Kerana Risaukan Tahap Keselamatan Sendiri, Owen Merayu Tak Nak Ke St James Park

Michael Owen telah mengakui yang beliau pernah meminta Amazon supaya mengecualikan beliau dari tugas mengulas aksi Newcastle bertemu Norwich bulan lalu, kerana bimbang tahap keselamatannya.

Owen dijadualkan untuk hadir ke St James Park ketika aksi terikat 1-1 Newcastle yang ketika itu bermain dengan 10 pemain bertemu Norwich.

Teemu Pukki berjaya menjaringkan gol di minit-minit akhir permainan, seterusnya mengesahkan satu mata berharga untuk Norwich City.

Namun begitu, atas permintaan Owen sendiri, Amazon telah mengatur legenda England itu untuk membuat analisis perlawanan lain dan di arena yang lain.

Owen pernah menghabiskan masa selama empat tahun bersama Newcastle pada tahun 2005 hingga 2009 namun beliau tidak berani untuk berdepan dengan penyokong The Magpies yang membenci beliau.

“Sebaik saya pergi, semua orang benci saya. Tapi saya tak pernah, tak pernah sama sekali rasa seperti itu ketika saya berada di sana. Saya rasa disayangi, saya rasa diterima dengan baik oleh semua baik di bandar, di pub atau di mana-mana saja.”

Jelas Owen kepada Daily Mail.

“Saya sepatutnya membuat analisis untuk perlawanan bertemu Norwich bulan lalu. Saya hubungi Amazon dan kata saya tak betul-betul mahu pergi sana, saya bimbangkan tahap keselamatan saya, jadi mereka ubah saya urus perlawanan lain.”

“Saya mengharap sesuatu yang berbeza. Saya gembira untuk tanya kepada penyokong, ‘Mengapa kamu tak suka saya?’ dan saya berharap ada kesempatan untuk pertahankan diri saya.”

“Sudah tentu, saya beberapa alasan dari mereka. Perkara terburuk yang saya lakukan adalah beli helicopter untuk keluarga saya dan pergi ke sana. Ia penerimaan yang sangat teruk.”

“Orang ramai ada tanggapan tentang saya yang saya terbang pulang ke rumah setiap hari selepas tamat latihan. Tapi saya tak. Saya suka kawasan itu. Cuma persepsi mereka, ia hanya kerana satu gol sendiri. Saya mahu ubah itu.”

Newcastle membayar £16.8 juga untuk membawa Owen pulang beraksi dalam saingan Premier League dari Real Madrid.

Beliau kemudiannya berjaya menjaringkan 30 gol dari 79 penampilan bersama Newcastle United, dan turut pernah menggalas tugas sebagai ketua pasukan.

Walau bagaimanapun, terdapat rakaman yang memperlihatkan Owen mengaku beliau mahu kembali semula ke Anfield dan menyesal melengkapkan perpindahan menyertai Newcastle.

Selepas kelab tersingkir pada musim 2008/09, Owen turut sama meninggalkan kelab dan terus menyertai Manchester United menerusi perjanjian perpindahan percuma.

“Saya tahu saya pernah kata yang saya mahu sertai Liverpool berbanding Newcastle. Memang saya kata, saya tak nafikan itu. Ia cara yang sama Alan mahu menandatangani kontrak bersama kelabnya, Newcastle berbanding Man United.”

Sambung Owen lagi.

“Tapi jika saya betul-betul tak nak pergi ke Newcastle, saya tidak akan pernah tandatangani kontrak di sana. Saya masih memilih Newcastle berbanding Real Madrid. Saya mahu bermain bersama Shearer di hadapan semua penyokong, dan saya mahu cipta memori. Menjaringkan dua gol bertemu Sunderland, tewaskan mereka bersama Mark Viduka dan Obafemi Martins di bawah kendalian Kevin Keegan.”

“Tapi musim terakhir merupakan satu bencana untuk semua orang. Ia jelas sekali sangat berbeza dan saya harap ia tidak berlaku.”

Alan Shearer yang pernah beraksi dan turut pernah menguruskan Owen menuduh beliau tidak mahu beraksi ketika bertemu Aston Villa pada hari terakhir musim itu.

Kedua-dua mereka turut pernah perang mulut serta perang alam siber di media sosial pada September tahun 2019 yang lalu.

Hubungan mereka tidak pernah baik sejak itu dan Owen menegaskan seandainya mereka bertemu, beliau tiada masalah untuk ajak Shearer minum bersama.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Michael Owen Percaya 'Lembab' Merupakan Masalah Terbesar Harry Maguire