Kepa Dituduh Jual Perlawanan Untuk Gol Kemenangan City

Penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga telah dituduh oleh peminat sebagai menjual perlawanan selepas melepaskan gol yang penuh kesangsian dan boleh dipertikaikan yang menjadi gol tunggal perlawanan dan gol kemenangan Manchester City.

Selepas separuh masa pertama yang penuh kumpau di Stamford Bridge, keadaan menjadi lebih baik dan Manchester City mendahului 1-0 apabila pemain gantian Jack Grealish dan Riyad Mahrez membuktikan bisa gabungan mereka

Grealish menemui ruang di sebelah kiri dan melakukan hantaran lintang leret dari kaki kiri yang menggoda yang mencari Mahrez untuk melakukan tolakan mudah di tiang jauh.

Tetapi walaupun ia adalah permainan yang kemas dari perspektif Manchester City, peminat Chelsea terutamanya tidak dapat memahami apa yang dilakukan oleh penjaga gol mereke, Kepa Arrizabalaga.

Pada pandangan mata kasar dan sekilas pandang tiada apa yang pelik dengan jaringan yang dilakukan oleh gandingan Riyad Mahrez dan Jack Grealish pada minit ke-63 itu.

Jika dilihat kembali dari ulang tayang gol secara perlahan, jelas sekali hantaran leret kaki kiri Jack Grealish itu tidaklah terlalu kuat atau laju dan masih lagi dalam jangkauan Kepa Arrizabalaga.

Namun Kepa Arrizabalaga memilih untuk duduk bersimpuh sahaja membiarkan bola melepasinya menemui Riyad Mahrez yang pantas menyambar, Marc Cucurella juga kelihatan tertidur dan terlambat untuk menghalang.

Atau mungkin Marc Cucurella yakin itu adala bola Kepa yang dapat melakukan tangkapan mudah namun sebaliknya membiarkan sahaja bola itu.

Pengulas perlawanan yang menyaksikan kembali ulang semula gol itu yakin bola itu boleh diselamatkan oleh Kepa jika dia merebahkan badan dipadang dan menangkap.

Peminat di Twitter pula telah menuduh Kepa menjual perlawanan dan terlibat dalam aktiviti mengatur perlawanan atau bahasa mudahnya makan rasuah.

Mereka mahu Kepa disiasat atas tuduhan mengatur perlawanan dan mereka bingung kenapa Kepa tidak cuba atau berusaha untuk melakukan tangkapan langsung dengan bola tidaklah terlampau laju.

Perlakuan Kepa itu jelas aneh lagi membingungkan kerana jika melibatkan aksi kelakar situasi itu masih lagi boleh diterima. Mungkin Kepa mengalami ‘Micro Sleep’ ketika itu.

Riyah Mahrez dan Jack Grealish masuk pada minit ke-60 untuk mencari gol dan empat minit kemudian mereka berjaya menyelesaikan misi mereka untuk membawa pulang tiga mata.

“Pengurus berkata kepada saya, apabila anda masuk, jadi agresif dan serang (Cesar) Azpilicueta.” kata Grealish kepada Sky Sports.

“Kekal tinggi dan wide.”

Selepas perlawan Jack Grealish telah menjelaskan situasi gol itu yang dirasakan kelakar kerana pada awalnya dia tidak menyangkan hantarannya itu akan sampai kepada Mahrez.

“Saya bercakap dengan Riyad – dan dia fikir penjaga gol akan mendapatkannya pada satu ketika. Dan begitu juga saya. Saya rasa hantaran saya dekat dengan Kepa.”

“Apabila saya membuat hantaran lintang, saya fikir Erling (Haaland) telah berada di suatu tempat – saya hanya memukul ruang. Dan saya bertanya kepadanya ‘di mana anda’ dan dia berkata dia berundur.”

https://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-11604545/Jack-Grealish-admits-Riyad-Mahrez-thought-Kepa-going-intercept-Man-Citys-winner.html

Erling Haaland yang mempunyai naluri dan kemampuan melakukan imbasan situasi yang tinggi menjangkakan Kepa akan menyelamatkan bola itu lalu dia berundur namun sebaliknya terjadi.

Keraguan peminat itu sangat berasas di mana Jack Grealish dan Riyad Mahrez juga langsung tidak menyangka hantarannya itu tidak dapat diselamatkan oleh Kepa.

Kemenangan dan tiga mata berharga ini membolehkan City mengurangkan jurang mata dengan Arsenal kepada 5 dan mejauhkan diri dari Newcastle dan Manchester United dengan 4 mata.

BACA:  Mengapa Tuchel Memasukkan Kepa Arrizabalaga Untuk Aksi Penentuan Sepakan Penalti?