaringkan satu gol, ketika Almeria menumpaskan Real Betis 4-3 dalam saingan Copa Del Rey.

Meskipun tidak kekal lama di La Liga, Teerasil tetap tidak patah hati dalam bola sepak. Sebaik kembali ke Muangthong, Teerasil akhirnya berjaya menjaringkan gol ke-100 buat kelab ini pada tanggal 11 Mac 2017 ketika menentang Nakhon Ratchasima.

Tidak lama kemudian, dia memecahkan rekod penjaring terbanyak tempatan sepanjang zaman dalam Liga Thailand yang dipegang oleh Pipob On-Mo. Rekod 108 gol tersebut disamakan dan dipecahkan ketika Teerasil menjaringkan dua gol dalam perlawanan menentang Super Power Samut Prakan.

Ketajamannya di depan gol sekali lagi membuka mata kelab luar di mana kelab Jepun, Sanfrecce Hiroshima, telah membawanya ke J-League pada tahun 2018. Bersama kelab tersebut, Teerasil tampil dalam 37 perlawanan dan menjaringkan tujuh gol.

Musim berikutnya, Teerasil berpindah ke Shimizu S-Pulse dan menjaringkan tiga gol dalam 24 perlawanan.

Mungkin rezekinya kurang subur di bumi matahari terbit, Teerasil mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air dan bermain untuk BG Pathum United dan sempat berganding dengan penyerang lincah negara, Nurshahrul Idlan Talaha.

Bersama Thailand setakat ini Teerasil Dangda telah membuat 120 penampilan dan menjaringkan 60 gol.

BACA:ย  Thailand Mara Ke Final, Tahniah Harimau Malaya!