Perseteruan antara Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor nampaknya semakin berterusan selepas petarung dari Rusia itu baru-baru ini sekali lagi menghentam The Notorious.
Beliau menegaskan yang dunia sukan MMA akan menuju ke arah kehancuran seandainya peminat terus menunjukkan sokongan kepada McGregor.
Harapan McGregor untuk membalas dendam atas kekalahannya kepada Poirier di acara UFC 257, terkubur layu di tasik madu selepas beliau sekali lagi ditewaskan oleh petarung dari Amerika itu di acara UFC 264 minggu lalu.
McGregor is looking for the KO vs. Poirier Saturday on ESPN+ 😤
Khabib's comment is poetry 🌊 pic.twitter.com/UtD7A47XVG
— SportsCenter (@SportsCenter) July 8, 2021
Petarung berusia 33 tahun itu mengalami kecederaan kaki yang agak parah ketika penghujung pusingan pertama perlawanannya bertemu Poirier hujung minggu lalu.
Ekoran dari patahnya kaki beliau, doktor telah meminta pengadil menamatkan pertarungan, seterusnya memberi kemenangan kepada Dustin Poirier.
Walau bagaimanapun, McGregor sebelum bermulanya perlawanan tersebut, beliau telah melakukan provokasi yang agak keterlaluan ke atas lawannya itu.
Selain melakukan serangan ke atas Dustin Poirier, McGregor turut menyerang isteri kepada lawannya itu, Jolie Poirier.
The Notorious melakukan perang minda yang agak keterlaluan sebelum perlawanan dengan beliau turut menyatakan yang beliau akan membunuh Poirier dalam perlawanan tersebut, dan akan memastikan petarung dari Amerika itu diusung keluar gelanggang dengan bantuan stretcher.
Wise words from Khabib Nurmagomedev to Connor Mc Gregor about UFC 264
Credit- @poll_mma pic.twitter.com/1xK65wfq4u— keneingulie (@kenei83) July 14, 2021
Khabib yang pernah menewaskan McGregor ketika perlawanan blockbuster mereka pada tahun 2018 di acara UFC 229, telah menghentam pertarungan dari Ireland itu atas tindakan kontroversi beliau di dalam dan luar gelanggang.
Petarung dari Rusia yang kini berusia 32 tahun itu turut mengungkit sejarah McGregor dengan menceritakan semula kisah ketika petarung dari Ireland itu menumbuk seorang lelaki tua di sebuah pub di The Marble Arch di Dublin pada tahun 2019 lalu.
Khabib yang bersara dari dunia sukan tempur ini dengan rekod 29 perlawanan tanpa kalah, merasa bingung tentang mengapa peminat masih memberi sokongan pada McGregor.
Khabib says Conor McGregor is "finished" after breaking his leg https://t.co/6hlvsEWos3
— talkSPORT (@talkSPORT) July 14, 2021
“Duit dan kemasyuran akan menunjukkan siapa diri kamu yang sebenarnya.”
Jelas beliau kepada ESPN.
“Sepanjang masa kita dengar tentang duit dan kemasyuran akan ubah seseorang. Tak. Ketika duit dan kemasyuran datang, kedua-dua hal ini akan tunjukkan siapa kamu yang sebenarnya.”
“Dan apa yang McGregor telah lakukan? Dia tumbuk orang tua. Kamu semua boleh tengok apa yang dia lakukan dan boleh faham, ia sama seperti apa Dustin katakan, ‘lelaki ini merupakan satu bag sampah’.
“Saya nampak banyak ciapan yang menunjukkan sokongan pada dia. Bagaimana kamu semua boleh sokong orang macam ini?”
“Ketika budak-budak, generasi muda melihat dia, melihat sukan ini? Jika kamu mahu promosikan perlawanan, promosikan saja.”
“Jika komuniti MMA akan terus sokong tabiat buruk dia, ini akan membawa sukan ini ke lembah kehancuran.”
