Di Mana 3 Pemain Thailand Yang Diikat Manchester City Pada 2007 Berada Sekarang?

Suatu ketika dahulu sebelum Manchester City dimiliki oleh Saudagar Minyak Arab merupakan sebuah pasukan biasa-biasa yang tergantung sepi telah dimiliki oleh seorang Taikun dari Thailand yang juga Perdana Menteri ketika itu, Thaksin Shinawatra.

Bilionwan telekomunikasi dari Thailand telah membeli pasukan Manchester City dalam usaha untuk menaikkan The Citizen menjadi ‘world domination’ namun cita-cita besar Thaksin itu tidak menjadi kenyataan malah beliau sendiri digulingkan di Thailand.

Thaksin Shinawatra telah melantik Sven-Goran Eriksson untuk menguruskan pasukan dan menyediakan dana untuk mendapatkan pemain yang sedap ketika itu termasuklah Elano, Rolando Bianchi dan Geovanni.

“Sasaran aku dengan pasukan bola sepak ini sangat ambitious untuk memastikan kedudukan Manchester City sebagai salah satu pasukan yang mempunyai jenama besar dalam bola sepak.” Ujar Thaksin yang merupakan seorang ahli politik.

Setahun selepas menjadi pemilik, Thaksin Shinawatra telah menjual Manchester City kepada saudagar minyak Arab, Sheikh Mansour yang tidak pernah menyatakan manifesto tetapi membawa City menjadi pencabar dan seterusnya juara Premier League.

Pada 2011 Sheikh Sven-Goran Eriksson yang hanya semusim bersama City telah mengutuk Thaksin :

“Beliau tak faham bola sepak dan tak tahu menda pun. Beliau fikir dapat menewaskan Manchester United 2 kali setahun adalah normal.”

Manchester City telah membelanjakan £40 juta pada musim panas 2007 tetapi ramai penyokong Citizen tidak mengetahui dan tidak mendengar berita mengenai ketibaan 3 pemain Thailand yang menyertai City pada waktu itu.

Sebab penyokong City tidak mengetahui kehadiran tiga pemain ini juga tidak diketahui, mungkin kerana mereka bertiga ini tidak pernah bermain perlawanan kompetitif ataupun tidak layak untuk mendapatkan permit bermain di England.

Mereka bertiga yang diberi nama oleh ibu bapa masing-masing adalah :

1. Teerasil Dangda
2. Kiatprawut Saiwaeo
3. Suree Sukha

Ketiga-tiga pemain ini hanya membuat satu penampilan sahaja apabila bermain dalam perlawanan persahabatan menentang Thai League All-Stars XI selepas musim tamat (post season bukan pre season). Selepas itu mereka bertiga kembali ke Thailand

Teerasil Dangda

Satu nama besar yang tidak asing lagi di Asia Tenggara merupakan pemain paling berjaya antara mereka bertiga namun tidak pernah bermain bersama Manchester City. Perlawanan sarkis tak dikira la kan?

Selepas diikat, Manchester City telah meminjamkan Teerasik ke kelab Grasshoppers yang bermain di Liga Switzerland tetapi hanya layak untuk bermain bersama pasukan simpanan sahaja, lalu Teerasil kembali ke Thailand untuk bersama Raj Pracha.

Danda kemudian menyertai Muangthong United pada 2009 dan mula mengembangkan kerjayanya dengan begitu sedap sekali dengan memenangi 4 gelaran Thai League 1, 3 FA Cup dan macam-macam lagi trofi ada macam Astro.

Bersama Muangthong United juga, Teerasil Danda telah berkongsi padang apabila bergandingan dengan pemain lagenda Liverpool, Robbie Fowler dan Jay Bothroyd yang pernah bermain bersama Wolves, Cardiff dan QPR.

Pada 2013, Teerasil Danda sempat menghabiskan masa selama dua minggu di Atletico Madrid selepas dijemput menjalani ujian percubaan. Getafe juga menjemput Danda untuk mencuba nasib bersama mereka namun tiada jodoh antara mereka.

Mendapat jemputan dari kelab La Liga sudah cukup hebat bagi pemain dari Asia Tenggara dan setahun kemudian pada 2014, Teerasil diikat oleh Almeria secara pinjamin selama semusim sekaligus menjadi pemain Asia Tenggara pertama bermain di La Liga.

Debut, 23 Ogos 2014 – Masuk pada minit ke-65 ketika Almeria seri 1-1 menentang Espanyol.
Bermula dari kesebelasan utama, 5 Disember 2014 – Menjaringkan satu gol ketika Almeria menewaskan Real Betis 4-3 di Copa del Rey.

Selepas kurang menyerlah dan mendapat tempat di Almeria Danda kembali bersama Muangthong United dan menjulang gelaran juara Liga Thai dan telah menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Thai yang sebelum ini dipegang Pipob On-Mo dengan 108 gol.

Ketika bersama Muangthong United juga, Teerasil Danda telah dipinjamkan ke J League bersama Sanfrecce Hiroshima. Pada 2020, Dangda telah bersama pasukan Shimizu S-Pulse.

Kekesalan terbesar dalam karier Danda mungkin selepas menolak tawaran Dato Seri Vida Qu Puteh Quteh Barulah Puteh untuk beraksi bersama Pamoga Qu Puteh The Red Warrior(PQPTRW) atau nama asalnya Kelantan.

Mungkin jela.

Kiatprawut Saiwaeo

Pemain pertahanan tengah ini telah dipinjamkan ke Club Brugge namun gagal teruk lalu dilepaskan oleh Manchester City dan Kiatprawut Saiwaeo kembali ke Thailand bermain bersama Chonburi, Chiangrai United dan Police Tero.

Paling kacak antara mereka bertiga.

Kiatprawut Saiwaeo telah mewakili Thailand dalam 36 perlawanan dan kini berusia 32 tahun. Kiatprawut Saiwaeo dilaporkan telah bersara selepas mengalami kecederaan lutut yang kronik.

Ketika menyertai Manchester City Kiatprawut Saiwaeo baru berusia 21 tahun.

Suree Sukha

Nasib Suree Sukha di Manchester City sama seperti Teerasil Danda apabila dipinjamkan ke pasukan Grasshoppers dan juga gagal membuat sebarang penampilan bersama pasukan utama dari Siwtzeland itu.

Suree Sukha kembali ke Thailand untuk bersama Chonburi. Selepas 115 penampilan bersama Chonburi, Suree Sukha telah Buriram United dan mengecapi pelbagai kejuaraan domestik temasuklah 3 kali berturut-turut menjuarai Liga Thai.

Suree Sukha juga telah menafikan bahawa mereka telah diikat oleh Manchester City di atas faktor politik.

“Aku percaya diri aku, aku percaya aku boleh lakukan. Menatang ni tak kaitan langsung dengan politik.” Ujar Sukha yang nampak suka.

Selepas dilepaskan Manchester City, suka atau tidak Suree Suka telah meneruskan kerjaya bola sepak dengan menyertai Chonburi, Buriram United dan Ratchaburi Mitr Phol.

Muangkan United merupakan kelab terkini Suree Sukha.

Sebab sebenar mereka bertiga ini diambil oleh Manchester City hingga kini kekal misteri, hanya Thaksin saja yang tahu. Mungkin benar bermotifkan politik. Bukan benda baru, TSAM pernah buat benda ni.

BACA:  Mahrez Ponteng Latihan Lagi