Karsten Warholm telah menghasilkan larian yang sungguh menakjubkan untuk memecahkan rekod dunia dalam acara 400m lari berpagar di temasya Olimpik Tokyo 2020.
Selain memenangi pingat emas, Warholm berjaya memecahkan rekod dunia dengan larian yang penuh bertenaga dan luar biasa menakjubkan.
Atlet dari Norway itu berjaya merekodkan 45.94 saat untuk memecahkan rekod dunia yang dipegang olehnya sebelum ini.
My biggest dream has become reality! Olympic champion and a World Record! Thank you❤️🇳🇴 pic.twitter.com/NtT7rKfdMI
— Karsten Warholm (@kwarholm) August 3, 2021
Warholm berjaya mencipta rekod dunia pada Julai lalu di Oslo dengan merekodkan 46.70 saat dan kini beliau berjaya memecahkan rekod tersebut di temasya Olimpik Tokyo 2020.
Atlet berusia 25 tahun itu telah menghasilkan larian yang sungguh luar biasa mengagumkan ketika aksi perlumbaan peringkat akhir pagi tadi, dengan beliau bersama pemenang pingat perak, Rai Benjamin jauh meninggalkan pelari lain dibelakang mereka.
Pelari dari Amerika Syarikat, Rai Benjamin berusaha untuk memberi saingan pada Warholm, namun beliau gagal untuk menewaskan kepantasan pelari dari Norway itu.
45.94!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Karsten Warholm #NOR OBLITERATES the world record in the 400m hurdles final!#athletics #tokyo2020 pic.twitter.com/sFCLnTMUX6
— European Athletics (@EuroAthletics) August 3, 2021
Walau bagaimanapun, Rai Benjamin tetap berjaya memecahkan rekod dunia sebelum ini, dan tidak dinafikan perlumbaan 400m lari berpagar lelaki di temasya Olimpik Tokyo ini antara acara paling mendebarkan sepanjang temasya ini.
“Kamu tahu sesuatu yang kamu tak boleh bayangkan untuk berlaku dan ia berlaku, dan saya sangat gembira ketika ini.”
Jelas Warholm yang ketika ini bergelar pemegang rekod Eropah, dunia dan Juara Olimpik menurut BBC Sport.
“Saya macam tak percaya dengan catatan masa itu, ia sangat pantas! Banyak kali saya pernah ditanya tentang perlumbaan paling sempurna… Saya kata ia tak wujud, tapi ini saya rasa antara paling sempurna.”
I knew they were gonna have to beat the WR to win, but BOTH SHATTERED the WR!!! Karsten Warholm 45.94 and @_Kingben_ 46.17!!! Best race ever!!! #Tokyo2020 #Olympics 🇳🇴🇺🇸 400m H
Three of the four fastest times ever ran!! Dos Santos 🇧🇷 46.72!! 🔥🔥🔥🔥 OMG!! pic.twitter.com/t4LzZOMDcX— Tim Dennis (@TDennisSportTog) August 3, 2021
“Saya beritahu diri saya sendiri sebelum perlumbaan, saya ingat semula semua usaha yang telah saya lakukan. Hanya pingat ini yang masih belum ada dalam koleksi simpanan saya.”
“Saya tak boleh gambarkan betapa pentingnya hal ini kepada saya. Ini apa yang saya lakukan siang dan malam. Sangat menakjubkan.”
Berikut merupakan rangkuman aksi larian hebat Warholm ketika aksi perlumbaan peringkat akhir pagi tadi.
I knew they were gonna have to beat the WR to win, but BOTH SHATTERED the WR!!! Karsten Warholm 45.94 and @_Kingben_ 46.17!!! Best race ever!!! #Tokyo2020 #Olympics 🇳🇴🇺🇸 400m H
Three of the four fastest times ever ran!! Dos Santos 🇧🇷 46.72!! 🔥🔥🔥🔥 OMG!! pic.twitter.com/t4LzZOMDcX— Tim Dennis (@TDennisSportTog) August 3, 2021
Sungguh luar biasa menakjubkan, persembahan yang menarik dan berhak untuk dipuji.
Gaya beliau meraikan kejayaannya itu turut mencuri perhatian ramai dengan beliau sendiri seakan tidak percaya melihat catatan masa yang berjaya dicatatkan.
NIPS OUT FOR THE WORLD RECORD FROM WARHOLM #Olympics pic.twitter.com/JqhCU97CJO
— Pub Sports Radio ™ (@PubSportsRadio) August 3, 2021
When you break a world record at the #Olympics 💪! Norway's Karsten Warholm breaks his own world record & wins #gold 400m🏃♂️hurdles. More coverage @nbcbayarea (cable 3 – antenna 11) pic.twitter.com/y5EAPPEm9a
— Jeff Ranieri (@JeffRanieri) August 3, 2021
Nampak macam mana dia meraikan kejayaan dia? Jelas yang Warholm sememangnya berpuas hati dengan aksinya dan dalam masa sama beliau tidak percaya dengan hasil dari usaha dan kerja kerasnya.
Persembahan Warholm dianggap lebih baik berbanding Bolt
Tidak mengejutkan untuk melihat kejayaan Warholm memecahkan rekod dunia mendapat perhatian peminat yang memberikan pelbagai reaksi di media sosial.
What a run. Up there with any Track and field performance ever. Karsten Warholm's 45.95 in that 400m hurdle took 0.92 off his seasons best from last year and 0.7 off his World Record. That’s a crazily huge improvement. This graph will get a Usain Bolt style dip when it’s updated. pic.twitter.com/D4PQfinDl7
— Sigmund Freund (@Freunds_Mullet) August 3, 2021
Bekas pemenang pingat emas dari Great Britain, Greg Rutherford percaya yang Warholm telah menghasilkan persembahan terhebat dalam sejarah dunia athletic di trek, dan menganggap ia lebih bagus berbanding aksi Bolt ketika mencipta rekod dunia dalam acara 100m.
🚨 WORLD RECORD! 😲 🥇
4️⃣5️⃣.9️⃣4️⃣
Karsten Warholm 🇧🇻 breaks his own 400m Hurdles World Record to win GOLD. What a performance! Amazing 👏👏#Tokyo2020 #Olympics pic.twitter.com/iJjPFSVxuI— Athletics World (@Athletics_World) August 3, 2021
Tidak keterlaluan untuk katakan yang rekod catatan Warholm ini akan bertahan dalam tempoh yang cukup lama selepas ini, dan sukar untuk melihat mana-mana pelari bakal mampu untuk memecahkan rekod tersebut dalam masa terdekat ini.
Jika ada individu yang mampu, beliau tentunya adalah Warholm sendiri yang ketika ini sedang berada ditahap persembahan yang terbaiknya.
Karsten Warholm take a bow!
The #NOR athlete is Olympic champion after smashing his own World Record with a time of 45.94s in the men's 400m hurdles!@WorldAthletics #Athletics @idrett pic.twitter.com/3i2hhac7w5
— Olympics (@Olympics) August 3, 2021
Jika ditanya adakah persembahan Warholm ketika memecahkan rekod 400m lari berpagar ini lebih baik berbanding Bolt ketika memecahkan rekod 100m, jawapannya adalah kedua-dua mereka sama hebat tetapi dari dua kategori berbeza.
Sumber: GMS