Kompany Umum Keputusan Tinggalkan Manchester City

Kapten Manchester City, Vincent Kompany mengumumkan musim ini bakal menjadi musim terakhirnya di kelab tersebut selepas 11 tahun berbakti.

Kompany dinamakan dalam kesebelasan utama ketika Manchester City menumpaskan Watford 6-0 untuk menjulang trofi Piala FA, sekaligus melengkapkan pencapaian ‘Treble’ domestik musim ini.

Selepas 11 tahun bersama, Vincent Syarikat membuat keputusan untuk meninggalkan Etihad dalam cara paling hebat

Ia merupakan pengakhiran yang cukup gemilang buat pemain yang dianggap paling berjaya dalam sejarah kelab tersebut. Musim ini menyaksikan Manchester City mencipta sejarah baru apabila menjadi pasukan pertama dalam sejarah bola sepak Inggerismenyapu bersih semua trofi di peringkat domestik.

Pemain antarabangsa Belgium ini membuat 360 penampilan sepanjang 11 musim sejak berpindah dari Hamburg pada tahun 2008. Sepanjang merumput di Etihad Stadium, Kompany berjaya memenangi 4 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 2 Piala FA, dan 4 Piala Liga.

Buat masa sekarang, tiada sebarang pengumuman telah dibuat bagi menerangkan hala tuju karier Kompany selepas ini, sama ada untuk terus bermain bersama kelab lain atau bersara.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik Kompany di laman Facebook, beliau mengumumkan musim ini bakal menjadi musim terakhirnya sebagai pemain Manchester City.

“Kita baru sahaja menyaksikan pengakhiran kepada musim yang cukup hebat. Ia merupakan musim ke-11 saya sebagai seorang ‘Blue’. Saya bagaikan tidak percaya yang saya menulis surat ini… yang juga terakhir sebagai seorang ‘Blue’.”

4 kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Ko ado ?

“Saya sering menggambarkan detik ini…  sesungguhnya saya dapat merasai detik ini semakin dekat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tapi saya masih lagi tidak percaya. Kerana Manchester City telah memberikan segala-galanya kepada saya.”

“Walau terharu macam mana pon, masa nya sudah tiba untuk saya meninggalkan kelab ini. Dan musim ini adalah waktu terbaik untuk pergi. Saya berasa sangat bersyukur atas segala sokongan yang diberikan sepanjang perjalanan ini bersama kelab yang cukup istimewa ini.”

“Saya masih ingat hari pertama saya di sini. Saya masih ingat saya menerima layanan yang baik dari semua pihak di Manchester.”

“Saya tidak akan pernah lupa bagaimana peminat Manchester City setia berada di belakang saya ketika waktu yang baik dan buruk. Anda sentiasa berada di belakang saya dan memberi inspirasi kepada saya supaya tidak menyerah kalah.”

“Sheikh Mansour telah mengubah hidup saya dan seluruh peminat Manchester City seluruh dunia, dan disebabkan itu saya bersyukur buat selama-lamanya.”

https://twitter.com/Carra23/status/1130040295331180544

Walaupun Kompany belum membuat sebarang pengumuman mengenai langkah seterusnya, besar kemungkinan beliau akan terus bermain bola sepak dan tidak akan bersara lagi buat masa sekarang.

Kompany ingin bermain bola sepak dengan lebih kerap dan beliau merasakan Pep Guardiola tidak dapat memberi perkara itu di Manchester City.

BACA:  Kompany Simpati Dengan Nasib Yang Dialami Manchester United Sekarang