Cavani Bidas Pihak Media Yang Cuba Melaga-lagakan Dirinya Dengan Neymar

Penyerang antarabangsa Uruguay, Edinson Cavani membidas pihak media yang sering melaga-lagakan dirinya dengan rakan sepasukan, Neymar.

Cavani juga mendakwa pihak media cuba mereka cerita yang beliau mempunyai isu di dalam dan luar padang dengan Neymar walaupun sebenarnya tiada apa yang berlaku di antara mereka berdua.

Neymar dan Cavani sekali lagi terpali dengan kontroversi

Pelbagai spekulasi timbul sejak Neymar berpindah ke Paris Saint-Germain dari Barcelona pada musim panas 2017. Paling mencuri tumpuan adalah insiden dimana Neymar dan Cavani bergaduh mengenai tugasan mengambil sepakan penalti ketika perlawanan menentang Lyon pada September tahun lalu.

Neymar dan Cavani sekali lagi dirakam bergaduh minggu lalu ketika Brazil menentang Uruguay dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Emirates Stadium. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan Brazil meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Uruguay dengan Neymar menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi penalti pada minit ke-76.

Ketika Uruguay terdesak mencari gol penyamaan, Cavani cuba merampas bola dari kaki Neymar dan seperti dijangka, Neymar rebah sebaik sahaja menerima sentuhan daripada Cavani. Pengadil meniupkan wisel dan memberikan sepakan percuma kepada Brazil manakala Cavani menerima kad kuning atas kesalahan yang sangat minima.

Beberapa saat kemudian, Neymar menggelupur kesakitan di atas padang

Rakaman ulang tayang menunjukkan Neymar hanya menerima sentuhan yang minimum dari Cavani dan ia kelihatan seperti Neymar berlakon untuk meraih simpati pengadil.

Cavani cuba mengangkat Neymar yang terbaring di atas padang tetapi ditolak bekas pemain Barcelona itu.

Berikutan insiden tersebut, Cavani telah ditanya mengenai hubungannya dengan Neymar. Tetapi kali ini, Cavani memberi response yang agak marah dan membidas pihak media yang cuba mencipta spekulasi murahan untuk melaga-lagakan beliau dan Neymar.

“Neymar ? Anda perlu hentikan perkara ini. Pihak media lah yang cuba mencipta sesuatu yang pada asalnya tiada.” Ujar Cavani ketika bercakap kepada wartawan selepas perlawanan persahabatan Perancis menentang Uruguay semalam.

“Di luar padang, setiap pemain mempunyai kehidupan mereka sendiri. Ketika berada di dalam padang, setiap pemain akan berusaha untuk membantu kelab.”

Tugasa antarabangsa bulan ini nyata membawa nasib malang buat PSG berikutan kecederaan yang dialami dua pemain utama iaitu Neymar dan Kylian Mbappe.

Cavani yang berada di atas padang ketika Mbappe mengalami kecederaan berharap pemain muda itu akan kembali beraksi secepat mungkin untuk PSG.

Mbappe alami kecederaan ketika Perancis menang 1-0 ke atas Uruguay semalam hasil jaringan Olivier Giroud.

“Mbappe ? Saya pon tidak tahu. Saya harap kecederaan beliau tidak terlalu serius. Kami memerlukan setiap pemain untuk menggalas tugas beliau.”

“Kami bermain baik menentang juara dunia, Perancis. Ia merupakan perlawanan yang sukar dan sengit”

“Dalam perlawanan seperti ini, anda boleh menang atau kalah. Kami kalah malam ni, dan itulah lumrah bola sepak.”

BACA:  Kisah Pemilik PSG Tawar Cavani RM5 Juta Untuk Beri Sepakan Penalti Kepada Neymar