Sesiapa yang menonton perlawanan antara Hungary dan Portugal semalam pasti akan perasan satu benda, selain kemantapan dan kehebatan Cristiano Ronaldo – kenapa stadium Puskas Arena di Budapest dibenarkan menerima penyokong pada kapasiti penuh, kan?
Stadium yang berkapasiti 67,000 itu kalau kita tengok, penuh dengan penyokong Hungary dan Portugal, tanpa ada penjarakan fizikal pun. Dah la tak pakai pelitup muka.
Stadium tu pula ada surat MITI ke nak buka waktu macam ni? Abah, Pak Ngah, Pak Long, Paksu tak cakap apa-apa ke? Kelakar kan?
Hungary fans marching to the Puskas Arena. Should be some atmosphere. Only ground in the tournament that’s currently allowing 100% capacity and it holds 61,000. #HUNPOR #EURO2020 pic.twitter.com/BbbGbUXkPr
— Charlotte Duncker (@CharDuncker) June 15, 2021
Kalau kita tengok stadium lain di Euro ni, kesemuanya ada ruang-ruang kosong dan jarak antara penyokong pula jauh-jauh.
Contohnya Stadium Wembley, hanya 18,497 penonton yang dibenarkan untuk hadir menonton detik England terkial-kial menewaskan Croatia tempoh hari, tetapi di Puskas Arena penuh pula?
Senarai Stadium Untuk Euro 2020
Sebelum kita pergi dengan kajian mendalam, kita tengok dulu stadium mana yang digunakan dalam kempen Euro pada kali ini, dengan kapasiti penonton yang dibenarkan.
Johan Cruyff Arena, Amsterdam, Belanda (12,000)
Olympic Stadium, Baku, Azerbaijan (34,000)
Arena Nationala, Bucharest, Romania (13,000)
Puskas Arena, Budapest, Hungary (67,000)
Over 60k fans inside the Puskas Arena for #HUNPOR 😍😍😍 #EURO2020 pic.twitter.com/NAocSUATDm
— Charlotte Duncker (@CharDuncker) June 15, 2021
Parken Stadium, Copenhagen, Denmark (12,000)
Hampden Park, Glasgow, Scotland (13,000)
Allianz Arena, Munich, Jerman (14,500)
Wembley Stadium, London, England (22,500)
Stadio Olimpico, Rome, Itali (17,500)
La Cartuja, Seville, Sepanyol (13,165)
Krestovsky Stadium, Saint Petersburg, Russia (34,000)
Siapa Pemimpin Hungary?
Itu senarai stadium. Sekarang kita berkenalan pula dengan Hungary – sebuah negara di tengah-tengah Eropah, berjiran dengan Romania, Austria, Ukraine, Slovakia, Serbia dan Croatia.
Negara ini diketuai oleh Perdana Menteri, Viktor Orban – pemimpin sayap kanan parti Fidesz. Memang diketahui umum bahawa Orban adalah seorang peminat bola sepak dan dia banyak melabur dengan banyaknya dalam industri ini sejak sedekad yang lalu.
Satu benda yang kita kena tahu, orang politik tetap orang politik tak kira lah dari negara mana dia berasal.
Bilamana orang politik tu minat dengan bola, matlamat dia satu sahaja – undi. Kalau kau tak percaya, kau tengoklah di Malaysia.
Orban yang berusia 58 tahun kini sedang mentadbir Hungary untuk penggal yang keempat, dan sedang mencuba untuk memenangi pilihanraya pada tahun hadapan, sekaligus dapat menjadi Perdana Menteri untuk penggal kelima.
Tujuan utama Orban melabur dalam industri bola sepak ini adalah supaya dapat meningkatkan imejnya di mata pengundi, selain meningkatkan populariti negaranya di rantau Eropah.
Apabila UEFA perlukan tempat untuk menganjurkan empat perlawanan Liga Juara-Juara pada musim ini kerana terdapat sekatan dek Covid-19, Orban dengan cepatnya menawarkan diri.
Kedua-dua pusingan perlawanan Liverpool menentang RB Leipzig dan Manchester City menentang Borussia Monchengladbach pada peringkat pusingan 16 pasukan telah dimainkan di Puskas Arena.
Gelanggang yang sama juga pernah mencetuskan kontroversi apabila membenarkan penonton memenuhi stadium ketika perlawanan Piala Super Eropah antara Bayern Munich dan Sevilla musim lalu, tetapi akhirnya hanya suku bahagian dibuka kepada penyokong.
