Lima Pemain Perancis Yang Paling Sendu Di EURO 2020

Perancis datang ke EURO 2020 dengan reputasi yang gah selaku juara Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia dan berada pula dalam kumpulan F yang dianggap kumpulan maut dihuni oleh Portugal, Jerman dan Hungary.

Perancis tidak berdepan masalah untuk melepasi kumpulan maut ini dengan selesa selaku juara kumpulan dengan mengumpul lima mata tanpa sebarang kekalahan dengan dua seri dan satu menang.

Laluan kalah mati Perancis dilihat agak mudah apabila bertemu Switzerland yang agak berhempas pulas untuk mara dan berbekalkan kesusahan itulah menjadi pemangkin semangat buat Switzerland.

Pemain Perancis juga hilang kerjasama dan kestabilan apabila bergaduh dan menyalahkan sesama sendiri ketika permainan masih lagi berlangsung, menunjukkan mereka sudah koyak.

Aksi kejar mengejar dan kebangkitan Switzerland yang gila-gila dengan dua gol lewat permainan telah berjaya mengheret Perancis ke penentuan sepakan penalti.

Perancis terciduk dan pulang awal apabila Kylian Mbappe gagal menyempurnakan sepakan terakhir yang terus mencetuskan tanda tanya dikalangan peminat bola sepak dunia.

Skuad bimbingan Didier Deschamps boleh dikatakan yang terkuat bagi setiap posisi yang mempunya hampir 2 atau 3 orang pemain bertaraf dunia dan bintang.

Jose Mourinho pula para pemain Perancis kerana meraikan dan bergembira terlalu awal selepas melakukan kebangkitan selepas ketinggalan satu gol. Mereka patut berseronok selepas permainan tamat.

Pertukaran yang dibuat oleh Didier Deschamps juga dipertikaikan kerana mengeluarkan pemain seperti Antoine Griezmann ketika permainan bersambung ke masa tambahan.

Kembalinya Karim Benzema ke skuad Perancis nyata tidak mengecewakan dan Paul Pogba juga antara pemain yang mempamerkan aksi masterclass.

Namun ada beberapa pemain yang gagal mempamerkan aksi sebenar lalu tenggelam namun terus diberikan peluang oleh Deschamps untuk beraksi sehingga membawa kepada penyingkiran Perancis.

Berikut merupakan Lima pemain utama Perancis yang gagal menyerlah dan sendu di EURO 2020:

Kylian Mbappe

Kylian Mbappe merupakan pemain Perancis paling teruk dikritik lantaran prestasi yang merudum teruk di EUR0 2020 dan Mbappe juga dilaporkan menjadi semakin sombong serta besar kepala dengan status pemain bintang.

Kylian Mbappe bukan nama asing dalam bola sepak apabila telah menjulang Piala Dunia pada usia 18 tahun dan kemampuan pemain ini sudah pun dibandingkan dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Lantaran itu Mbappe telah disifatkan sebagai pemain bintang paling buruk dalam sejarah Euro 2020. Ini kerana pemain muda ini gagal mencetak sebarang gol, dan hanya memiliki satu assist sepanjang kejohanan.

Kengganan Didier Deschamps untuk menggugurkan Mbappe dan menggunakan pemain lain yang mungkin boleh memberikan yang lebih baik dikatakan sebagai punca Mbappe semakin besar kepala dan sombong.

Sepanjang EURO 2020, aksi Mbappe sangat mengecewakan apabila terlepas beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol. Malah sepakan penalti dari beliau berjaya diselamatkan Yann Sommer untuk memastikan laluan Switzerland ke suku akhir.

N’Golo Kante

Aksi N’Golo Kante di mana-mana dan bertebaran disegenap pelusuk padang dengan tenaga tidak kehabisan tidak dapat disaksikan dalam empat perlawanan beliau bersama Perancis di EURO 2020 dan Kante agak tenggelam.

N’Golo Kante pemain yang terkenal dengan sifat pemalu dan rendah diri itu telah memainkan peranan penting ketika Chelsea menjuarai Champions League musim lalu terutama di pusingan kalah mati.

Dalam kedua-dua perlawanan separuh akhir dan juga perlawanan akhir menyaksikan Kante mempamerkan aksi berkelas dunia dan diangkat sebagai calon pemenang Ballon d’Or.

Jika berjaya membantu Perancis muncul juara EURO 2020 sudah pasti tiada yang akan mempertikaikan jika Kante menjadi pemenang Ballon d’Or bagi tahun 2021.

