Carragher Dan Redknapp Bertekak Berkait Keputusan Tuchel Memasukkan Kepa Arrizabalaga

Bekas pemain Liverpool yang pernah beraksi bersama Jamie Carragher dan Jamie Redknapp bertekak di studio Sky Sports kerana memperdebatkan keputusan Thomas Tuchel memasukkan Kepa Arrizabalaga.

Kedua-dua legenda Liverpool itu bertekak dan nyaris bertumbuk hanya kerana memperdebatkan keputusan Thomas Tuchel memilih untuk mempercayai Kepa berbanding Mendy untuk berdepan aksi penentuan sepakan penalti.

Pada minit ke-119 permainan dalam aksi perlawanan akhir saingan Carabao Cup, Thomas Tuchel memutuskan untuk mengeluarkan Edouard Mendy dan memasukkan Kepa Arrizabalaga.

Tujuan utama beliau membuat pertukaran tersebut adalah kerana beliau lebih percayakan Kepa untuk menjaga gawal gol Chelsea dalam aksi penentuan sepakan penalti.

Kepa Arrizabalaga merupakan penjaga gol paling banyak menyelamatkan sepakan penalti dalam sejarah Chelsea dan jelas sekali kerana itulah pengurus mempercayai beliau.

Walaupun beliau memiliki rekod yang menakjubkan dalam berdepan sepakan penalti, namun sayangnya pemain berusia 27 tahun itu gagal untuk menyelamatkan walau satu sepakan penalti dari kem Liverpool.

11 pemain dari skuad kendalian Jurgen Klopp itu tampil untuk mengambil sepakan penalti, dan kesemua 11 mereka berjaya menyempurnakan sepakan penalti masing-masing.

10 pemain Chelsea tampil mengambil sepakan penalti sebelum Kepa turut berjaya menyempurnakan sepakan penalti masing-masing berdepan Kelleher.

Malang untuk penjaga gol dari Sepanyol itu, kerana ketika beliau yang tampil mahu menyepak, bola rembatan beliau jauh tersasar, seterusnya mengesahkan kemenangan 11-10 Liverpool menewaskan Chelsea untuk muncul Juara.

Selepas tamat perlawanan tersebut, pudit Sky Sports yang juga merupakan bekas pemain midfield Liverpool, Jamie Redknapp tampil menghentam keputusan Tuchel memasukkan Kepa menggantikan Mendy.

“Aku tak suka, aku rasa semua ni sampah.”

Jelas Redknapp.

“Mendy jelas sekali boleh selamatkan mereka, dia antara penjaga gol terhebat dunia.”

“Aku tak rasa ia berkesan dan ia memang idea sampah. Aku langsung tak suka tingkah laku Kepa, aku rasa ini semua sebab dia terlampau nak jadi pandai untuk kebaikan diri sendiri. Padahal dia menyusahkan.”

“Dia (Mendy) merupakan penjaga gol yang lebih hebat dan tidak ada sebab mengapa mereka tak boleh menang kalau guna Mendy sebagai penjaga gol.”

Jamie Carragher kemudiannya cuba mengingatkan Redknapp semula tentang rekod cemerlang Kepa Arrizabalaga dalam menyelamatkan sepakan penalti.

“Kita tak patut lupa keputusan yang dia buat ketika perlawanan akhir Super Cup.”

Jelas Carragher.

“Kepa dimasukkan dan mereka menang perlawanan itu. Aku rasa Chelsea dah menang dua penentuan sepakan penalti sebelum perlawanan akhir hari ni, dan ini pertandingan merebut Piala.”

“Ada cara tertentu sebalik semua ni dan kamu juga ada sisi psychological untuk semua ni, yang mana kau bawa masuk penjaga gol dari tempat duduk simpanan dan bagaimana ia beri kesan kepada mental pasukan lawan.”

“Itu bukan masalah dia dan aku rasa semua penalti dari semua pemain memang bagus.”

Perdebatan itu berterusan dengan Redknapp kemudiannya menyatakan:

“Dia (Kepa) tak dapat selamatkan penalti, langsung tak dapat.”

“Sesiapa saja boleh gagal sempurnakan penalti, tapi ia langsung tak masuk akal untuk aku. Dia bukan penjaga gol yang cukup bagus untuk diorang rasa nak bergantung kepada dia.”

Jelas Redknapp lagi.

“Aku tak pernah cakap macam tu.”

Balas Carragher.

“Tak mungkin seorang pengurus akan membuat satu keputusan yang boleh membuatkan peratusan kemenangan dia merosot. Mereka dah berjaya lakukan itu. Siapa yang tahu apa boleh berlaku?”

“Apa aku cuba katakan adalah, Tuchel dah buat keputusan sebelum ni dan mereka menang Super Cup.”

Perdebatan itu sepertinya tiada penghujungnya dengan Redknapp tetap meletakkan sepenuh kesalahan di atas bahu Thomas Tuchel dan menganggap Kepa Arrizabalaga penjaga gol sampah.

Sementara Jamie Carragher pula beliau percaya nasib tidak menyebelahi Chelsea hari ini dengan keputusan itu sebenarnya merupakan keputusan bijak dari Tuchel.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jamie Carragher Anggap Real Madrid Layak Ke Final Hanya Kerana Bernasib Baik