Korea Utara Tenang Siarkan Piala Dunia Walaupun Tak Beli Hak Penyiaran

Korea Utara telah dituduh telah menyiarkan siarang langsung Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar dengan tenangnya walaupun dilaporkan tidak membeli atau membayar hak penyiaran.

Semua penyiar Televisyen dan atas talian perlu membeli dan membayar wang hak penyiaran untuk menyiarkan perlawanan secara langsung kepada penonton berdasarkan pakej yang dibeli.

Untuk Piala Dunia edisi 2022, FIFA menyasarkan sebanyak 5 bilion tontonan dari seluruh dunia dan lebih dari satu bilion dijangka menyaksikan perlawanan akhir sahaja.

Hak penyiaran ini tidak tertakluk kepada 32 pasukan bertanding sahaja dan dijual ke pelusuk dunia termasuklah kepada Malaysia yang masih berteka-teki siapa yang bakal menjadi perdana menteri.

Piala Dunia Qatar diselubungi kontroversi lantara serangan media barat ke atas Qatar dengan isu yang tidak berkaitan dengan bola sepak.

Kejohanan tahun ini bermula pada hari Ahad, dengan tuan rumah Qatar tumbang kepada Ecuador dengan kekalahan 2-0 pada perlawanan pembukaan kejohanan.

Qatar telah dituduh telah merasuah Ecuador untuk membolehkan mereka meraih kemenangan namun itu tidak terjadi.

Dua gol daripada Enner Valencia sudah memadai untuk memastikan Qatar mencipta sejarah sebagai negara tuan rumah pertama yang tewas dalam perlawanan kumpulan pembukaan mereka.

Berita-berita menarik mengenai beberapa perlawanan pembukaan kejohanan telah mula tersebar lantaran kekalahan mengejut Argentina dengan kebangkitan Arab Saudi.

Juara bertahan Perancis pula telah mencipta kebangkitan untuk menumbangkan Australia 4-1.

Disebalik kontroversi dan kehangatan Piala Dunia ini, Korea Utara telah dituduh menyiarkan Piala Dunia secara haram.

The North Korean Central Broadcast Service (NKCBS) telah menyiarkan perlawanan Qatar lawan Ecuador secara langsung di stesen mereka melalui isyarat cetak rompak, menurut ciapan @Fekerfanta di Twitter.

Seperti siaran cetak rompak atau haram di internet, logo penyiar asal telah dikaburkan di penjuru kiri sebelah atas.

Selain perlawanan Qatar dan Ecuador beberapa perlawanan lain juga disiarkan, termasuklah kemenangan 6-2 England ke atas Iran pada hari Isnin.

KCTV disiarkan dari Pyongyang dan pernah didominasi oleh program propaganda sebelum mempelbagaikan rancangan keluaran tempatan.

Ini bukanlah kali pertama Korea Utara melakukan perkara seperti ini, pada Piala Dunia 2010 mereka telah menyiarkan perlawanan secara haram.

Perkhidmatan Penyiaran Pusat Korea Utara (NKCBS) menyiarkan pembukaan Piala Dunia antara Afrika Selatan dan Mexico.

Memandangkan televisyen Korea Selatan SBS mempunyai hak eksklusif untuk Piala Dunia untuk seluruh Semenanjung Korea, penyiaran permainan Korea Utara menyalahi undang-undang dan dianggap sebagai cetak rompak.

Korea Utara telah dikendalikan oleh salah satu pemerintahan diktator paling lama di dunia. Tiga generasi keluarga Kim telah memerintah negara.

Kim Jong-un ialah Pemimpin Tertinggi mereka sekarang dan merupakan peminat bola sepak, bersama pasukan pilihannya Manchester United.

Korea Utara bukanlah asing dalam Piala Dunia apabila pernah bermain dan menyertai di dua Piala Dunia, pada 1966 dan 2010.

Minggu lalu, presiden FIFA Gianni Infantino secara sensasi mendakwa Korea Utara akan menjadi tuan rumah Piala Dunia di masa akan datang

Semasa menangani kontroversi berhubung Qatar menjadi tuan rumah kejohanan itu, Infantino berkata mana-mana negara harus dibenarkan menjadi tuan rumah acara itu.

Beliau menjelaskan:

“Mana-mana negara boleh menganjurkan acara. Jika Korea Utara mahu menganjurkan sesuatu.

“Saya sebenarnya pergi ke Korea Utara beberapa tahun lalu untuk bertanya kepada Korea Utara sama ada mereka bersedia untuk menjadi tuan rumah sebahagian daripada Piala Dunia Wanita dengan Korea Selatan.”

“Jelas saya tidak berjaya, tetapi saya akan pergi 100 kali lagi jika ia membantu.”

“Hanya penglibatan boleh membawa perubahan sebenar. Kami adalah organisasi global dan mahu kekal sebagai organisasi yang menyatukan dunia.”

BACA:  Kisah Bintang Muda Juventus Dari Korea Utara Yang Pernah Pernah Curi Perhatian Liverpool Tetapi Tak Kenal Steven Gerrard