Komen Pertama Paul Merson Tentang Nilai £80 Juta Maguire Kembali Tular

Komen Paul Merson tentang keputusan Manchester United membayar £80 juta untuk mendapatkan Harry Maguire dari Leicester City kembali tular di media sosial pada ketika ini.

Komen tersebut diungkit oleh para penyokong selepas melihat aksi ultimate dungu Harry Maguire ketika bertemu Manchester City awal pagi tadi.

Pemain centre-back berusia 29 tahun itu kerap dikritik oleh para peminat kerana sering mempamerkan aksi persembahan yang sangat mendukacitakan sepanjang musim ini.

Ketika aksi bertemu Manchester City awal pagi tadi, beliau sekali lagi mempamerkan aksi persembahan yang sangat mengecewakan.

Maguire dipersalahkan menjadi punca mengapa skuad setan merah dibelasah 4-1 oleh Manchester City di Etihad awal pagi tadi.

Kevin De Bruyne berjaya menjaringkan gol melepasi celah kangkang Maguire selepas baru empat minit perlawanan dimulakan.

Selepas dari insiden itu, Maguire bukan memperbaiki persembahan beliau, bahkan beliau sebenarnya menambah lagi kedukaan United dengan mempamerkan aksi persembahan yang lebih mendukacitakan.

Persembahan Harry Maguire sepanjang musim ini harus diakui teramat sangat-sangat teruk dan mendukacitakan.

Selepas tamat aksi kekalahan memalukan bertemu Manchester City awal pagi tadi, klip video berdurasi 2 minit ucapan pundit Sky Sports, Merson tular di media sosial.

Paul Merson ketika itu memberi pandangan beliau tentang keputusan United yang sanggup membayar yuran perpindahan bernilai £80 juta untuk menandatangani Harry Maguire.

Di bawah merupakan klip video Paul Merson bercakap tentang keputusan United yang sanggup membayar £80 juta kepada Leicester City untuk mendapatkan Harry Maguire.

Merson ketika itu bercakap di Gillette Soccer Saturday pada tahun 2019 yang lalu, dengan beliau menyatakan bahawa:

“Maguire dibeli dengan nilai £80 juta merupakan benda paling mengarut yang pernah ada dalam dunia bola sepak.”

“Kamu perlu ingat dia bermain untuk England dengan sistem back three. Dan ketika kamu bermain back three, kamu buat itu hanya kerana satu sebab, pemain pertahanan kamu tak cukup bagus dan kamu tak percayakan mereka. Dia buat yang terbaik bersama England.”

“Tapi kamu kena ingat ketika dia bermain untuk Leicester, mereka bermain, mereka turun ke bawah dan bertahan di setiap sudut yang ada dalam kawasan sendiri, tak ada ruang di belakang.”

“Bola datang dari tengah, dia tanduk bola keluar, dia keluar bawa bola.”

“Dia main sekarang dengan Man Utd dan ketika kamu sudah ada di tengah padang, dan tiba-tiba kamu main berdepan pasukan seperti Arsenal, dan waktu kamu dah di tengah bola di hantar ke atas untuk cari Pierre Emerick Aubameyang dan untuk Man City ada Sergio Aguero, semuanya tentang kelajuan, Pace! Pace! Pace!”

Merson kemudiannya meminta maaf atas komen beliau itu kerana beliau terlalu jujur atas pandangan dan komen yang dilakukan.

“Saya fikir saya terlalu mengkritik dia di Soccer Saturday sebab saya terlalu jujur. Saya cuba untuk baik dengan dia hari ini (Isnin) dan saya akan bercakap dengan dia esok (Selasa) sebab dia pun mesej saya.”

“Dan saya fikir jika saya terlalu jujur saya akan terlalu mengkritik dia. Saya fikir apa yang mahu saya katakan itu tak sama seperti apa yang terucap di mulut saya.”

“Saya lupa nak puji dia, nak ingatkan semua betapa bagusnya dia.”

Selain Maguire, semua pemain juga sepertinya tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka dalam perlawanan tersebut.

Gary Neville dan Roy Keane sendiri menghentam teruk skuad setan merah dan menganggap mereka sebenarnya dah angkat bendera putih pada aksi babak kedua lagi.

Neville anggap pemain United dah menyerah

“Perkara pertama yang perlu dikatakan adalah Man City sememangnya sungguh menakjubkan, terutama sekali pada aksi babak kedua.”

Jelas Neville.

“Tapi di hujung perlawanan, Manchester United mempamerkan aksi persembahan yang sangat memalukan pada 25 minit terakhir permainan.”

“Scoreline bukan masalah sebenar, tapi response mereka selepas ketinggalan 3-1 itu lah masalah sebenar dia. Mereka nampak dah menyerah, mereka macam main dengan sembilan orang pemain.”

“City bermain dengan sangat baik pada aksi babak kedua. Tapi usaha dan intensiti dari United pada 20 minit terakhir nampak macam langsung tak ada.”

“Tidak boleh dipertikaikan, City sememangnya sungguh menakjubkan. Tapi sebagai penyokong Man Utd ia sangat memalukan.”

Scott McTominay bengang dengan tuduhan liar dari Keane dan Neville

Selepas mendengar komen dari kedua-dua Neville dan Keane, wartawan Sky Sports, Geoff Shreeves bertanya kepada Scott McTominay apa pandangan beliau terhadap tuduhan tersebut.

“Dari sudut pandangan saya, di atas padang, ia adalah sukar untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku di sekeliling kamu, tapi jika itu yang orang katakan maka ia mungkin betul.”

Jelas pemain berusia 25 tahun itu.

“Mereka semua berhak untuk beri pandangan masing-masing, tapi untuk diri saya sendiri, adalah sangat mengecewakan kalau ada orang berfikir seperti itu.”

“Saya perlu tonton semula dan lihat body language dan semua hal seperti itu, tapi bagi saya, ia sangat mengecewakan.’

Sumber: SPORTbible

BACA:  Hampir Berterabur Gigi Ronaldo Dihantuk Kepala Besi Maguire