Namun semua itu tidak terjadi dan pemain berusia 30 tahun ini tidak beraksi sepertimana kebiasaan, dan Perancis juga bergelut di bahagian pertahanan.

Faktor kepenatan lantaran musim yang panjang bersama Chelsea yang mara ke dua perlawanan akhir iaitu Champions League dan FA Cup.

Sebelum kejohanan bermula, Kante sudah memberi pesan supaya tidak mengagungkan beliau dan berlebihan mengangkat beliau kerana bimbang tidak mampu senantiasa memberikan yang terbaik.

Itulah yang terjadi kini.

Antoine Griezmann

Antoine Griezmann hadir ke EURO 2020 dengan reputasi sebagai pemenang kasut emas Euro 2016 dengan jaringan enam gol dan gol kedua terbanyak pernah dijaringkan dalam satu edisi Euro.

Antoine Griezmann merupakan satu-satunya calon tebaik untuk memintas Michel Platini dan Cristiano Ronaldo selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman yang kini sudah mengumpul 6 gol.

Selain Cristiano Ronaldo, Griezmann pemain yang masih aktif bermain berada disenarai teratas namun Griezmann hanya menjaringkan satu gol ketika Ronaldo berjaya melebarkan rekod jaringan kepada 14 gol.

Pada Piala Dunia 2018, Griezmann telah menjaringkan empat gol dan tiga assist sekaligus telah menobatkan Perancis selaku juara dunia dan sentuhan Griezmann amat ditagih Didier Deschamps.

Prestasi Antoine Griezmann dilihat mulai merosot sejak perpindahan ke Barcelona dari Atletico Madrid pada 2019 dengan nilai £108 juta.

Dianggap sebagai salah seorang penyerang terbaik dunia ketika masih bersama Atletico Madrid, penyerang berusia 30 tahun itu sentiasa bergelut dengan prestasi selepas berpindah ke Nou Camp.

Kemerosotan Griezmann bersama Barcelona telah dibawa bersama ke EURO 2020, gandingan beliau bersama Kylian Mbappe dan Karim Benzema ternyata gagal.

Benjamin Pavard

Agak sukar untuk memahami mengapa pengurus Perancis Didier Deschamps mahu menurunkan Adrin Rabiot sebagai bek sayap kiri menentang Switzerland, walaupun mempunyai pemain lain seperti Leo Dubois di dalam pasukan.

Merupakan seorang pemain tengah klasik, Rabiot terbukti tidak sesuai bermain di posisi itu. Pemain Juventus itu jelas berhadapan kesukaran sepanjang Euro 2020, walaupun beraksi dalam tiga dari empat perlawanan membabitkan negaranya.

Kecederaan yang telah menimpa Lucas Digne dan Lucas Hernandez merupakan sebab mengapa Didier Deschamps bbergantng harap kepada Rabiot di posisi tersebut sepanjang Euro 2020.

Walaupun melalui musim yang sederhana baik bersama Juventus, kebangkitan bakat baharu seperti Houssem Aouar, Eduardo Camavinga dan Aurelin Tchoiameni membuatkan masa depan Rabiot di dalam kesebelasan utama Perancis selepas ini menjadi tanda tanya.

Aksi di tempat penonton ibu Rabiot, Veronique yang merangkap ejen beliau lebih menyerlah berbanding aksi Rabiot dipadang apabila dirakam bergaduh dengan keluarga Kylian Mbappe dan Paul Pogba.

Adrien Rabiot

Nama Benjamin Pavard mulai menjadi sebutan dan bualan peminat bola sepak bermula di Piala Dunia 2018. Prestasi yang ditampilkan bek kanan itu bersama Perancis pada ketika itu menyebabkan beliau dipancing Bayern Munich dari Stuttgart.

Turut berkemampuan beraksi sebagai pemain pertahanan tengah sekiranya diperlukan, prestasi Pavard sepanjang Euro 2020 dianggap mengecewakan.

Pemain beusia 25 tahun itu adalah pilihan utama bek kanan di kejohanan ini, namun kelihatan bergelut setiap kali berhadapan dengan pemain lawan.

Kecuaian Pavard turut menyebabkan Switzerland dianugerahkan sepakan penalti, walaupun Ricardo Rodriguez gagal memanfaatkannya. Selepas Euro 2020, prestasi bek kanan harus menjadi persoalan baharu.

Didier Deschamps menggantikan Pavard dengan Jules Kounde di posisi tersebut dalam pertemuan menentang Portugal, tetapi pemain Sevilla itu juga bukan pemain yang lebih baik dari Pavard.

BACA:  Kelab Premier League Paling Bernilai 2023, Manchester United Terus Unggul