Keras Laluan England Untuk Ke Final Piala Dunia 2022

England telah diundi berada dalam kumpulan B yang boleh dianggap sebagai agak mudah namun agak keras laluan skuad Tiga Singa untuk mara ke Final Piala Dunia 2022.

Dalam Kumpulan B England telah dijodohkan dengan Iran, Amerika Syarikat dan pemenang play-off Eropah samada Wales, Scotland atau Ukraine.

Laluan yang mudah untuk England melepasi peringkat kumpulan berdasarkan prestasi dan senarai pemain yang mereka ada ketika ini jika dibandingkan dengan pasukan lain.

Sejak dibimbing Gareth Southgate prestasi England di kejohanan besar amat memberangsangkan apabila mara ke separuh akhir Piala Dunia buat kali ketiga pada tahun 2018.

Kemudian England terus cermerlang apabila mara ke perlawanan akhir EURO 2020 sebelum tunduk kepada Itali. Final EURO 2020 merupakan perlawanan akhir kedua England dikejohanan Major.

Sudah pasti ramai mengjangkakan England sekali lagi akan pergi jauh sekali lagi tambahan pula berada dalam kumpulan yang boleh dikatakan mudah.

Dari kumpulan A sehingga H boleh dikatakan seimbang dan jika semua pasukan pilihan lepas ke pusingan kalah mati maka perjalanan England selepas itu amat perit sebenarnya.

Mari kita lihat laluan England untuk ke final Piala Dunia 2022 jika muncul juara kumpulan atau naib juara kumpulan.

Laluan England Ke Final Selaku Juara Kumpulan

Tiada masalah untuk England mengatasi Iran, Amerika Syarikat dan Wales, Scotland atau Ukraine lalu muncul juara kumpulan A untuk ke pusingan 16 terbaik.

Diambil kira kepada ramalan diatas kertas maka ini lawan England dipusingan kalah mati sehingga ke final:

Pusingan 16 : England vs Senegal

Suku Akhir : England vs France

Separuh Akhir : England vs Belgium

Akhir : England vs Brazil

Jika England masih lagi menjadi juara kumpulan A dan ada kejutan di kumpulan lain maka inilah senarai pasukan yang bakal menjadi lawan di pusingan kalah mati hingga ke final:

Pusingan 16 : England vs Qatar, Ecuador, Senegal, Belanda

Suku Akhir : England vs Argentina, Saudi Arabia, Mexico, Poland, Perancis, Australia/UAE/Peru, Denmark, Tunisia

Separuh Akhir : England vs Sepanyol, Costa Rica/New Zealand, Jerman, Jepun, Belgium, Canada, Morocco, Croatia, Brazil, Serbia, Switzerland, Cameroon, Portugal, Ghana, Uruguay, Korea Selatan

Akhir : England vs Mana-mana pasukan yang layak

Keras-keras bukan? Bukan tunggul kayu semua tu.

Laluan England Ke Final Selaku Naib Juara Kumpulan

Jika ada kejutan dari Iran, Amerika Syarikat atau Wales atau Scotland atau Ukraine ke atas England dan pasukan Tiga Singa ini menamatkan saingan kumpulan sebagai naib juara kumpulan, inilah laluan England untuk ke final.

Masih diambil kira ramalan di atas kertas pasukan pilihan lain menepati ramalan dan tidak menerima kejutan:

Pusingan 16 : England vs Belanda

Suku Akhir : England vs Argentina

Separuh Akhir : England vs Brazil

Akhir : England vs Perancis

Jika England kekal selaku naib juara kumpulan A dan di kumpulan lain pula ada kejutan dan keajaiban serta kisah dongen bola sepak maka inilah kebarangkalian lawan England dipusingan kalah mati sehingga ke final.

Pusingan 16 : England vs Qatar, Ecuador, Senegal, Belanda

Suku Akhir : England vs Argentina, Saudi Arabia, Mexico, Poland, Perancis, Australia/UAE/Peru, Denmark, Tunisia

Separuh Akhir : England vs Sepanyol, Costa Rica/New Zealand, Jerman, Jepun, Belgium, Canada, Morocco, Croatia, Brazil, Serbia, Switzerland, Cameroon, Portugal, Ghana, Uruguay, Korea Selatan

Akhir : England vs Mana-mana pasukan yang layak

Sama je macam kat atas tadi. Tetap keras dan sukar laluan England. Namun England jika dilihat kepada prestasi di Piala Dunia 2018 dan Euro 2020 juga merupakan pasukan agak kuat.

Laluan England Berada di tempat ke-3/4 Kumpulan

Jika England menamatkan peringkat kumpulan di tempat ketiga atai keempat kumpulan B maka amat istimewa laluan mereka kerana pasukan Tiga Singa akan melalui laluan udara dan pulang ke tanah air sendiri.

England akan balik ke rumah awal jawabnya. Kelakar bukan?

BACA:  Penyokong Ecuador Dan Qatar Ini Berdamai Selepas Bertikam Lidah