Genius! Mahrez Melakukan Rainbow Flick Sebelum Jaringkan Gol

Pemain sayap Manchester City, Riyad Karim Mahrez telah meyajikan satu skill yang padu digelar Rainbow Flick sebelum menggelecek dan menari-nari kiri kanan lalu disudahkan dengan satu gol padu.

Adunan skil yang sangat rare dan jarang dilakukan iaitu rainbow flick disertai dengan gelecekan flick bola ke kiri dan ke kanan menjadikan gol ini sangat istimewa.

Terlalu sukar dan jarang-jarang sekali untuk helah ini dilakukan dan disudahkan dengan satu jaringan seperti mana yang dilakukan oleh Riyad Karim Mahrez ini.

Aksi Mahrez ini dilakukan dalam perlawanan antarabangsa ketika Algeria bertandang ke Zimbabwe dalam kelayakan Africa Cup Of Nation atau Piala Negara Afrika.

Menerima bola panjang daripada rakan di tengah padang, Mahrez melakukan sentuhan pertama dengan tumit beliau untuk melambungkan bola ke depan.

Nyata pemain pertahanan Zimbabwe terpesona dan cuba mengejar namun Mahrez telalu liar dan berjaya memperdayakan dua pemain lawan sebelum melepaskan rembatan.

Ini merupakan gol kedua Algeria dalam perlawanan ini selepas Andy Delort telah menjaringkan gol pembukaan 4 minit sebelum itu.

Namun Zimbabwe bangkit mengejar dan mengikat perlawanan untuk berkongsi mata.

Selepas 4 perlawanan, Algeria mendahului carta kumpulan H dengan 10 mata diikuti Zimbabwe yang mengumpul 5 mata.

Tiada masalah untuk Algeria mara dan pusingan kelayakan ini menjadi medan untuk Mahrez berpesta gol dan menikmati dan memepersembahkan skill bola sepak.

Asal-Usul Rainbow Flick

Rainbow Flick juga digelar Sombrero atau Lambreta atau Carretilha, semua merjuk kepada aksi sama cuma nama je lain dicipta oleh Alexandre De Carvalho Kaneko dari Brazil.

Alexandre De Carvalho Kaneko merupakan seprang pemain penyerang yang beraksi bersama kelab yang tersohor daripada Brazil iaitu Sao Paulo pada zaman 60-an.

Alexandre De Carvalho Kaneko telah mencipta trick ini pada 9 Mac 1968 dan menyajikan skil ini buat pertama kali ketika menentang Botafogo.

Nama trick ini bersempena trajektori bola semasa ia dilakukan seperti pelangi. Jika digunakan sembarangan boleh dianggap kurang ajar.

Kalau trick ini dicipta di tanah Melayu mungkin namanya ‘Ku Sambut Tanganmu Dilembayung Senja’.

Pada zaman ini, Neymar kerap melakukan aksi Sombrero ini namun acap kali berakhir dengan bentesan dan kekasaran pihak lawan, boleh naik angin gu lawan kena bola lagu ni.

BACA:  Cavani Bidas Pihak Media Yang Cuba Melaga-lagakan Dirinya Dengan Neymar