Dengan kemenangan Chelsea menewaskan Manchester City, maka Liverpool secara rasminya telah ditabalkan sebagai Juara saingan Liga Perdana Inggeris musim 2019/20.
Pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp menangis kegembiraan dengan kejayaan pasukannya menjuarai saingan liga dan mendedikasikan kejayaan ini kepada legenda kelab, Steven Gerrard dan Kenny Dalglish.
“Kamu berdua memudahkan tugas saya untuk memotivasikan pemain, kerana mereka ini semua mengagumi kalian,”
It was an emotional night for Jurgen Klopp as he spoke about Kenny Dalglish, Steven Gerrard and many more after Liverpool's title pic.twitter.com/iI8FbceQPk
— Daily Record Sport (@Record_Sport) June 25, 2020
Jelas Jurgen Klopp dalam nada sebak ketika bercakap di Sky Sports.
Liverpool sendiri sebelum ini berjaya menewaskan Crystal Palace dengan kemenangan bergaya 4-0 di Anfield.
Klopp dan anak-anak buahnya menyaksikan kekalahan City di sebuah hotel di Liverpool dan beliau kelihatan sungguh beremosi dengan kejayaan yang dicapai oleh dirinya dan anak buahnya menjuarai liga.
Dalam satu temu bual bersama Sky Sports, Klopp telah memuji anak-anak buahnya dalam keadaan penuh sebak.
“Malam ini sungguh tegang, tetapi pencapaian ini merupakan pencapaian luar biasa oleh para pemain saya. Apa yang telah mereka lakukan dan kerjakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini sungguh menakjubkan dan saya berasa sangat gembira menjadi sebahagian dari mereka.”
“Saya berasa lega kerana kecelaruan yang dialami selama tiga bulan ini sudah berakhir, yang mana sebelum ini tidak ada yang tahu bagaimana ia akan berlaku dan tidak ada yang pasti kerana penggantungan liga.”
“Saya dan anak-anak buah saya sangat gembira semalam kerana ia memberi kami perasaan 100% bahawa kami akan baik-baik sahaja.”
“Ini untuk anda semua di luar sana. Ia sangat luar biasa. Saya harap anda tetap berada di rumah dan meraikannya. Kami sedang meraikannya bersama-sama ketika ini dan sukacitanya kami mahu beritahu semua bahawa kami sudah melakukannya.”
"Let the party begin" 🎉
"Klopp epitomises everything Liverpool stands for" 🤓Liverpool legends Steven Gerrard and Kenny Dalglish congratulate the Premier League champions🏆🔴
— Eurosport UK (@Eurosport_UK) June 26, 2020
Kenny Dalglish semalam turut muncul di Sky dalam sesi temu bual tersebut. Klopp lantas memberikan penghormatan kepada mereka yang telah berada di Anfield lebih dahulu daripadanya.
Sebelum kehadiran Klopp, Kenny Dalglish merupakan pengurus terakhir the reds yang berjaya menjuarai saingan liga perdana Inggeris.
Klopp turut menegaskan bahwasa jiwa dan semangat yang ada dalam diri setiap penyokong Liverpool kini dibina hasil dari aura yang ada pada Kenny Dalglish dan Steven Gerrard.
Walaupun bekas ketua pasukan Liverpool, Stevie G sendiri tidak pernah menjulang Piala Liga untuk the reds ketika eranya.
Namun, Steven Gerrard menjadi antara legenda paling disayangi di Liverpool kerana kesetiaan yang beliau tunjukkan kepada pasukan dan kecintaan beliau kepada kelab sungguh luar biasa.
Dek kerana itu, Klopp juga menyatakan bahawa para pemain Liverpool yang kini dibimbing olehnya turut memiliki jiwa itu dan sangat mudah baginya untuk memberikan motivasi kepada mereka.
"I have no words. It is unbelievable, much more than I thought was possible. Becoming champions with this club is absolutely incredible. This is for Kenny [Dalglish], for Stevie [Gerrard] – everyone!" – Jurgen Klopp https://t.co/Rh5zKdmLCS #RTEsoccer
— RTÉ (@rte) June 26, 2020
“Ini untuk anda juga Sir Kenny, anda harus menunggu selama 30 tahun sebelum kelab kesayangan anda dapat merebut kembali piala teragung ini.”
“Ini juga untuk Steven Gerrard. Kejayaan kami di bina atas jiwa anda dan Kenny.”
“Anak-anak di sini sangat mengagumi anda berdua dan mudah bagi saya untuk memotivasikan mereka kerana sejarah yang kalian tinggalkan luar biasa hebat.”