Jadi, kenapa Budapest benarkan kapasiti penuh untuk Euro 2020?
“Kerajaan tahu bahawa Euro akan hanya datang ke sini (Hungary) sekali sahaja dan mungkin tak akan datang dah dalam tempoh yang lama lepas ni, jadi ini adalah peluang untuk mereka menonjolkan dan menyerlah siapa mereka,” ujar satu sumber.
“Okay, jumlah Covid-19 dah lebih baik berbanding bulan-bulan lepas, tapi ramai orang tak faham kenapa dia mesti penuh?
“Jawapan dia mudah je. Kerajaan dan Perdana Menteri suka sangat bola, dan diorang tahu betapa pentingnya Euro ni kepada pasukan kebangsaan dan juga negara,” kata sumber itu lagi.
Ada pihak mendakwa, jika bukan sebab Euro 2020 ni, kemungkinan besar pelaksaan perintah kawalan pergerakan akan dikuatkuasakan di Hungary.
“Diorang (Kerajaan Hungary) sudah mula membuat peraturan pada permulaan musim panas yang orang ramai sudah boleh pergi menonton perlawanan bola sepak,” kata satu sumber lain.
“Kalau kami ni tak ada Euro, kami akan hadap peraturan yang lebih ketat. Perdana Menteri pun, iya lah, suka bola.”
Orban, ketika bercakap sebelum kejohanan bermula hari Jumaat lepas, telah menjelaskan visinya untuk membenarkan seramai mungkin penyokong untuk hadir ke Puskas Arena, yang siap dibina pada tahun 2019 dengan nilai belaja £500juta.
“Semua orang yang mendaftar (untuk masuk stadium) tentu sekali perlu sudah mengambil vaksin, dan dengan kad vaksin tu dia boleh turut serta dalam acara ini” ujar Orban.
Apakah Peraturan Untuk Masuk ke Stadium
Para penyokong dari Hungary diwajibkan untuk menunjukkan sijil yang mengesahkan bahawa mereka sudah mengambil suntikan vaksin sebelum masuk stadium.
Pihak FA Hungary juga turut menyatakan bahawa kemasukan penyokong ke dalam stadium adalah mengikut kumpulan. Setiap tiket dikatakan mempunyai waktu yang spesifik untuk masuk, dan ini memerlukan penyokong untuk tiba dan masuk pada waktu yang ditetapkan.
A reminder of what a full stadium looks like. 🏟
The 67,215-capacity Puskás Arena is sold out. #EURO2020 pic.twitter.com/PFRbkVLKeq
— Squawka News (@SquawkaNews) June 15, 2021
Penyokong juga wajib memakai pelitup muka setiap masa dari waktu mereka masuk ke stadium, sehinggalah duduk di tempat duduk masing-masing. Pencuci tangan atau hand sanitizer juga turut disediakan dengan banyak di setiap penjuru stadium.
Ada Syarat Tak Untuk Keluar Masuk Hungary Bagi Orang Dari Negara Lain?
Jawapannya, ada. Penyokong yang berkelana dari negara lain dan ingin hadir ke Puskas Arena serta tidak menjalani kuarantin, mereka wajib untuk menunjukkan keputusan negatif PCR yang dibuat dalam tempoh 72 jam sebelum masuk ke negara tersebut.
Keputusan itu perlu disahkan sama ada dalam bahasa Hungary atau Inggeris.
Bagi penyokong yang sudah menerima suntikan vaksin pula, mereka perlu menunjukkan bukti atau sijil yang sah dan diiktiraf di negara-negara yang mempunyai perjanjian dengan Hungary.
Mereak juga tidak perlu menjalani kuarantin sebelum masuk ke stadium.
Siapa lagi yang akan bermain di Budapest?
Selain Portugal dan Jerman, stadium yang dinamakan sempena lagenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, akan menganjurkan tiga lagi perlawanan.
Tuan rumah, Hungary, akan menerima kehadiran N’Golo Kante dalam perlawanan yang dijadualkan pada hari Sabtu ini, manakalaRonaldo dan rakan-rakannya akan sekali lagi turun ke stadium ini pada hari Rabu, 23 Jun, juga menentang Perancis.
Perlawanan terakhir yang akan berlangsung di sini adalah pada hari Ahad, 27 Jun, – perlawanan pusingan 16-pasukan, antara pemenang kumpulan C yang dibarisi oleh Belanda, Austria, Macedonia Utara dan juga Ukraine, menentang pasukan di tangga ketiga di antara kumpulan D, E atau F.
Sumber : The Athletic