England Berpotensi Untuk Diundi Berada Dalam Kumpulan Maut

England berkemungkinan akan diundi berada dalam kumpulan maut di pentas Piala Dunia Qatar, yang mana Jerman berpotensi untuk duduk satu kumpulan dengan skuad The Three Liones.

Undian rasmi untuk peringkat kumpulan Piala Dunia Qatar akan dilakukan pada hari ini, dengan skuad kendalian Gareth Southgate itu sangat berharap agar mereka tak diletakkan dalam kumpulan maut.

England pada ketika ini berada di kedudukan kelima dalam ranking dunia FIFA, dengan mereka berada satu Pot dengan pasukan tuan rumah, dan beberapa pasukan gergasi lain.

Dari raking pertama, Brazil dan Juara bertahan Piala Dunia, Perancis, Belgium dan Argentina merupakan antara pasukan yang berada di Pot 1 bersama England.

England walau bagaimanapun berpotensi untuk diundi berada dalam kumpulan yang sama dengan Jerman, dengan skuad kendalian Hansi Flick itu ada dalam Pot kedua.

Kumpulan maut itu juga berpotensi untuk disertai oleh Juara saingan AFCON 2021, Senegal (Pot ketiga) dan Canada (Pot keempat) yang berada di kedudukan pertama kelayakan CONCACAF.

Kumpulan maut yang berpotensi untuk England sertai:

​1. England

2. Germany

3. Senegal

4. Canada

Ada juga pasukan gergasi lain yang berada di Pot kedua seperti Netherlands dan Uruguay, dengan Poland dan Jepun pula berada di Pot ketiga.

Sementara Wales atau Scotland perlu menunggu perlawanan mereka tamat dengan undian untuk mereka akan dilakukan terlebih dahulu sementara menanti perlawanan mereka disambung.

Bercakap tentang kumpulan maut, ia merupakan satu hal yang sememangnya Gareth Southgate mahu elak, dengan Simon Jordan sendiri pernah mendakwa yang pengurus England itu bernasib baik kerana selalu dapat laluan mudah.

Southgate bernasib baik selalu dapat laluan mudah

Simon Jordan masih belum yakin dengan kepimpinan Gareth Southgate dan beliau turut meragui kemampuan sebenar pengurus skuad kebangsaan England itu.

Jordan merasakan England sepatutnya mampu menewaskan Croatia ketika aksi peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018 dan percaya Three Liones patut muncul Juara saingan Euro 2020 yang lalu.

Southgate ketika kempen Piala Dunia Rusia, beliau berjaya memimpin skuad kebangsaan England untuk mara ke peringkat separuh akhir buat pertama kali sejak 1990 lalu.

Malangnya England pada ketika itu tewas di tangan Croatia dan terpaksa akur gagal untuk layak ke pentas perlawanan akhir.

Beliau kemudiannya memimpin skuad England untuk mara ke aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020 pada musim panas lalu.

Sekali lagi, malang untuk skuad The Three Liones kerana mereka tewas menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir tersebut di tangan Itali.

Jordan faham yang Gareth Southgate dan capai kejayaan yang lebih bagus berbanding pengurus lain, namun beliau tetap percaya yang Southgate mempunyai kesempatan yang lebih baik untuk lebih berjaya.

Bercakap ketika bersiaran di studio talkSPORT, Simon Jordan menjelaskan bahawa:

“Mari kita lihat pada apa yang kita tak menang. Kita kalah di pentas Piala Dunia ketika kita berjaya mara jauh sedangkan ramai orang tak percaya kita akan mampu, tapi kita gagal untuk memanfaatkan kesempatan tu. Kita lakukan hal sama ketika Euro.”

“Kita sepatutnya menang European Championship dan meletakkan pemain di atas padang yang masih belum menyepak bola untuk ambil sepakan penalti, itu adalah sangat menyedihkan.”

Southgate ketika itu membawa masuk Marcus Rashford dan Jadon Sancho pada aksi tambahan masa dan kedua-dua pemain turut dipertangunggjawabkan untuk mengambil sepakan penalti.

Sayang sekali, kedua-dua Rashford dan Sancho gagal sempurnakan sepakan penalti, dan menyebabkan England tewas di tangan Itali dalam aksi penentuan sepakan penalti.

Bukayo Saka jadi pengambil sepakan penentu untuk skuad England, dan sepakan beliau berjaya diselamatkan oleh penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma.

Jordan kemudiannya menyambung ucapan beliau dengan menyatakan bahawa:

“Walaupun saya sangat bersetuju dengan kenyataan yang kita dah lakukan yang lebih baik di bawah dia berbanding pengurus lain, itu kerana kita ada kesempatan lebih bagus untuk lakukan itu.”

“Kita tak pernah dapat laluan dalam Piala Dunia atau European Championship seperti mana kita dapat sejak kebelakangan ini, jadi dia lebih mudah untuk bawa kita ke separuh akhir dan perlawanan akhir.”

“Saya masih fikir dengan peluang dia ada dia sepatutnya boleh hasilkan sesuatu yang lebih baik. Kita ada di mana kita berada kerana kita tak sepatutnya ada di sana dan di tewaskan.”

“Kita tewaskan semua pasukan yang sepatutnya kita kalahkan dan ketika kita bertemu pasukan yang susah kita nak makan, kita kalah.”

“Saya tak begitu yakin dia patut di pertahankan hanya kerana orang lain tak dapat capai tahap macam dia sebelum ini.”

Southgate bakal terus mengendalikan skuad kebangsaan England untuk kempen Piala Dunia Qatar nanti, dan beliau jelas sekali sangat mengharap tuah akan mengiringi dia.

Pengurus berusia 51 tahun itu cemerlang memimpin anak-anak buahnya untuk mencatatkan kemenangan 2-1 menewaskan Switzerland dan 3-0 menewaskan Ivory Coast baru-baru ini.

England akan tahu siapa lawan mereka di peringkat kumpulan di pentas Piala Dunia nanti, dengan undian akan dilakukan pada Jumaat nanti.

Jika dakwaan dari Simon Jordan benar, jelas sekali Gareth Southgate akan sangat berharap agar England sekali lagi mendapat laluan mudah, agar mereka boleh mara lebih jauh di pentas Piala Dunia nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Lovren Setuju Dengan Pendapat Klopp, Dakwa 'Nations League' Kejohanan Mengarut