Mahrez Ponteng Latihan Lagi

Pemain sayap Leicester City, Riyad Mahrez gagal menghadirkan diri menjalani latihan untuk dua hari berturut-turut selepas perpindahan beliau ke Manchester City tidak berjaya.

Pemain berusia 26 tahun ini menghantar permohonan rasmi kepada kelabnya untuk berpindah selepas mengetahui minat serius yang ditunjukkan Pep Guardiola terhadapnya. Manchester City menghantar beberapa tawaran kepada Leicester pada hari terakhir jendela perpindahan tetapi kesemuanya ditolak.

MC bos. Pening pale ni

Tawaran terakhir City dianggarkan berjumlah £65juta termasuk seorang pemain City ditawarkan kepada Leicester.

Sumber Skysports melaporkan Mahrez sangat kecewa dan tertekan dengan pendirian Leicester yang tidak mahu melepaskannya pada pertengahan musim. Leicester meletakkan tanda harga setinggi £95juta kepada mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan Mahrez.

Pengurus Leicester, Claude Puel berharap Mahrez akan kembali menjalani latihan bersama pasukan seperti sedia kala. Mahrez tidak terlibat dalam perlawanan terakhir Leicester menentang Everton dimana mereka kalah 2-1. Puel berkata beliau gembira menerima kepulangan Mahrez dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk meletakkan beliau dalam kesebelasan utama.

Untuk perlawanan Leicester seterusnya menentang Swansea di gelanggang sendiri hujung minggu ini, Mahrez dilaporkan tidak akan terlibat kerana tidak menjalani sebarang latihan sejak minggu lalu.

Sumber yang rapat dengan Mahrez memberitahu jendela perpindahan Januari lalu merupakan jendela ke-4 Leicester bakal membenarkan Mahrez berpindah. Mahrez merasakan dirinya telah memberikan segala-galanya kepada Leicester dan tidak mampu memberikan lebih banyak dari itu lagi.

Janji dicapati

Manchester City dibawah Pep Guardiola merupakan kelab impian beliau dan Mahrez sangat terdesak untuk melakukannya sebelum Guardiola meninggalkan England.

Kontrak Mahrez bersama Leicester masih lagi berbaki 2 tahun selepas menandatangani kontrak jangka panjang pada Ogos 2016.

Beliau menyertai Leicester dari kelab Perancis, Le Havre pada Januari 2014 dan telah berjaya menjaringkan 44 gol dari 165 penampilan bersama kelab tersebut. Pencapaian terbaik Mahrez bersama Leicester sudah tentu ketika beliau membantu kelabnya meraih promosi ke Liga Perdana Inggeris dan memenaginya pada musim 2015/2016.

BACA:  Genius! Mahrez Melakukan Rainbow Flick Sebelum Jaringkan Gol