Indonesia telah muncul juara Piala Thomas sekaligus telah menamatkan kemarau kejuaraan Piala Thomas selama 19 tahun tetapi kenapa Indonesia dilarang menggunakan bendera rasmi negara mereka, Sang Saka Merah Putih di Piala Thomas?
Bendera Indonesia atau nama rasminya Sang Saka Merah Putih berbentuk segi empat sama dengan saiz lebar 2 / 3 (dua-pertiga) daripada panjang serta bahagian atas berwarna merah dan bahagian bawah berwarna putih yang bersaiz sama.
Indonesia turunbertemu China dalam aksi perlawanan akhir saingan Piala Thomas di Ceres Arena dan mereka akhirnya berjaya juga menundukkan kuasa besar dunia sukan badminton itu.
Kemenangan yang berjaya diraih oleh Jonatan Christie pada perlawanan ketiga berjaya membantu Indonesia untuk menamatkan kemarau 19 tahun mereka untuk menjulang Piala keramat dalam dunia sukan badminton itu.
BREAKING: INDONESIA have won the Thomas Cup for the first time in NINETEEN years.
FOURTEEN-time CHAMPION
NINETEEN YEARS OF WAIT IS OVER!
1958: π₯
1961: π₯
1964: π₯
1970: π₯
1973: π₯
1976: π₯
1979: π₯
1984: π₯
1994: π₯
1996: π₯
1998: π₯
2000: π₯
2002: π₯
2020: π₯#ThomasCup2020 pic.twitter.com/FfwzlOyrPuβ Badminton Talk (@BadmintonTalk) October 17, 2021
Walau bagaimanapun, kegembiraan penyokong Indonesia untuk meraikan kejayaan mereka itu, sedikit terganggu dek kerana ketiadaan bendera Sang Saka Merah Putih untuk dikibarkan.
Lebih membingungkan apabila bendera digantikan dengan bendera Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI).
Larangan untuk mengibar bendera Indonesia di atas podium atau di arena adalah kerana hukuman yang dijatuhkan oleh WADA.
WADA merupakan badan Anti doping dunia dan mereka telah menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Indonesia.
Ane kira ini editan, eh taunya beneran loh logo PBSI. pic.twitter.com/1nN5cHQzRZ
β KM3 (@Markonah_003) October 18, 2021
Larangan yang diberikan oleh WADA adalah disebabkan oleh tindakan Indonesia yang dianggap tidak mengikuti standard yang ditetapkan dalam mendapat hasil ujian yang lebih berkesan.
Antara kesan buruk dari larangan itu adalah Indonesia di larang sama sekali untuk mengibar bendera mereka di dalam stadium, tidak kira mereka menang atau kalah.
Atas permasalahan itu jugalah PBSI memutuskan untuk mengibar bendera mereka, ketika kontinjen Indonesia naik ke podium pemenang.
2 Pebulutangkis Yang Menangkan Indonesia Sbg Juara Thomas Cup 2002;Taufik Hidayat dan Candra Wijaya,Sayangkan Merah Putih Tak Berkibar di Piala Thomas 2020. Kita juga menyesalkan. Pemerintah harus segera perbaiki dg WADA, dan jangan diulangi lalai lagi. https://t.co/8RSychf2ZI
β Hidayat Nur Wahid (@hnurwahid) October 17, 2021
Ketua Umum PBSI Agung Firman Sampurna sudah mengesahkan tentang tentang perkara tersebut.
βKami tidak ingin menyalahkan sesiapa pun dalam hal ini. Saya fikir kita semua sudah tahu apa yang menjadi penyebab hal ini.β
Sebelum ini, Badan Anti-Doping Dunia (WADA) telah menjatuhkan hukuman kepada Indonesia kerana tidak mematuhi peraturan anti-doping.
Seterusnya, Agung Firman mengesahkan bahawa beliau tidak memberitahu para pemain akan perkara itu.
βKesan daripada tindakan WADA ini, kami tidak memberitahu anak-anak [ para pemain], jika mereka tahu, pasti mereka akan sedih. Saya telah memberitahu mereka untuk tidak memegang telefon bimbit mereka, hanya berkonsentrasi pada perlawanan kerana kita berpotensi untuk menang,β kata beliau sebelum ini.