Khabib Nurmagomedov has a theory about why Conor McGregor broke his leg 🤔https://t.co/JmL8TPw4QL
— SPORTbible (@sportbible) July 14, 2021
McGregor baru-baru ini telah mendedahkan yang kaki beliau sebenarnya sudah retak lebih awal sebelum aksi bertarung dengan Dustin Poirier.
Petarung berusia 32 tahun itu telah keluar dari hospital dan beliau kini tampil dengan memberi alasan terbaru berkait kecederaannya.
Dalam satu video berdurasi selama enam minit di laman instagram miliknya, McGregor telah mendedahkan yang keting beliau sebenarnya sudah retak sebelum pertarungan bertemu Poirier lagi.
Beliau yang ketika itu sedang bersiar-siar menggunakan scooter di California kerana kakinya tak mengizinkan untuk beliau berjalan, telah menyatakan bahawa:
“Saya sudah mengalami kecederaan ketika sebelum perlawanan itu lagi. Orang ramai tanya saya, ‘waktu bila kaki saya boleh patah?’.
“Tanyalah pada Dana White, tanya pada UFC, tanya pada Dr Davidson ketua doktor di UFC, mereka semua tahu kaki saya memang sudah retak sebelum perlawanan itu lagi.”
Conor McGregor insists his shin was fractured BEFORE the fight against Dustin Poirier https://t.co/LVfCi25ZFt
— MailOnline Sport (@MailSport) July 15, 2021
“Mereka ketika itu berdebat tentang hal itu kerana saya sparring tanpa menggunakan shin pads, dan saya menendang lutut beberapa kali.”
“Saya mengalami keretakkan beberapa bahagian dibahagian tulang keting hingga ke pergelangan kaki. Dan kemudian saya turut mempunyai masalah dengan pergelangan kaki saya selama bertahun-tahun melalui semua pertarungan yang saya hadapi.”
“Juga, saya akan membalut pergelangan kaki saya setiap kali sesi latihan. Ketika pergelangan kaki saya merasa sakit, saya akan tetap terus menjalani sesi latihan. Saya lebih banyak menjalani latihan dari belakang.”
“Dan itulah bagaimana saya kembangkan teknik pukulan bawah dari belakang, dan kerana itu Dustin takut dan lebih berhati-hati ketika dia di atas saya. Dan saya berjaya lepaskan sepakan dan sikuan, ia sangat membinasakan lawan.”
Turns out Conor McGregor's leg was already suffering with stress fractures before his fight with Dustin Poirierhttps://t.co/prJRuXpJ3h
— talkSPORT (@talkSPORT) July 16, 2021
“Ia merupakan teknik yang saya kembangkan kerana kekuatan saya adalah pada kaki yang sakit dan saya perlu adaptasi semua itu dari sesi latihan… Saya perlu menjalani rawatan di bahagian pergelangan kaki dan tulang keting, dan saya tak akan pernah jalani pembedahan melainkan berlakunya hal seperti ini.”
“Apa yang saya perlukan sekarang adalah tulang keting titanium dan sekarang saya sudah dapat titanium rod dari lutut ke pergelangan kaki. Doktor kata ia tak mudah untuk patah.”
“Ketika ia sudah selesa, saya akan berlatih keseimbangan, kemudian bina kekuatan dan saya ada kaki titanium yang tak akan patah.”
“Saya seperti Arnie (Arnold Schwarzenegger) dalam Terminator 2! Saya sudah ada semua kelengkapan untuk lakukan ini dan saya akan lakukannya. Ia akan jadi kisah yang menakjubkan.”
The birthday boy 🥳 Thanks for all the love everybody, I’m feelin tasty ❤️ pic.twitter.com/Cga8xiPHNk
— Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) July 14, 2021
“Saya sayang kamu semua, kamu tak akan mampu halang kami! Kamu tak akan tewaskan The Irish, kamu tak akan mampu tewaskan The MacMan.”
McGregor dijangka akan berehat panjang selepas ini dan setidak-tidaknya setahun untuk beliau pulih semula dari kecederaan yang menimpanya ketika ini.