Kisah Ronaldo Lihat Cermin Tanpa Pakaian Lalu Berkata ‘Messi tidak’ kelihatan seperti ini’

Peter Crouch telah mendedahkan satu kisah yang membuktikan betapa Cristiano Ronaldo sangat mengagumi dirinya sendiri apabila berkata ‘Lionel Messi tidak’ kelihatan seperti ini’ sambil melihat ke cermin tanpa sebarang pakaian atau lebih tepatnya berbogel.

Ia memerlukan pengorbanan yang besar untuk menjadi yang terbaik, tanya sahaja kepada Cristiano Ronaldo, yang sentiasa berusaha untuk mencapai kesempurnaan pada asas permainan demi permainan.

Maka tidaklah hairanlah kenapa Ronaldo sangat mengagumi diri sendiri dan perkara ini bukan lagi rahsia dikalangan bekas rakan sepasukannya.

Kerjaya Ronaldo telah berjalan seiring dengan Lionel Messi, dengan kedua-duanya berkongsi pentas selama 15 tahun dan mendorong satu sama lain untuk mencapai kehebatan tidak terbatas.

Dan bekas pemain antarabangsa England, Peter Crouch telah mendedahkan bahawa Rio Ferdinand pernah memberitahunya kisah tentang bekas penyerang Real Madrid itu, yang akan kekal dalam ingatan.

Menurut Ferdinand, Ronaldo telah berbicara mengenai Lionel messi semasa dia berbogel dan melihat dirinya di cermin dan perkara ini telah diceritakan kembali oleh Peter Crouch.

“Rio Ferdinand akan memberitahu kami cerita tentang bagaimana Cristiano Ronaldo akan berdiri di hadapan cermin dengan telanjang, menyisir rambutnya dengan tangannya, dan berkata, ‘Wah. Saya sangat cantik!’,” Crouch memberitahu The Daily Mail.

“Pemain Manchester United yang lain akan cuba menganjing. ‘Apa pun. Leo Messi adalah pemain yang lebih baik daripada anda.'”

Cristiano Ronaldo langsung tidak tersinggung apabila Messi diangkat sebagai pemain lebih baik berbanding dirinya dan berbangga Messi tidak sekacaknya.

“Dan dia akan mengangkat bahunya dan tersenyum lagi. ‘Ah ya. Tetapi Messi tidak kelihatan seperti ini…”

Wayne Rooney berkata bahawa bekas rakan sepasukannya sentiasa mempunyai sisi yang sia-sia dan akan tetap mengagumi dirinya walaupun perlawanan semakin hampir.

Pada tahun 2000-an, terdapat beberapa duo penyerang menimbulkan ketakutan di hati lawan seperti Wayne Rooney dari Manchester United dan Cristiano Ronaldo.

Pasangan ini sering membelah pertahanan dengan serangan balas pantas mereka dan memenangi banyak trofi bersama dan kehadiran Carlos Tevez pula menjadikan mereka trio yang menggerunkan.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester United itu pernah berkata bahawa superstar Manchester United itu pernah melihat pantulan dirinya di cermin untuk menjiwai dirinya.

Menurut Rooney lagi walaupun ketika permainan hampir bermula Ronaldo akan menatap wajahnya di cermin untuk menghargai dirinya sendiri dan perkara ini didedahkan melalui bukunya My Decade in the Premier League.

“Ketika saya bermain bersama dengan Ronnie, satu perkara yang saya perhatikan tentang dia ialah dia tidak boleh berjalan melepasi bayangannya tanpa mengaguminya, walaupun kami akan bermain bola sepak.” katanya dalam temu bual dengan GOAL.

“Setiap perlawanan, sebelum pasukan keluar untuk memanaskan badan, dia menjalani rutin yang sama. Selesai pakai jersi dan kasut. Tidak lama kemudian, Ronnie berpaling ke pantulan wajahnya di cermin dan merenung, menjiwai dirinya untuk permainan.”

Sepanjang hidupnya, Rooney tidak pernah lagi bertemu manusia yang mempunyai keyakinan diri setinggi Ronaldo.

“Jika ada seorang yang mempunyai keyakinan diri yang lebih besar daripada Ronaldo, saya belum bertemu dengannya lagi. Dia tidak malu.”

Pelik atau tidak namun sikap Ronaldo mengagumi diri sendiri dan menjiwai watak dirinya setiap kali sebelum perlawanan nyata berhasil dengan apa yang dia kecapi disepanjang kariernya.

Kini Ronaldo sudah pun tiba dipenghujung kariernya namun seperti kata-kata Ronaldo sendiri sememangnya dia masih lagi seorang yang kacak bergaya.

BACA:  Ronaldo Rampas Freekick Newcastle dan Yakin Jaringkan Gol Yang Sah