Walaupun tidak dapat mengibarkan bendera Sang Saka Merah Putih di Piala Thomas, Agung tetap berharap BWF tidak akan melarang mereka menganjurkan Super Series Indonesia Open β Master β Challenge untuk tahun depan.
Taufik Hidayat kritik dan sindir sejumlah pihak lantaran tak adanya pengibaran bendera Merah Putih di podium Thomas Cup 2020. https://t.co/vQ2W05uDzD
β detikcom (@detikcom) October 18, 2021
Ekoran sekatan yang dikenakan oleh WADA Indonesia tidak boleh mengambil bahagian dalam tender untuk menjadi tuan rumah kejohanan Super Series atau mengambil bahagian dalam acara dari BWF selagi mana penggantungan itu aktif.
Seterusnya, Indonesia tidak boleh mengibarkan bendera Sang Saka merah putih ketika menang dalam kejuaraan mewakili negara (Piala Thomas / Uber, Olimpik, Piala Sudirman, Kejuaraan Dunia, Kejuaraan Junior Dunia, Sukan Asia, dan Sukan SEA) dan juga tidak dapat memainkan lagu Indonesia Raya.
Hukuman tersebut akan kekal bermula dari 8 Oktober 2021 sehingga 8 Oktober 2022. Kecuali WADA menarik atau mencabut semula hukuman tersebut. Menurut Agung, sekatan tersebut juga berlaku untuk semua sukan lain di Indonesia.
Dis! Indonesia berhasil bawa pulang Piala Thomas lagi setelah 19 tahun. Tapi sedih bgt ini yg berkibar bukan merah putih melainkan bendera PBSI.
PBSI itu negara? π€ pic.twitter.com/W7iLiVdVoy
β AREA JULID (@AREAJULID) October 17, 2021
Badan Anti-Doping Indonesia (LADI) mengatakan telah menerima notis hukuman dari Badan Anti-Doping Dunia (WADA) dan meminta surat penjelasan mengenai status ketidakpatuhan yang diberikan kepada Indonesia, bersama dengan Thailand dan Korea Utara.
Menurut Wakil Ketua LADI, Rheza Maulana, mengatakan WADA telah mengirim surat ke Indonesia pada 15 September 2021 dan 7 Oktober. Surat itu menyatakan perbezaan rancangan ujian doping Indonesia pada tahun 2020 dan 2021.
Ujian yang dimaksudkan merangkumi tiga perkara, iaitu ujian biasa atau Out of Competition Testing (OCT), ujian PON, dan program 2022.
PBSI menyayangkan tim bulutangkis Indonesia harus terkena dampak sanksi dari WADA, Badan Antidoping Dunia. Merah Putih tidak bisa berkibar di Piala Thomas https://t.co/GG1G0J73bi
β detiksport (@detiksport) October 17, 2021
Rheza Maulana mengatakan bahawa Indonesia telah mengirim surat kepada WADA pada 8 Oktober. βKami juga telah menerima surat WADA terbaru yang kami terima pada 9 Oktober 2021 sebagai notis rasmi,β kata Rheza.
Rheza mengatakan bahawa ada beberapa perkara penting yang dapat disampaikan dalam surat balasan dari WADA. βPertama, Indonesia masih dapat melakukan PON dan ujian seperti biasa, dan ujian lebih lanjut dan kegiatan lain dapat dilakukan di bawah pengawasan Organisasi Anti-Doping Jepun,β katanya.
Selamat & Sukses berhasil merebut Piala Thomas kembali.
Sayang sekali Bendera Merah Putih tdk bisa dikibarkan (& digantikan Logo "PBSI") karena kita memang sedang disanksi WADA (World Anti Doping Agency) sbgmn yg saya tulis tempo hari.
Alhamdulillah Lagu "Indonesia Raya" boleh. https://t.co/C2HVwnYlBL pic.twitter.com/uKFf5rJCbvβ KRMT Roy Suryo (@KRMTRoySuryo2) October 17, 2021
Dalam kes Piala Thomas, Indonesia tidak dapat mengibarkan bendera Indonesia, Rheza menyatakan mereka sudah cuba merayu namun WADA sudah membuat keputusan.
Untuk Piala Thomas kali ini Indonesia masih dibenarkan memakai lagu Indonesia Raya walaupun tanpa bendera keramat mereka.
Kes Indonesia ini mirip dengan Rusia yang dilarang untuk bertanding dengan panji Rusia.